Tham Kuen Wei

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Tham Kuen Wei
Pingat Jaya Cemerlang
THAM KUEN WEI 4.jpg
KelahiranTham Kuen Wei
Ipoh, Perak, Malaysia
WarganegaraMalaysia
Nama lainMaster Tham
Pekerjaan
  • Pakar Ekonomi Hartanah
  • Perunding Feng Shui
  • Penilai, Agen Hartanah dan Pengurus Hartanah
  • Pelelong Berlesen
OrganisasiUniversiti Malaya

Khazanah Nasional

Royal Institution of Chartered Surveyors (UK)

Pertubuhan Juruukur diRaja Malaysia

Ahli Majlis Pelelong Malaysia
Ibu bapaTham Fook Cheong (Bapa)
AnugerahAnugerah Pelajaran Diraja oleh Majlis Raja-Raja Malaysia

Tham Kuen Wei merupakan seorang ahli ekonomi hartanah yang dianugerahkan Anugerah Pelajaran Diraja dari Majlis Raja-raja Melayu oleh Sultan Perak[1][2][3][4] , Sultan Nazrin Shah dari Perak yang juga Canselor Universiti Malaya. Sehingga kini, terdapat hanya kurang daripada 600 penerima yang menerima anugerah itu, jumlah yang kurang daripada gelaran Tan Sri, yang jumlahnya 886 orang penerima pada tahun 2015[5]. Beliau adalah presiden dan pengasas Kesatuan Harta Tanah Kebangsaan (NURES), yang penting dalam mengumpul graduan Varsity untuk menyatukan dan mendorong pembaharuan praktis pengurusan hartanah serta mewujudkan kesedaran yang lebih besar mengenai pengawalseliaan dan pengurusan hartanah di Malaysia[6]. Beliau dianugerahi landasan pantas PhD oleh Universiti Malaya tanpa memerlukan sebarang Ijazah Sarjana, atas sumbangan beliau dalam bidang penyelidikan harta tanah.

Pembiayaan Penyelidikan Khazanah Nasional[sunting | sunting sumber]

Tham dianugerahkan laluan pantas bagi PhD tanpa sebarang Ijazah Sarjana oleh Universiti Malaya yang merupakan universiti utama Malaysia . Ini merupakan tawaran yang jarang berlaku kerana kebiasaanya, Ijazah Sarjana adalah wajib sebelum sebarang tawaran ke PhD diberikan[7]. Sebagai pakar ekonomi econometrik, Tham dibiayai oleh Khazanah Nasional yang merupakan syarikat induk cabang pelaburan kerajaan Malaysia serta dana terbesar di Malaysia untuk menjalankan penyelidikannya dalam membangunkan implikasi faktor makroekonomi mempengaruhi pinjaman hartanah bermasalah di Malaysia pada tahun 2015 dan 2016 bagi menghadapi kemungkinan gelembung pasaran hartanah di Malaysia. Penerbitan awalnya termasuk "Penentu Makroekonomi terhadap Pinjaman Harta Bermasalah di Malaysia dan Kesan Paradoksinya terhadap Pinjaman Hartanah" dan "Faktor-faktor yang Mempengaruhi Indeks Harga Rumah Malaysia"[8]. Ramai yang memuji penemuannya terhadap pencegahan pecah gelembung ekonomi hartanah. Tham juga secara terbukanya menentang lelongan harta tanah secara laman web yang tidak telus di Malaysia. Beliau ditemurah oleh pelbagai berita dan media termasuk The Star dan News Straits Times, Utusan Melayu dan Berita Harian[9][10][11].

Usaha Kebajikan[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2015, semasa di Universiti Malaya sebagai ahli Majlis PMUM, Tham menganjurkan dan membantu mengumpul dana lebih RM178,000 untuk membina semula rumah untuk mangsa banjir di Tumpat, Kelantan. Lebih 30 buah rumah telah dibina semula dan diperbaiki dalam usaha tersebut. Tham juga telah melakukan kerja-kerja untuk Yayasan Buah Pinggang Malaysia, Sekolah Semangat Maju, Orang Asli yang kurang bernasib baik di Pahang, Warga Prihatin Selangor, Ray of Hope, projek ECM di Pulau Pinang, Kaseh4u Soup Kitchen dan Kumpulan Sokongan Hospital IJN[12][13].

Persatuan Professional[sunting | sunting sumber]

Tham merupakan ahli Royal Institution of Chartered Surveyors United Kingdom, FIABCI International (Fédération Internationale des Administrateurs de Biens Conseils Immobiliers), Royal Institution of Surveyors Malaysia, Pacific Rim Real Estate Society, dan anggota ahli Majlis Pelelong Malaysia.

Galleri[sunting | sunting sumber]


Rujukan[sunting | sunting sumber]