Pergi ke kandungan

Aya Jepun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Aya jepun)

Aya Jepun
Ikan aya Jepun dijual di
sebuah pasar di Filipina
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Actinopterygii
Order: Scombriformes
Keluarga: Scombridae
Subkeluarga: Scombrinae
Tribus: Thunnini
Genus: Katsuwonus
Kishinouye, 1915
Nama binomial
Katsuwonus pelamis
(Linnaeus, 1758)
Sinonim

Templat:Specieslist

Aya Jepun,[a][2] tongkol, tongkol kerai, ikan kayu atau cakalang[3] (nama saintifik: Katsuwonus pelamis)[4][5][2] ialah sejenis ikan aya yang satu-satunya spesies dalam genus Katsuwonus keluarga Scombridae.[6] Ia tumbuh sehingga 1.1 m (3 ka 7 in) panjang. Ia ikan pelagik kosmopolitan yang terdapat di perairan tropika dan panas-sederhana. Ia spesies yang sangat penting dalam perikanan.[7]

Ciri-ciri

[sunting | sunting sumber]
Sekawan ikan aya Jepun

Badannya tidak banyak sisik, kecuali di atas garis sisinya dan di belakang kepalanya. Ia biasa mencapai panjang sehingga 80 cm (31 in) dan berat 8–10 kg (18–22 lb). Panjang maksimumnya 108 cm (43 in) dan berat maksimum pula 34.5 kg (76 lb). Penuaan pada aya sukar dan anggaran jangka hayat mengikut potensinya antara 8 dan 12 tahun.[7]

Ia ikan pelagik yang berenang pantas mengikut arus, biasanya di perairan tropika dunia, di mana ia hidup di permukaan air dalam kawanan besar (sehingga 50,000 ekor), memakan ikan, krustasea, sefalopoda dan moluska. Ia spesies mangsa yang penting bagi ikan pelagik besar dan jerung.

Aya jepun mengawan secara berkumpulan. Pembiakan berlaku sepanjang tahun di perairan khatulistiwa, tetapi ia akan menjadi lebih bermusim jika berada lebih jauh dari khatulistiwa. Panjang ikan ketika pertama kali mengawan adalah lebih kurang 45 cm (18 in). Ia juga dikenali dengan bau yang kuat.[7]

Taksonomi

[sunting | sunting sumber]

Nama genus Katsuwonus diberikan daripada nama ikan ini dalam bahasa Jepun iaitu 鰹 • かつお katsuo;[8] ia dijejak daripada 堅魚 • かたうお kata-uo yang bermaksud "ikan keras".[9]

Kegunaan dalam makanan

[sunting | sunting sumber]
Ikan-ikan cakalang fufu dikepit buluh.

Di Manado dan Maluku, ikan ini disalai menjadi hidangan cakalang fufu yang istimewa di tempat-tempat ini.[3] Ikan ini secara amnya memainkan peranan penting dalam ekonomi Indonesia di mana hasil dimanfaatkan oleh golongan menengah ke atas.[3]

Di Jepun, ikan ini sangat dikehendaki dalam masakan masyarakat di sana tidak hanya mentah (dalam susyi dan sasyimi) atau dipanggang (katsuo tataki (鰹のタタキ)) malah diawet kering menjadi katsuobushi yang menjadi bumbu makanan serta bahan utama rebusan dashi.[10]

  1. ↑ atau sebagai aya jepun
  1. ↑ Collette, B. B.; Boustany, A.; Fox, W.; Graves, J.; Juan Jorda, M.; Restrepo, V. (2021). "Katsuwonus pelamis". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2021: e.T170310A46644566. doi:10.2305/IUCN.UK.2021-2.RLTS.T170310A46644566.en. Dicapai pada 15 April 2025.
  2. 1 2 Yusri Atan; Hamadan Jaafar; Abdul Rahman Abdul Majid (2015). Ikan Laut Malaysia: Glosari Nama Sahih Spesies Ikan. Dewan Bahasa dan Pustaka. m/s. 199. ISBN 9789834603755.
  3. 1 2 3 Motik Chandra Y.D.; Iskandar Sitompul; Tomo H.S.; Synthesa Praharani K.; Gitrix M. Sondakh (2007). Kekayaan Laut Indonesia. Jakarta, Indonesia: Sekretariat Dewan Maritim Indonesia - Departemen Kelautan dan Perikanan. m/s. 3–5. ISBN 978-979-98773-4-5.
  4. ↑ "Tangkapan Marin: Ikan Tongkol". MyAgro. Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Malaysia. Dicapai pada 30 Mac 2021.{{cite web}}: CS1 maint: url-status (link)
  5. ↑ Froese, R.; D. Pauly, penyunting (2020). "Common names of Katsuwonus pelamis". Fishbase. Dicapai pada 30 Mac 2021.{{cite web}}: CS1 maint: url-status (link)
  6. ↑ Scharpf 2026, m/s. 1.
  7. 1 2 3 Collette & Nauen 1983, m/s. 137.
  8. ↑ Scharpf 2026, m/s. 8.
  9. ↑ あて字のおもしろ雑学. フリーランス雑学ライダーズ. 永岡書店. 1988. m/s. 51.
  10. ↑ Sperss, Phil. "How to prepare skipjack tuna for nigiri sushi". lapetitnoisette.

Sumber-sumber

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Templat:TaxonIds