21 September
<< | September | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | |||||
3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
2023 |
21 September merupakan hari ke-264 (hari ke-265 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 101 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Keamanan Antarabangsa
- Hari Kemerdekaan di Malta (1964), Belize (1981), dan Armenia (1991).
Peristiwa[sunting | sunting sumber]
- 454 – Maharaja Rom Valentinian III membunuh Aëtius di Ravenna.
- 1745 – Pemberontakan Jacobite: Angkatan Jacobite pimpinan Charles Edward Stuart menewaskan Hanover di Prestonpans, East Lothian, Scotland.
- 1792 – Revolusi Perancis: Convention Nationale mengundi memansuhkan pemerintahan beraja, dan mengisytiharkan Republik Pertama.
- 1823 – Mengikut Joseph Smith Jr., malaikat Moroni muncul kepadanya dan memberitahu lokasi Pinggan Keemasan, yang mengandungi teks suci purba Kitab Mormon.
- 1898 – Pembaharuan Seratus Hari di China tamat mendadak apabila Maharani Balu Cixi (gambar) memencilkan Maharaja Guangxu dan mengambil alih sebagai pemangku raja.
- 1937 – Novel kanak-kanak fantasi J. R. R. Tolkien The Hobbit, buku pelopor The Lord of the Rings, diterbitkan.
- 1939 – Perdana Menteri Romania Armand Călinescu dibunuh oleh seorang anggota Garda de fier yang pro-Nazi.
- 1942 – Model prototaip pengebom berat Boeing B-29 Superfortress (gambar), antara pesawat terbesar Perang Dunia II, terbang buat pertama kali.
- 2008 – Lebih 12,800 kanak-kanak di China dimasukkan ke hospital akibat kelancungan produk susu China.
- 2008 – Presiden Afrika Selatan Thabo Mbeki meletak jawatan seperti yang diminta oleh parti pemerintah Kongres Kebangsaan Afrika.
- 2009 – Pasukan lumba Renault F1 diberikan hukuman tergantung dua tahun oleh FIA, selepas mengaku bersalah bersubahat menyebabkan kemalangan sengaja di Grand Prix Singapura 2008.
- 2011 – Dua pengembara A.S. dibebaskan dengan ikat jamin oleh Iran sebagai tanda kemanusiaan selepas dua tahun dipenjarakan, atas kesalahan mengintip.
- 2011 – Valentina Matviyenko dilantik sebagai Pengerusi Majlis Persekutuan Rusia, jawatan politik tertinggi bagi wanita di Rusia moden sejak Maharani Yekaterina.
- 2013 – Sekumpulan lelaki bertopeng mula menyerang pusat beli-belah Westgate di Nairobi, Kenya, membunuh lebih 60 orang.
Kelahiran[sunting | sunting sumber]
- 1840 - Murad V, Sultan Empayar Uthmaniyyah
- 1954 - Shinzo Abe, seorang Perdana Menteri Jepun
- 1957 - Kevin Rudd, Perdana Menteri Australia ke-26
- 1970 - Unique Priscilla, pelakon dan model Indonesia
- 1980 - Autumn Reeser, pelakon A.S.
- 1978 – Emirida Mohd Kamil, ahli politik Malaysia
Kematian[sunting | sunting sumber]
2019 - Sigmund Jähn, angkasawan pertama Jerman dan Jerman Timur