Pergi ke kandungan

Tulisan Nagari Timur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Eastern Nagari
Jenis tulisan
Tempoh masa
c. 1200–kini
Arah tulisanLeft-to-right Sunting ini di Wikidata
WilayahIndia dan Nepal
Bahasa-bahasaBengali
Assam
Meitei
Bishnupriya Manipuri
Tulisan berkaitan
Sistem tulisan induk
Sistem tulisan turunan
Oriya
Mithilakshar
Sistem tulisan kerabat
Devanāgarī
ISO 15924
ISO 15924Beng (), ​Templat:ISO 15924 name
Unikod
Alias Unikod
Bengali
U+0980–U+09FF
[a] Bukan semua menerima bahawa tulisan-tulisan Brahmik berasal dari tulisan Semitik.
 Laman ini mengandungi transkripsi fonetik daripada Abjad Fonetik Antarabangsa (AFA). Untuk panduan pengenalan simbol-simbol AFA, sila lihat Bantuan:AFA. Untuk membezakan simbol [ ], / / dan ⟨ ⟩, sila lihat IPA § Tanda-tanda kurung dan pembatas-pembatas transkripsi.

Tulisan Nagari Timur (juga dikenali sebagia Tulisan Purvi) ialah sistem tulisan abugida yang tergolong dalam keluarga tulisan Brahmik, kini digunakan untuk menulis bahasa-bahasa Benggala,Assam, Maithili, Mising, Bishnupriya Manipuri, Meitei Manipuri, Sylhet, dan Chittagong, di samping pernah digunakan untuk menulis bahasa Khasi, Bodo, Karbi dan lain-lain suatu ketika dahulu.[1]

Tulisan Nagari Timur mempunyai 11 huruf vokal yang digunakan untuk mewakili tujuh bunyi vokal bahasa Benggala dan lapan bunyi vokal bahasa Assam, dan juga sebilangan diftong vokal. Kesemua huruf vokal ini digunakan dalam bahasa-bahasa Benggala dan Assam. Sesetengah huruf vokal mewakili bunyi berbeza mengikut perkataan, manakala sesetengah pembezaan vokal yang dikekalkan dalam sistem tulisan tidak disebut sedemikian dalam bahasa Benggala dan Assam moden. Contohnya, tulisan ini mempunyai dua aksara untuk bunyi vokal [i] dan dua aksara untuk bunyi vokal [u]. Lebihan ini timbul dari suatu ketika dahulu apabila tulisan ini digunakan untuk menulis bahasa Sanskrit yang membezakan [i] pendek dan [iː] panjang, begitu juga [u] pendek dan [uː] panjang. Huruf-huruf ini dikekalkan dalam sistem tulisan Nagari Timur dengan nama-nama tradisi "i pendek" (Benggala: rhôshsho i, Assam: hôrswo i) dan "i panjang" (Benggala: dirgho i, Assam: dirghô i), etc., walaupun hakikatnya kini tidak berbeza sebutannya dalam perbualan seharian.

Dua huruf tambahan, অ' and অ্যা, tidak diterima sebagai huruf-huruf Nagari Timur, tetapi masing-masing sering digunakan dalam penulisan bahasa Assam dan Benggala untuk mewakili vokal-vokal tertentu untuk mendapatkan sebutan yang sepatutnya.

Vokal
Aksara Assam Benggala Bishnupriya
Manipuri[2]
Meithei
Manipuri[3]
ô/o ô/o a a
অ' o - - -
a a ā â
অ্যা - ê - -
i i i i
i i ī î
u u u u
u u ū û
ri ri ri/ŗ -
e/ê e/ê e e
ôi oi ai ei/ai
û o o o/ô
ôu ou au ou/au

Tanda vokal boleh digabungkan dengan huruf konsonan untuk mengubah sebutan suku kata (dengan sebagai contoh untuk jadual berikut). Apabila tiadanya tanda vokal, maka dianggapnya berbunyi vokal (ô atau o). Untuk menandakan ketiadaan bunyi vokal, tanda hôshonto () boleh ditulis di bawah huruf konsonan.

Tanda Vokal
Aksara Assam Benggala Bishnupriya
Manipuri[2]
Meithei
Manipuri[3]
kô/ko kô/ko ka ka
ক' ko - - -
কা ka ka
ক্যা - - -
কি ki ki ki ki
কী ki ki
কু ku ku ku ku
কূ ku ku
কৃ kri kri kri/kŗ -
কে ke/kê ke/kê ke ke
কৈ kôi koi kai kei/kai
কো ko ko ko/kô
কৌ kôu kou kau kou/kau

Pada pokoknya, nama-nama huruf konsonan dalam tulisan Eastern Nagari terdiri daripada bunyi konsonannya diikuti vokal ô tersirat. Sesetengah huruf yang kehilangan kebezaan sebutan dalam bahasa Benggala dan Assam moden diberi nama yang lebih terperinci. Contohnya, oleh sebab fonem konsonan /n/ boleh ditulis , , atau (bergantung pada ejaan perkataan tertentu itu), maka huruf-huruf tersebut tidak sekadar dipanggil . Sebaliknya, huruf-huruf itu dipanggil "n gigi" (Benggala: donto nô, Assam: dôntyô nô), "n gelungan" (Benggala: murdhonno nô, Assam: murdhônyô nô), dan niô/ingô. Begitu juga, fonem /ʃ/ dalam bahasa Benggala dan fonem /x/ dalam bahasa Assam boleh ditulis sebagai "sh/x lelangit" (Benggala: talobbo shô, Assam: talôibbô xô), "sh/x gelungan" (Benggala: murdhonno shô, Assam: murdhônyô xô), atau "sh/x gigi" (Benggala: donto shô, Assam: dôntyô xô), juga bergantung pada perkataannya.

Jadual konsonan
Aksara Assam Benggala Bishnupriya
Manipuri[2]
k k k
kh kh kh
g g g
gh gh gh
ng ng η/ng
s ch c∫/ch
s chh chh
z j j
jh jh jh
y n ñ
t ţ ţ
th ţh ţh
d đ đ
ড় ŗ ŗ ŗ/r
dh đh đh
ঢ় ŗh ŗh ŗh
n n n/ņ
t t t
th th th
d d d
dh dh dh
n n n
p p p
ph ph ph/f
b b b
bh bh b'/bh
m m m
z j j
য় y e/Ø y
- r r
r - r
l l l
w - w/v
x/s sh/s ŝ
x/s sh ş
x/s sh/s s
h h h
ক্ষ khy kkh kkh

Gabungan konsonan

[sunting | sunting sumber]

Sehingga empat konsonan berturut-turut yang tidak diasingkan oleh vokal boleh ditulis dalam bentuk "gabungan konsonan" (Benggala: যুক্তাক্ষর juktakkhor atau যুক্তবর্ণ juktobôrno). Biasanya, konsonan pertama dalam gabung ditulis di atas dan/atau di kiri konsonan-konsonan berikutnya. Apabila ditulis dalam gabungan sedemikian, kebanyakan konsonan ditulis dalam bentuk singkatan atau mampatan; yang lain pula berubah bentuk menjadi amat berbeza dari aksara asalnya.

Bentuk lakuran

[sunting | sunting sumber]

Sesetengah konsonan melakur sebegitu rupa sehingga konsonan pertama berkongsi satu calitan dengan konsonan seterusnya.

  • Huruf-huruf konsonan boleh ditimbun dari atas ke bawah, dan berkongsi calitan menegak: ক্ক kkô গ্ন gnô গ্ল glô ন্ন nnô প্ন pnô প্প ppô ল্ল llô dsb.
  • Huruf ৱ wô dan ব bô sebagai konsonan terakhir dalam gabung boleh tergantung pada calitan menegak di bawah konsonan sebelumnya, meminjam bentuk (dikenali sebagai বফলা bôfôla): গ্ব gwô ণ্ব ṇwô দ্ব dwô/dbô ল্ব lwô শ্ব śwô.
  • Huruf-huruf konsonan boleh ditulis sebelah-menyebelah, berkongsi calitan menegaknya: দ্দ ddô ন্দ ndô ব্দ bdô ব্জ bjô প্ট pṭô শ্চ ścô শ্ছ śchô dsb.

Bentuk anggaran

[sunting | sunting sumber]

Sesetengah konsonan ditulis bersebelahan begitu sahaja untuk menandakan gabungan konsonan.

  • Sebagai konsonan akhir dalam gabungan, tidak perlu diubah, dengan konsonan sebelumnya ditulis dekat dengannya begitu sahaja: দ্গ dgô.
  • Sebagai konsonan akhir dalam gabungan, dan boleh ditulis di kanan konsonan sebelumnya dalam bentuk (dikenali sebagai বফলা bôfôla): ধ্ব dhwô ব্ব bbô হ্ব hwô.

Bentuk mampatan

[sunting | sunting sumber]

Sesetengah konsonan dimampatkan (dan diringkaskan juga) sebagai konsonan pertama dalam gabungan.

  • Sebagai konsonan pertama dalam gabungan, konsonan-konsonan ŋô ḍô sering dimampatkan dan diletakkan di kiri atas konsonan berikutnya, tanpa perubahan ketara pada bentuk asasnya: ঙ্ক্ষ ŋkṣô ঙ্খ ŋkhô ঙ্ঘ ŋghô ঙ্ম ŋmô চ্চ ccô চ্ছ cchô চ্ঞ cñô ড্ড ḍḍô ব্ব bbô.
  • Sebagai konsonan pertama dalam gabungan, dimampatkan dan diletakkan di atas konsonan berikutnya, tanpa perubahan ketara pada bentuk asasnya: ত্ন tnô ত্ম tmô ত্ব twô.
  • Sebagai konsonan pertama dalam gabungan, ম dimampatkan dan diringkaskan menjadi bentuk lengkung, terletak di atas atau kiri atas konsonan berikutnya: ম্ন mnô ম্প mpô ম্ফ mfô ম্ব mbô ম্ভ mbhô ম্ম mmô ম্ল mlô.
  • Sebagai konsonan pertama dalam gabungan, ṣô dimampatkan dan diringkaskan menjadi bentuk bujur yang disilang oleh satu calitan serong, terletak di kiri atas konsonan berikutnya: ষ্ক ṣkô ষ্ট ṣṭô ষ্ঠ ṣṭhô ষ্প ṣpô ষ্ফ ṣfô ষ্ম ṣmô.
  • Sebagai konsonan pertama dalam gabungan, dimampatkan dan diringkaskan menjadi bentuk reben, terletak di atas atau kiri atas konsonan berikutnya: স্ক skô স্খ skhô স্ট sṭô স্ত stô স্থ sthô স্ন snô স্প spô স্ফ sfô স্ব swô স্ম smô স্ল slô.

Bentuk singkatan

[sunting | sunting sumber]

Sesetengah konsonan disingkatkan dan kehilangan serba sedikit bentuk asasnya dalam gabungan.

  • Sebagai konsonan pertama dalam gabungan, digugurkan calitan akhirnya: জ্জ jjô জ্ঞ jñô জ্ব jwô.
  • Sebagai konsonan pertama dalam gabungan, ñô digugurkan separuh bawahnya: ঞ্চ ñcô ঞ্ছ ñchô ঞ্জ ñjô ঞ্ঝ ñjhô.
  • Sebagai konsonan terakhir dalam gabungan, ñô digugurkan separuh kirinya (bahagian ): জ্ঞ jñô.
  • Sebagai konsonan pertama dalam gabungan, ṇô and digugurkan calitan ke bawahnya: ণ্ঠ ṇṭhô ণ্ড ṇḍô প্ত ptô প্স psô.
  • Sebagai konsonan pertama dalam gabungan, dan bhô digugurkan hujung menaiknya: ত্ত ttô ত্থ tthô ত্র trô ভ্র bhrô.
  • Sebagai konsonan terakhir dalam gabungan, thô digugurkan calitan ke atasnya, bertukar menjadi rupa : ন্থ nthô ম্থ mthô স্থ sthô.
  • Sebagai konsonan terakhir dalam gabungan, digugurkan calitan ke bawah pertamanya: ক্ম kmô গ্ম gmô ঙ্ম ŋmô ট্ম ṭmô ণ্ম ṇmô ত্ম tmô দ্ম dmô ন্ম nmô ম্ম mmô শ্ম śmô ষ্ম ṣmô স্ম smô.
  • Sebagai konsonan terakhir dalam gabungan, digugurkan separuh atasnya: ক্স ksô ন্স nsô.

Bentuk lainan

[sunting | sunting sumber]

Sesetengah konsonan ada bentuk yang kerap digunakan dalam gabungan sahaja.

  • Sebagai konsonan pertama dalam gabungan, ŋô berupa gelungan dan gulungan: ঙ্ক ŋkô ঙ্গ ŋgô.
  • Sebagai konsonan terakhir dalam gabungan, gulungan di atas dhô digantikan oleh calitan lurus ke bawah di kanan: গ্ধ gdhô দ্ধ ddhô ন্ধ ndhô ব্ধ bdhô.
  • Sebagai konsonan pertama dalam gabungan, berupa calitan serong (dipanggil রেফ ref) di atas huruf-huruf berikut: র্ক rkô র্খ rkhô র্গ rgô র্ঘ rghô dsb.
  • Sebagai konsonan terakhir dalam gabungan, berupa garis bengkok melintang (dipanggil রফলা rôfôla) di bawah konsonan sebelumnya: খ্র khrô গ্র grô ঘ্র ghrô ব্র brô dsb.
    • Dalam sesetengah muka tapi, gabungan-gabungan tertentu yang ada রফলা rôfôla menggunakan bentuk mampatan konsonan awalnya: জ্র jrô ট্র ṭrô ঠ্র ṭhrô ড্র ḍrô ম্র mrô স্র srô.
    • Dalam sesetengah muka tapi, gabungan-gabungan tertentu yang ada রফলা rôfôla menggunakan bentuk singkatan konsonan awalnya: ক্র krô ত্র trô ভ্র bhrô.
  • Sebagai konsonan terakhir dalam gabungan, berupa garis bengkok menegak (called যফলা jôfôla) di kanan konsonan sebelumnya: ক্য kyô খ্য khyô গ্য gyô ঘ্য ghyô dsb.
    • Dalam sesetengah muka tapi, gabungan-gabungan tertentu yang ada যফলা jôfôla menggunakan bentuk lakuran khas: দ্য dyô ন্য nyô শ্য śyô ষ্য ṣyô স্য syô হ্য hyô.

Pengecualian

[sunting | sunting sumber]
  • Apabila diikuti oleh , meminjam bentuk singkatan yang dibubuh gulungan di kanannya: ক্র krô.
  • Apabila didahului oleh bentuk singkatan ñô, meminjam bentuk : ঞ্চ ñcô.
  • Apabila didahului oleh satu lagi huruf ṭô, ṭô disusutkan menjadi gulungan ke arah kiri: ট্ট ṭṭô.
  • Apabila didahului oleh ṣô, ṇô berupa dua gelungan ke arah kanan: ষ্ণ ṣṇô.
  • Sebagai konsonan pertama dalam gabungan, atau konsonan akhir perkataan yang tidak diikuti bunyi vokal, boleh berupa (dipanggil খণ্ড-ত khônḍo tô atau " patah "): ৎস tsô ৎপ tpô ৎক tkô dsb.
  • Apabila didahului oleh , berupa gulungan ke kanan: হ্ন hnô.
  • Ada gabungan-gabungan tertentu yang perlu dihafal: ক্ষ kṣô (dianggap sebagai huruf berasingan dalam bahasa Assam) হ্ম hmô.

Gabungan konsonan-vokal khas

[sunting | sunting sumber]

Sebagai tanda vokal, u, ū, dan banyak meminjam bentuk khas.

  • u
    • Apabila mengikuti atau śô, dipinjamnya bentuk lainan yang menyerupai ekor akhir : গু gu শু śu.
    • Apabila mengikuti yang sudah membentuk sebahagian gabungan konsonan dengan atau , dilakurkannya dengan itu untuk menyerupai : ন্তু ntu স্তু stu.
    • Apabila mengikuti , dan dalam kebanyakan muka taip juga mengikuti bentuk lainan রফলা rôfôla, rupanya sebagai gulungan ke atas di kanan konsonan sebelumnya: রু ru গ্রু gru ত্রু tru থ্রু thru দ্রু dru ধ্রু dhru ব্রু bru ভ্রু bhru শ্রু śru.
    • Apabila mengikuti , rupanya sebagai gulungan tambahan: হু hu.
  • ū
    • Apabila mengikuti , dan dalam kebanyakan muka taip juga mengikuti bentuk lainan রফলা rôfôla, rupanya sebagai calitan ke bawah di kanan konsonan sebelumnya: রূ গ্রূ grū থ্রূ thrū দ্রূ drū ধ্রূ dhrū ভ্রূ bhrū শ্রূ śrū.
    • Apabila mengikuti , dipinjamnya bentuk lainan ū: হৃ hṛ.

Juga wujudnya gabungan tiga konsonan, mengikuti hukum-hukum yang sama seperti tadi. Contoh: + + = স্ত্র strô, + + = ম্প্র mprô, ŋô + + ṣô = ঙ্ক্ষ ŋkṣô, + + = জ্জ্ব jjwô, + ṣô + = ক্ষ্ম kṣmô. Secara teorinya, gabungan empat konsonan juga diterima, misalnya + + ṭô + = র্স্ট্র rsṭrô, tetapi tiada dalam kosa kata yang wujud.

Angka
Angka Arab 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9
Angka Nagari Timur
Nama Benggala shunno êk dui tin char pãch chhôe shat nôe
শুন্য এক দুই তিন চার পাঁচ ছয় সাত আট নয়
Nama Assam xuinnô ek dui tini sari pas sôy xat ath
শুন্য এক দুই তিনি চাৰি পাচ ছয় সাত আঠ
  1. ^ Prabhakara, M S Scripting a solution Diarkibkan 2007-07-10 di Wayback Machine, The Hindu, 19 Mei 2005.
  2. ^ a b c [1]
  3. ^ a b [2], [3][pautan mati kekal], [4]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Templat:Writing systems