Pergi ke kandungan

Thunnini

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Aya
Julat zaman: Ypres-kini , 56.0–0 Ma
[1]
Aya (dari atas): albakor, aya sirip biru Atlantik, aya jepun, aya sirip kuning, aya semambu
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Haiwan
Filum: Chordata
Kelas: Actinopterygii
Order: Scombriformes
Keluarga: Scombridae
Subkeluarga: Scombrinae
Tribus: Thunnini
Starks, 1910
Genus

Thunnini ialah suku ikan air masin yang sering dikenali sebagai aya atau tuna,[2] dalam keluarga kembung, Scombridae. Thunnini terdiri daripada 15 spesies dalam lima genus.[3] Saiznya sangat berubah-ubah, dari aya peluru (panjang maks: 50 cm atau 1.6 ka, berat: 1.8 kg atau 4 lb) hinggalah aya sirip biru Atlantik (panjang maks: 4.6 m atau 15 ka, berat: 684 kg atau 1,508 lb) yang puratanya 2 m (6.6 ka) dan dipercayai hidup sampai 50 tahun.

Sebagai pemangsa yang aktif dan tangkas, aya mempunyai badan yang ramping, bergaris arus dan merupakan antara ikan pelagik paling cepat berenang – aya sirip kuning contohnya mampu berenang mencapai kelajuan 75 km/j (47 mph).[4]

Di lautan panas, aya ditangkap secara komersial khususnya sebagai ikan makan, dan terkenal sebagai ikan sukan di laut biru. Akibat penangkapan yang berlebihan, beberapa spesies aya seperti aya sirip biru selatan, terancam pupus.[5] Ikan aya bertaburan luas di lautan-lautan beriklim sederhana dunia.[6]

Etimologi

[sunting | sunting sumber]

Dalam bahasa Melayu, ikan dalam kelompok ini dikenali sebagai aya, tongkol, kayu, bakulan dan sebagainya.

Istilah Inggeris tuna datang daripada bahasa Sepanyol atún daripada bahasa Arab Andalusia at-tūn yang diserap daripada al-tūn التون [Arab Moden التن] daripada kata Latin thunnus.[7] Perkataan thunnus dipinjam daripada Bahasa Yunani Kuno: θύννος, thýnnos yang dipakai pada spesies aya sirip biru selatan,[8][9] nama ini terbit daripada kata θύνω thýnō "meluru".[10] Nama suku Thunnini juga dijejak daripada perkataan Thunnus.

Taksonomi

[sunting | sunting sumber]

Suku Thunnini ialah klad monofiletik yang merangkumi 15 spesies dalam lima genus:

Kladogram ialah alat untuk membayangkan dan membanding hubungan evolusi antara takson, dan dibaca dari kiri ke kanan mengikut garis masa. Kladogram berikut menggambarkan hubungan antara aya dan suku lain dalam keluarga Scombridae. Contohnya, kladogram menggambarkan aya jepun lebih dekat dengan aya sebenar berbanding aya ramping (aya paling primitif), dan saudara terdekat lain bagi aya adalah bonito daripada suku Sardini.[3]

Aya: suku Thunnini, dalam keluarga Scombridae
keluarga Scombridae 
 subkeluarga
Gasterochismatinae 

 setan jangki (satu genus)

 subkeluarga
Scombrinae 
suku Scombrini 

 kembung (dua genus)

suku Scomberomorini 

 tenggiri (tiga genus)

suku Sardini 

 bonito (empat genus)

 suku Thunnini,
 aya 

 Allothunnus, aya ramping

 Auxis, aya selasih

 Euthynnus, aya kecil

 Katsuwonus, aya jepun

 Thunnus, aya sebenar 
 subgenus Thunnus

 kumpulan sirip biru

 subgenus Neothunnus

 kumpulan sirip kuning

Kladogram: Aya dikelaskan kepada suku Thunnini (di bawah-tengah dalam kladogram di atas) – satu daripada empat suku yang ada dalam keluarga Scombridae.[3]

Badan aya bergaris arus untuk membantunya berenang dengan laju. Ia mempunyai dua sirip terpisah di belakang. Sirip belakang boleh direndahkan dan disokong oleh duri-duri badan.[11] Sirip pinggul terletak di bawah sirip dada. Sirip belakang dan sirip pinggul ini boleh disentap kembali apabila aya berenang laju.[11]

Ekornya berbentuk bulan sabit. Bahagian atas badan berwarna biru gelap manakala bahagian bawah berwarna keputihan untuk membantunya menyamar.[12] Aya dapat mengekalkan suhu tubuh lebih tinggi daripada air di sekelilingnya.

  1. ^ "Tribe Thunnini Starks 1910". The Paleobiology Database. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Januari 2019. Dicapai pada 20 Januari 2019.
  2. ^ Yusri Atan; Hamadan Jaafar; Abdul Rahman Abdul Majid (2015). "Ikan Laut Malaysia: Glosari Nama Sahih Spesies Ikan". Dewan Bahasa dan Pustaka. m/s. 199-202. ISBN 9789834603755.
  3. ^ a b c Graham, Jeffrey B.; Dickson, Kathryn A. (2004). "Tuna Comparative Physiology". The Journal of Experimental Biology. 207 (23): 4015–4024. doi:10.1242/jeb.01267. PMID 15498947.
  4. ^ Block, Barbara A.; Booth, David; Carey, Francis G. (1992). "Direct measurement of swimming speeds and depth of blue marlin" (PDF). Journal of Experimental Biology. 166: 267–284. ISSN 0022-0949. Dicapai pada 19 September 2012.
  5. ^ Collette, B.B.; Boustany, A.; Fox, W.; Graves, J.; Juan Jorda, M.; Restrepo, V. (2011). "Thunnus maccoyii". Senarai Merah IUCN Versi 2014.3. Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa. Dicapai pada 7 Jun 2019. This species has been intensively fished since the early 1950s. Its generation length is conservatively estimated to be 12 years. Estimated spawning stock biomass has declined approximately 85% over the past 36 years (1973–2009) and there is no sign that the spawning stock is rebuilding. It is therefore listed as Critically Endangered. Implementation of effective conservation and management measures are urgently needed.
  6. ^ "Status of the World Fisheries for Tuna". Yayasan Kelestarian Makanan Laut Antarabangsa. November 2022. Dicapai pada 17 Disember 2022. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  7. ^ "tuna". American Heritage Dictionary. Houghton Mifflin Harcourt Publishing Company. 2015. Dicapai pada 7 Jun 2019‎. Check date values in: |access-date= (bantuan)
  8. ^ Lewis, Charlton T.; Short, Charles (1879). "thunnus". A Latin Dictionary. Perseus Digital Library.
  9. ^ Liddell, Henry George; Scott, Robert (1940). "θύννος". A Greek-English Lexicon. Perseus Digital Library.
  10. ^ Liddell, Henry George; Scott, Robert (1940). "θύνω". A Greek-English Lexicon. Perseus Digital Library.
  11. ^ a b Biological characteristics of tuna. Jabatan Perikanan dan Penternakan Ikan, Pertubuhan Makanan dan Pertanian. n.d. Dicapai pada 17 Disember 2022.
  12. ^ Gibbs, Elizabeth (n.d.). "Fact Sheet: Tuna #P1412". Rhode Island Sea Grant. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Julai 2012. Dicapai pada 20 September 2012.

Bibliografi

[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]
Wikibooks
Wikibooks
Buku resipi Wikibuku mempunyai resipi