The Little Nyonya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
The Little Nyonya
Fail:THeLittlenyonyaposter.jpg
Poster Pawagam
GenreDrama Sejarah
Ditulis olehAng Eng Tee (洪荣狄)
PengarahChong Liung Man (张龙敏)
Tay Peck Choo (郑碧珠)
Chia Mien Yang (谢敏洋)
Loo Yin Kam (卢燕金)
Dibintangi oleh
Jeanette Aw
Qi Yuwu
Dai Xiangyu
Lin Mei Jiao
Pan Lingling
Cynthia Koh
Desmond Sim
Pierre Png
Joanne Peh
Xiang Yun
Ng Hui
Andie Chen
Eelyn Kok
Lagu pembukaan如燕 by Olivia Ong
Lagu penutup保温 by Bevlyn Khoo
需要 by JS
Negara asalSingapura
China
BahasaMandarin
(terkadang dengan campuran Bahasa Inggris, Melayu, Japun dan Hokkien)
Bilangan episod34 (Senarai episod)
Penerbitan
PenerbitChia Mien Yang (谢敏洋)
Tempoh siaranapprox. 45 minutes
Penyiaran
Saluran asalMediaCorp Stesen TV Kanal 8
Siaran asal25 November 2008 (2008-11-25) – 5 Januari 2009 (2009-01-05)
Kronologi
Rancangan berkaitan
Laman sesawang

The Little Nyonya ( Cina: 娘惹 ) ialah drama bersiri tahun 2008 di saluran 8 MediaCorp TV yang disiarkan secara percuma di Singapura. Siri wayang ini dilakonkan oleh Jeanette Aw, Qi Yuwu, Dai Xiangyu, Lin Meijiao, Pan Lingling, Cynthia Koh, Pierre Png, Joanne Peh, Desmond Sim, Eelyn Kok, Andie Chen, Ng Hui dan Xiang Yun. Wayang ini mengkisahkan tentang Peranakan di Melaka yang berlatarkan tahun 1930-an dan menjangkau lebih 70 tahun sampai ke tiga generasi keluarga.

Wayang ini pertama kali dipuar pada siaran tarikh 25 November 2008 dan menamatkan tayangan pada 5 Januari 2009. Filem ini disiarkan setiap hari-hari bekerja pada pukul 9 malan. Siri ini sebahagiannya ditaja oleh Penguasa Pembangunan Media Singapura.

Dihasilkan oleh MediaCorp bagi memperingati ulang tahun ke-45 saluran itu, The Little Nyonya dianggap sebagai salah satu siri televisyen paling laku dari Saluran 8. Wayang mendapatkan pujian oleh penonton maupun pengkritik, dan menduduki peringkat penonton tertinggi di negara ini dalam tempoh 14 tahun. The Little Nyonya pun laku disiarkan di peringkat antarabangsa. Siri ini menjadi drama Cina Singapura pertama yang dialih suara ke dalam bentuj bahasa Melayu dan disiarkan di saluran bahasa Melayu Suria. Pada Disember 2016, perkhidmatan penstriman berasaskan langganan Netflix memperoleh hak penyiaran untuk siri ini. [1] Siri ini menghasilkan pembuatan semula (remake) bahasa Mandarin dengan nama yang sama yang disiarkan di CCTV, yang disiarkan selama 45 episod bermula dari 28 Jun 2020 dan berakhir pada 20 Julai. Singapura menyiarkan remake itu dari tarikh 5 Januari 2021 hingga 10 Mac 2021.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "The Little Nyonya goes global in local TV tie-up with Netflix". 7 December 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 August 2017. Dicapai pada 9 August 2017.