Thaler Basel

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Setengah Thaler
BASILEA, pemandangan bandar raya Basel. Crozier dengan hiasan flora di dalam perisai bulatan lapan.
ca. 1640 - AR - 14.07 g

Thaler Basel ialah mata wang kanton Basel Switzerland sehingga 1798. Ia dibahagikan kepada 30 Batzen, dengan setiap Batzen bernilai 4 Kreuzer atau 8 Rappen. Mata wang itu dikeluarkan oleh kedua-dua Kanton dan Kawasan Uskup Basel. Thaler Basel digantikan dengan Frank Republik Helvetik pada 1798, dengan Frank kemudian digantikan pula dengan Frank Basel.

Duit syiling[sunting | sunting sumber]

Duit syiling Thaler yang pertama dikeluarkan antara 1542 dan 1552 oleh kanton Basel, bersama-sama ½ Thaler yang dikeluarkan antara 1542 dan 1548. Pada abad ke-17 dan ke-18, kanton itu mengeluarkan duit-duit syiling ¼, ½, 1, dan 2 Thaler, dengan hanya ⅓ Thaler ditempah antara 1764 dan 1766. Pada akhir abad ke-18, kanton Basel mengeluarkan:

  • duit syiling bilon untuk ½, 1, dan 3 Batzen;
  • kepingan perak 16, ⅓, ½ dan 1 Thaler; dan
  • duit syiling emas Duplone serta 1 dan 2 Gulden.

Bistum (iaitu Kawasan Uskup Basel) mengeluarkan duit syiling perak Thaler buat pertama kali pada 1596. Uskup Wilhelm Rinck von Baldenstein (1608-1628) mengeluarkan ¼ Thaler pada 1623, ½ Thaler pada 1625, serta 1 Thaler pada 1624 dan 1625, manakala Uskup Johann Konrad II (1705-1737) mengeluarkan ¼ Thaler pada 1717 dan 1 Thaler pada 1716. Kesemua duit syiling tersebut merupakan duit syiling Thaler terakhir yang dikeluarkan oleh Kawasan Uskup Basel itu. Bagaimanapun, Kawasan Uskup Basel masih terus mengeluarkan duit syiling bilon dalam jenis mata wang ½ dan 1 Batzen serta duit syiling perak 12 dan 24 Kreuzer (3 dan 6 Batzen).

Rujukan[sunting | sunting sumber]