Pergi ke kandungan

Tikam (drama)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tikam
GenreDrama
Thriller
Ditulis olehRehal Nuharis
PengarahMichael Ang
Hadith Omar
Dibintangi oleh
Fahrin Ahmad
Ben Amir
Intan Najuwa
Yuna Rahim
Michael Ang
Ellyas Abdullah
Josiah Lim
Jasmin Hamid
Negara asalMalaysia
BahasaBahasa Melayu
Bilangan episod8 Episod
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Francis Foo
  • Leng Lai
PenerbitMichael Ang
Tempoh siaran23 Minit
Syarikat penerbitan
Juita Viden
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal3 November 2021 – 22 Disember 2021

Tikam adalah merupakan drama bersiri Malaysia tahun 2021 arahan bersama Michael Ang dan Hadith Omar. Dibintangi oleh Fahrin Ahmad, Ben Amir, Intan Najuwa, Michael Ang, Jasmin Hamid dan ramai lagi. Siri ini memulakan tayangan pada 3 November setiap hari Rabu pada jam 9:30 malam di Astro Ria. [1]

Situasi di pejabat BD Property dikejutkan dengan penemuan mayat Shahrol di dalam biliknya. Ketika itu hanya ada 6 orang pekerja sahaja termasuklah NJ, Akma, Ed, Ika, Mike dan Sap yang masih berada di pejabat untuk menyiapkan kerja haram mereka iaitu menyonglap wang syarikat dalam sebuah projek perumahan.

Shahrol turut meninggalkan sekeping nota bunuh diri yang menyatakan bahawa dia rasa kecewa akibat dikhianati oleh pekerjanya yang amat dia percayai selama ini. Kegiatan pecah amanah mereka telah sampai ke pengetahuan pihak atasan kerana ada di antara mereka adalah pengkhianat.

Keadaan bertambah panik apabila mereka menyedari bahawa fail merah milik Shahrol yang menyimpan segala bukti penglibatan pecah amanah mereka semua telah hilang. NJ mengambil keputusan untuk mengunci pintu pejabat dan tidak membenarkan sesiapa keluar dari situ selagi pembelot tersebut tidak dijumpai.

Situasi tambah tegang apabila mereka diberitahu satu mesyuarat tergempar di kalangan ahli Lembaga Pengarah akan diadakan pada pukul 5 petang itu.

  1. ^ Drama Tikam. MyInfoTaip. Dicapai 2 November 2021