Thames Town

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Thames Town (Bahasa Cina: 泰晤士小镇pinyin: tài wù shì xiǎo zhèn) ialah nama Inggeris untuk sebuah bandar baru di Daerah Songjiang, lebih kurang 30 km dari pusat Shanghai, Republik Rakyat China dan terletak berhampiran Sungai Yangtze. Ia dinamakan bersempena Sungai Thames di England, United Kingdom. Seni binanya mengikuti dan dipengaruhi oleh gaya pekan pasar England. Ada jalan berturap batu buntar, teres-teres zaman Victoria, kedai-kedai tepi kosong seperti dalam sebuah set filem yang tergendala. Sesetengah seni bina ditiru secara lanjut daripada bangunan-bangunan yang ditemui di England, termasuk gereja (ditiru daripada sebuah yang berada di Clifton, Bristol) dan sebuah pub dan kedai ikan dan kentang goreng (ditru daripada bangunan-bangunan di Lyme Regis, Dorset).

Gereja yang menarik dan dataran utama membuat suatu latar belakang keadaan yang aman dan bahagia untuk banyak foto perkahwinan Cina.

Bandar Songjiang ialah satu daripada sembilan pekan baru dibina di luar Shanghai sebagai sebahagian permulaan Satu Bandar, Sembilan Pekan yang diluluskan oleh Jawatankuasa Perancangan Shanghai pada tahun 2001. Kesemua 9 pekan baru bertemakan: Sweden, England, Itali, Sepanyol, Amerika, Belanda, Jerman, Cina tradisional, dan sebuah pekan ekologi bergelar Lingang.

Kawasan Pekan

Pekan yang telah lengkap ini telah direka bentuk untuk merumahkan lebih kurang 10 000 orang dan berharga 5 bilion yuan untuk dibangunkan.

Pemaju yang Bertugas[sunting | sunting sumber]

  • Pemaju Utama: Shanghai Songjiang New Town Developing and Construction Co. Ltd
  • Pemaju: Shanghai Henghe Real Estate Co. Ltd
Tiruan Kawasan Desa England

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 31°02′10″N 121°11′26″E / 31.036°N 121.1905°E / 31.036; 121.1905Templat:Shanghai