Toko Kilat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Toko Kilat
Berasal dariKuala Lumpur, Malaysia
GenreRock, pro-rock
Tahun aktif2016–kini
Laman sesawang
www.tokokilatband.com
AhliEdwin Raj
Irfan Iskandar
Redzuan Hussin
Azhari Saari
Syaiful Idham

Toko Kilat ialah sebuah kumpulan rock Malaysia ditubuhkan pada 2016 dianggotai oleh Edwin Raj (vokal), Irfan Iskandar (dram), Redzuan Hussin (bes) dan Khairil Shah (gitar utama).[1] Kugiran ini mengkaryakan muzik yang diilham daripada unsur utama genre-genre Brit rock dan post-punk, terutamanya daripada kugiran ternama seperti Stereophonics dan Interpol.[2]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Edwin Raj dari They Will Kill Us All (vokal), Irfan Iskandar (dram) dari The Times, Da Vagabonds dan Bittersweet, Redzuan Hussin (bass) dan Khairil Shah (gitar utama) membentuk suatu kugiran sendiri tahun 2016.[1] Khairil meninggalkan Toko Kilat tidak lama selepas penubuhannya, di mana tempatnya digantikan sementara oleh pemain gitar handalan Weng Meng dari Love Me Butch sebelum diambil alih Azhari Saari dari Laila's Lounge selaku gitar utama dan Syaiful Idham (The Padangs) sebagai keyboardis.

EP sulung senama kumpulan ini dikeluarkan pada 2019 dengan seberapa lagu dikeluarkan sebagai single termasuk "Pemacu Api dan "Ratu Malam".[3]

Pada 17 Ogos 2019, Toko Kilat mengadakan siri jelajah Pemacu Api Tour 2019 dengan destinasi pertama mereka di Pulau Pinang sebelum disusuli oleh Johor Bahru (24 Ogos) dan Petaling Jaya, Selangor pada 14 September.[4]

Gaya muzik[sunting | sunting sumber]

Toko Kilat menyifatkan gaya muzik mereka sebagai "pro rock";[5] di mana vokalisnya Edwin Raj menjelaskan lanjut bahawa ""Pro-rock" bermakna bahawa kita adalah penyokong tegar muzik rock, jadi kita selesa dengan apa-apa yang terangkum di alam itu dan kita meraikannya".[2]

Ahli kumpulan[sunting | sunting sumber]

  • Edwin Raj (vokal dan gitar)
  • Khairil Shah (gitar utama)
  • Redzuan ‘Wan’ Hussin (bes)
  • Irfan Iskandar (dram)

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Konsert[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Aina Nur Sarah (13 Julai 2019). Toko Kilat On Reinventing The Music Scene CLEO. Dicapai pada 4 September 2019.
  2. ^ a b c Tan Mei Zi (10 April 2019). Nothing like owning a 'physical' album: Toko Kilat proves Malaysian rock fans still want the real thing The Malay Mail. Dicapai pada 4 September 2019.
  3. ^ Zim Ahmadi (9 April 2019). Album review: Toko Kilat EP Awful Track Record. Dicapai pada 5 September 2019.
  4. ^ Hasnurul Mohamed (4 September 2019). Jom Chat malam ini dengan kumpulan Toko Kilat Utusan Malaysia. Dicapai pada 4 September 2019.
  5. ^ Ridzuan Abdul Rahman (16 Oktober 2019). Muzik rock tiada had Harian Metro. Dicapai pada 19 Oktober 2019.
  6. ^ Toko Kilat Tampil Bersama Noh Salleh Untuk Pemacu Api Tour 2019 Suria FM (15 Julai 2019). Dicapai pada 4 September 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]