Tunku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Omar Setia Raja

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Raja Permaisuri Agong
Img queen4 2.gif
Tengku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Omar Setia Raja
Raja Permaisuri Agong ke- 4
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin
Negeri Terengganu
Kelahiran (1928-04-13)13 April 1928
Singapura
Kemangkatan 24 Januari 2015(2015-01-24) (umur 86)
Hospital Pantai, Kuala Lumpur
Mula jawatan 21 September 1965
Tamat jawatan 20 September 1970
Penyandang terdahulu Tengku Budriah binti Almarhum Tengku Ismail
Penyandang kemudian Tunku Hajah Bahiyah binti Almarhum Tuanku Abdul Rahman

Seri Paduka Baginda Tuanku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Seri Setia Raja (13 April 1928 – 24 Januari 2015), Raja Permaisuri Agong ke-4 diputerikan pada 13 April 1928 di Singapura. Bonda Baginda ialah YM Raja Zainab binti Raja Alang. Baginda menerima pendidikan di Sekolah Melayu Telok Kurau dan Convent Katong, Singapura.

Baginda berkahwin dengan Seri Paduka Baginda Tuanku Ismail Nasiruddin Shah pada 3 April 1944 di Kuala Terengganu dan dilantik sebagai Tengku Ampuan Besar Terengganu pada 6 Jun 1949.

Seri Paduka Baginda dianugerahkan Grand Order of the Mugunghwa oleh Presiden Republik Korea pada 7 Februari 1966. Baginda juga dianugerahkan Darjah Utama Seri Mahkota Negara pada 6 April 1966.

Kegemaran Tuanku Intan Zaharah termasuklah bermain badminton dan memancing. Seri Paduka Baginda ialah Penaung Pertubuhan Pandu Puteri, Terengganu dan kini menjadi Tengku Ampuan Tua Terengganu.

Kemangkatan[sunting | sunting sumber]

Tengku Intan mangkat pada 24 Januari 2015 di sebuah pusat perubatan di Hospital Pantai, Kuala Lumpur pukul 3:30 petang disebabkan oleh pneumonia ketika berumur 86 tahun. Baginda disemadikan di sebelah makam suaminya, Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Makam Diraja berdekatan Masjid Abidin, Kuala Terengganu. Berikutan kemangkatan itu, Terengganu akan berkabung selama 40 hari dan bendera negeri akan dikibarkan separuh tiang bermula 24 Januari sehingga 4 Mac.[1]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Tengku Ampuan Tua Terengganu Tengku Intan Zaharah Mangkat". Bernama. 24 Januari 2014. Dicapai pada 25 Januari 2014. 
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Tengku Budriah
(Raja Perempuan Perlis)
Raja Permaisuri Agong Diikuti oleh:
Tuanku Bahiyah
(Sultanah Kedah)