Khazanah Nasional
![]() | |
Milik negara | |
Industri | Dana kekayaan berdaulat |
Ditubuhkan | 3 September 1993 |
Ibu pejabat | Kuala Lumpur, Malaysia |
Tokoh penting |
|
Hasil | ▲ RM670 juta (2021) |
Jumlah aset |
|
Pemilik | Kerajaan Malaysia |
Induk | Kementerian Kewangan Malaysia |
Laman sesawang rasmi | www |
Khazanah Nasional Berhad ialah dana kekayaan berdaulat Kerajaan Malaysia.[2] Salah satu dana kekayaan berdaulat yang terbesar di dunia,[3][4] ia diamanahkan untuk membuat pelaburan bagi menghasilkan nilai mampan bagi rakyat Malaysia. Melalui pelburan dan aktivitinya, Khazanah mensasarkan untuk mewujudkan pulangan ekonomi dan rakyat yang mampan untuk negara dalam usaha untuk Memajukan Malaysia. Ini termasuk pencapaian pulangan terlaras risiko jangka panjang merentas portfolionya, serta melaksanakan pelaburan yang memangkin bidang pertumbuhan baharu, mengukuhkan daya saing ekonomi Malaysia, dan menyumbang kepada hasil utama sosioekonomi.
Khazanah menganggotai Forum Dana Kekayaan Berdaulat Antarabangsa yang mengekal serta mempromosikan Prinsip Santiago mengenai amalan terbaik dalam menguruskan dana kekayaan berdaulat. Khazanah juga merupakan penandatangan kepada Prinsip PBB untuk Pelaburan Bertanggungjawab (UNPRI), penandatangan Kod Malaysia untuk Pelabur Institusi dan anggota Majlis Pelabur Institusi Malaysia (IIC), anggota FCLTGlobal (Tumpuan Modal bagi Jangka Panjang) dan penandatangan Ikrar Integriti Korporat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Khazanah diperbadankan bawah Akta Syarikat 2016 di Malaysia pada 3 September 1993 sebagai sebuah syarikat berhad awam dan mula beroperasi setahun kemudian. Khazanah dimiliki oleh kerajaan Malaysia, kecuali satu saham yang dipegang oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan, dan diselia oleh Menteri Kewangan Diperbadankan. Ia ditadbir oleh lembaga pengarah yang terdiri daripada wakil kerajaan dan sektor korporat dengan pelbagai latar belakang profesional dan kepakaran. Setakat Disember 2021, dana itu mempunyai aset di bawah pengurusan berjumlah AS$ 30.5 bilion.[5][6]
Sorotan Kewangan[sunting | sunting sumber]
Pada tahun 2021, Khazanah mencatatkan keuntungan operasi berjumlah RM670 juta berbanding RM2.90 bilion pada tahun 2020. Pendapatan dividen daripada syarikat-syarikat pelaburannya susut kepada RM3.0 bilion daripada RM.5.2 bilion dan keuntungan dari pelupusan berjumlah RM1.9 bilion berbanding RM2.7 bilion pada tahun 2020. Bagi tahun 2021, Khazanah telah mengisytiharkan dividen berjumlah RM2.0 bilion.
Kedudukan kewangan Khazanah menyaksikan peningkatan hutang sebanyak 12% kepada RM48 bilion berbanding RM43 bilion pada 2020, manakala perlindungan Nilai Aset Boleh Tunai (RAV) berada pada 2.8 kali ganda.
Sementara itu, perbelanjaan operasi turun 14% kepada RM420 juta berbanding RM490 juta pada tahun 2020.
Nilai Aset Boleh Tunai (RAV) keseluruhan portfolio Khazanah berjumlah RM134.4 bilion dan Nilai Aset Bersih (NAV) adalah 85.7 bilion setakat 31 Disember 2021.
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Pemerbadanan[sunting | sunting sumber]
Khazanah diperbadankan bawah Akta Syarikat 2016 pada 3 September 1993 sebagai syarikat berhad awam dan mula beroperasi setahun kemudian. Kecuali satu saham yang dimiliki oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan, semua modal saham Khazanah dimiliki oleh Menteri Kewangan Diperbadankan, sebuah badan yang ditubuhkan bawah Akta Menteri Kewangan (Pemerbadanan) 1957.
Mandat Baharu Khazanah[sunting | sunting sumber]
Pada tahun 2018, Kerajaan Malaysia telah memulakan penstrukturan semula korporat dan penyusunan semula Khazanah, yang melibatkan perubahan kepimpinan, pembaharuan mandat dan objektifnya, serta semakan dan penilaian semula pelaburan-pelaburannya.
Mandat Khazanah hari ini adalah melabur untuk menghasilkan nilai mampan untuk rakyat Malaysia. Mandat itu perlu dicapai menerusi pelaburan komersial untuk memelihara dan memperkembangkan nilai jangka panjang aset-asetnya, serta melaksanakan pelaburan yang menyampaikan pulangan ekonomi dan masyarakat yang mampan untuk negara.
Pelaburan[sunting | sunting sumber]
Khazanah memenuhi keseluruhan mandat melalui struktur pelaburan berikut:
Portfolio Pelaburan[sunting | sunting sumber]
Matlamat Portfolio Pelaburan adalah menjadi portfolio yang melangkaui generasi dan menjana pulangan terlaras risiko secara jangka panjang, bagi mengekalkan dan memperkembangkan nilai jangka panjang aset-asetnya. Portfolio tersebut menyasarkan penjanaan pulangan sekurang-kurangnya + 3% dalam Indeks Harga Pengguna Malaysia pada asas kitaran 5 tahun. Sasaran pulangan Portfolio Pelaburan ditetapkan oleh Lembaga Pengarah dan boleh disemak dari semasa ke semasa. Pulangan tahunan Portfolio Pelaburan akan dilaburkan semula ke dalam dana tersebut dan disalurkan kepada kerajaan berdasarkan rangka kerja pembayaran yang diluluskan Lembaga Pengarah.
Portfolio Pelaburan mempunyai fleksibiliti pelaburan merentas sempadan dan kelas aset yang berbeza selaras dengan peruntukan aset strategik.
Portfolio Dana Impak[sunting | sunting sumber]
Matlamat Portfolio Dana Impak adalah melabur bagi meningkatkan daya saing ekonomi Malaysia dan membina daya tahan negara, dengan tujuan memberikan impak sosioekonomi kepada rakyat Malaysia. Portfolio ini menyasarkan penjanaan pulangan sekurang-kurangnya dengan kadar hasil Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) 10 tahun pada asas kitaran 5 tahun dan mencapai matlamat dalam menyampaikan nilai sosial untuk negara. Sasaran pulangan yang dinyatakan dan faedah dan penyampaian nilai sosial telah ditentukan oleh Lembaga Pengarah dan boleh disemak dari semasa ke semasa.
Portfolio ini melabur dan mengurus aset-aset mengikut tema-tema pelaburan bagi menyampaikan manfaat untuk negara. Tema-tema pelaburan ini akan disemak secara berkala berdasarkan megatrend ekonomi global dan keutamaan negara, dengan mengambil kira sumber sedia ada milik Khazanah dan sejajar dengan mandat Khazanah.
Aset Pembangunan[sunting | sunting sumber]
Matlamat Aset Pembangunan adalah untuk menyampaikan impak ekonomi yang tinggi melalui pelaburan pembangunan jangka panjang. Aset ini dibangunkan untuk mencapai daya maju komersial, bila mana pilihan merealisasikan nilai boleh dipertimbangkan.
Aset tersebut tertakluk kepada sasaran untuk menjana pulangan sekurangkurangnya hasil Sekuriti Kerajaan Malaysia 10 tahun pada asas kitaran 5 tahun dan mencapai manfaat serta hasil kepada negara dan /atau masyarakat. Sasaran pulangan yang dinyatakan ditetapkan oleh Lembaga Pengarah dan disemak dari semasa ke semasa.
Situasi Khas[sunting | sunting sumber]
Aset-aset Situasi Khas ditakrifkan dan diklasifikasikan sebagai aset yang memerlukan pemulihan daripada segi keuntungan dan aliran tunai operasi yang mampan. Aset-aset ini mempunyai sasaran dan pelan tindakan khusus yang diluluskan oleh Lembaga Pengarah setiap tahun.
Aset-aset ini boleh diklasifikasikan semula apabila ia telah berdaya maju secara komersial atau melalui proses realisasi nilai setelah diluluskan oleh Lembaga Pengarah.
Kepimpinan dan Tadbir Urus[sunting | sunting sumber]
Lembaga Pengarah
Khazanah ditadbir oleh Lembaga Pengarah, yang kini dipengerusikan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan. Anggota Lembaga Pengarah Khazanah terdiri daripada wakil Kerajaan dan juga sektor korporat dengan latar belakang profesional dan kepakaran yang pelbagai. Pengarah Urusan Khazanah melapor kepada Lembaga Pengarah.
Pengerusi | Tahun menjabat | Pengarah Urusan | Tahun menjabat |
---|---|---|---|
Tun Dr. Mahathir Mohamad | 1994 | Tan Sri Dato' Mohd Sheriff Mohd Kassim | 1994 |
Tun Abdullah Ahmad Badawi | 2003 | Dato' Anwar Aji | 2003 |
Dato' Sri Mohd Najib Abdul Razak | 2009 | Tan Sri Datuk | 2004 |
Tun Dr. Mahathir Mohamad | 2018 | Datuk Shahril Ridza Ridzuan | 2018 |
Tan Sri Muhyiddin Yassin | 2020 | Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir | 2021 |
Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob | 2021 | Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir | 2021 |
Dato' Seri Anwar Ibrahim | 2023 | Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir | 2021 |
Lembaga Pengarah Khazanah bermesyuarat secara berkala dan bertanggungjawab atas prestasi Khazanah secara keseluruhannya[5]. Piagam Lembaga Pengarah menetapkan peranan dan tanggungjawab lembaga dalam mengawasi pengurusan Khazanah.
Khazanah dipandu oleh kerangka yang menekankan struktur tanggungjawab, kuasa dan tadbir urus. Rangka Kerja Tadbir Urus dan Pengurusan Risikonya merangkumi Dasar Pengurusan Risiko, Jadual Perkara untuk Lembaga Pengarah, Batasan Kuasa untuk pengelolaan, Kod Tingkah Laku untuk pekerja, dan Dasar dan Prosedur operasi.
Ahli Lembaga Pengarah
Pengerusi:
- Dato' Seri Anwar Ibrahim, Pengerusi
Pengarah:
- Goh Ching Yin, Pengarah, Pengerusi Ahli Jawatankuasa Eksekutif (EXCO), Ahli Jawatankuasa Audit & Risiko (ARC) dan Ahli Jawatankuasa Penamaan & Ganjaran (NRC)
- Tan Sri Mohammed Azlan Hashim, Pengerusi Jawatankuasa Penamaan & Ganjaran (NRC) dan Ahli Jawatankuasa Eksekutif (EXCO)
- Dato' Zainal Abidin Putih, Pengarah dan Pengerusi Audit & Risiko (ARC)
- Lau Seng Yee, Pengarah, Ahli Jawatankuasa Eksekutif (EXCO) dan Ahli Jawatankuasa Penamaan dan Ganjaran (NRC)
- To’ Puan Azian binti Mohd Aziz, Pengarah dan Ahli Jawatankuasa Audit & Risiko (ARC)
- Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir, Pengarah Urusan dan Ahli Jawatankuasa Eksekutif (EXCO)
Pengurusan Kanan
- Pengarah Urusan – Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir
- Ketua Pegawai Kewangan – Faridah Bakar Ali
- Pengarah Eksekutif, Penasihat Undang-undang, Setiausaha Syarikat dan Ketua, Perkhidmatan Korporat & Sokongan – Dato' Mohamed Nasri Sallehuddin
- Pengarah Eksekutif dan Ketua, Pelaburan Malaysia – Datuk Amran Hafiz Affifudin
- Pengarah Eksekutif, Ketua, Dana Impak dan Ketua, Penjagaan Kesihatan – Bryan Lim
- Pengarah Eksekutif, Ketua, Pasaran Awam dan Ketua, Portfolio Peluang Aktif (Active Opportunities Portfolio) – Datuk Hisham Hamdan
- Pengarah Eksekutif, Ketua, Pasaran Swasta dan Ketua, Teknologi - Geoff Lee
- Pengarah Eksekutif dan Ketua, Pengangkutan dan Pelancongan - Wong Shu Hsien
- Pengarah Eksekutif dan Ketua, Aset Nyata dan Hartanah - Selvendran Katheerayson
- Pengarah Eksekutif dan Ketua, Pengurusan Modal Insan Strategik – Latifah Daud
- Pengarah Eksekutif dan Ketua, Tadbir Urusan, Risiko dan Pematuhan – Suhana Dewi Selamat
- Ketua, Strategi dan Ketua, Peruntukan Aset - Wong Wai Seng
- Ketua, Pengguna - Effizal Faiz Zulkifly
- Pengarah, Pelaburan - Dr. Farid Mohamed Sani
- Pengarah, Pelaburan - Ong King How
- Ketua, Penyelidikan - Nicholas Khaw
- Ketua, Komunikasi Korporat - Sherliza Zaharudin
Pelaburan[sunting | sunting sumber]
Khazanah melaksanakan mandatnya menerusi struktur pelaburan dwi-dana atau dua dana. Dwi-dana tersebut - Dana Komersial dan Dana Strategik – dibangunkan dengan objektif, dasar dan strategi yang berbeza, serta diuruskan oleh pasukan pengurusan pelaburan yang berasingan.
Dana Komersial[sunting | sunting sumber]
Dana antara generasi yang mensasarkan penghasilan pulangan terlaras risiko dalam jangka panjang, untuk mengembangkan aset kewangan dan mempelbagaikan sumber pendapatan untuk negara. Dana ini mensasarkan penghasilan pulangan sekurang-kurangnya Indeks Harga Pengguna Malaysia ditambah 3% pada asas kitaran 5 tahun, dengan tahap toleransi risiko sederhana seperti berikut:
- prestasi kurang baik tidak melebihi 10% daripada 30% kerugian tahunan
- pendanaan tidak melebihi 10% kemungkinan kegagalan untuk mencapai 1.5% hasil portfolio.
Sasaran pulangan dan toleransi risiko ditetapkan oleh Lembaga Pengarah dan boleh dikaji dari semasa ke semasa. Pulangan tahunan dana komersial akan dilaburkan semula ke dalam dana dan diedarkan kepada kerajaan berdasarkan nisbah pembayaran yang telah dikenalpasti. Sebarang aliran masuk modal akan tertakluk kepada kelulusan Lembaga Pengarah. Dana Komersial mempunyai fleksibiliti untuk melabur di pelbagai kelas aset sesuai dengan peruntukan aset strategik dan wilayah yang berbeza dengan pilihan untuk strategi pelaburan aktif dan langsung.
Dana Strategik[sunting | sunting sumber]
Dana Strategik adalah dana pembangunan yang bermatlamat untuk melaksanakan pelaburan strategik, dengan keuntungan ekonomi jangka panjang, termasuk memegang aset negara yang strategik. Ia menyasarkan penjanaan pulangan sekurang-kurangnya hasil Sekuriti Kerajaan Malaysia 10 tahun pada asas kitaran 5 tahun dan mencapai objektif strategiknya. Sasaran pulangan ditetapkan oleh Lembaga Pengarah dan boleh disemak dari semasa ke semasa.
Dana Strategik ini berhasrat mencapai tahap kemampanan, dengan sumber pendanaan bagi aktiviti dana strategik dapat dihasilkan daripada sebarang lebihan dalaman dengan sebarang modal tambahan yang diperlukan, yang melebihi jumlah yang sedia ada, akan tertakluk kepada kelulusan Lembaga Pengarah. Dana strategik akan melabur dan mengurus aset strategik seperti yang ditentukan dan dikelaskan di bawah:
- Aset strategik - Aset domestik kepentingan negara, seperti infrastruktur kritikal. > Dipegang bagi pihak Kerajaan Malaysia untuk jangka masa panjang.
- Aset pembangunan - Pelaburan pembangunan jangka panjang yang berpotensi memberikan kesan ekonomi yang tinggi. >Aset-aset ini akan dibangunkan untuk mencapai daya maju komersial yang mana pilihan realisasi nilai dapat dipertimbangkan.
- Aset strategik baharu - Sama ada infrastruktur nasional yang berkaitan atau pembangunan dengan sasaran manfaat ekonomi yang jelas dan rancangan daya maju komersial yang dikenal pasti.
Dana Strategik akan meraih peluang yang berpotensi untuk berdaya maju secara komersial atau akan memperoleh pulangan yang mencukupi untuk beroperasi tanpa penglibatan pemegang saham. Urus niaga bernilai lebih besar akan dilakukan oleh dana tersebut, dengan fleksibiliti untuk melabur di seluruh struktur modal, dengan keutamaan untuk pelaburan bersama dan perkongsian untuk memasuki semua pelaburan pembangunan baharu. Pilihan realisasi nilai akan dipertimbangkan jika berkemungkinan, berdasarkan pertimbangan komersial jangka panjang. Tema pelaburan akan disemak secara berkala berdasarkan megatrend ekonomi global dan keperluan negara, dan aset pelaburan dalam portfolio juga akan disemak dan dinilai bagi memastikan kesesuaiannya dengan sasaran strategik.
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "Khazanah appoints Dato' Amirul Feisal Wan Zahir as Managing Director" (Kenyataan Media) (dalam bahasa Inggeris). Khazanah Nasional. 29 Jun 2021. Dicapai pada 23 April 2022.
- ^ Zuraimi Abdullah (23 Mac 2023). "Is Khazanah Nasional's star dimming?" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 19 April 2023.
- ^ Jikon Lai (29 Mac 2012). "Khazanah Nasional: Malaysia's treasure trove" (dalam bahasa Inggeris). Taylor & Francis Online. Dicapai pada 23 April 2017.
- ^ Usman Hayat (30 Julai 2013). "Malaysia's Khazanah: Not Just a SWF But a "Nation Building Institution"" (dalam bahasa Inggeris). CFA Institute. Dicapai pada 23 April 2018.
- ^ "The Khazanah Report 2021" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Khazanah Nasional. 28 April 2022. Dicapai pada 20 April 2023.
- ^ Shusi He (27 November 2022). "Malaysia's Khazanah highlights challenges in driving alpha under transition models" (dalam bahasa Inggeris). Asian Investor. Dicapai pada 20 April 2023.