Ulek mayang


Ulek Mayang (Tulisan Jawi: اولق مايڠ ialah tarian tradisional Melayu yang berasal dari negeri Terengganu, Malaysia. Ia merupakan sejenis tarian penyembahan di mana sebuah lagu unik dinyanyikan dengan iringan orkestra Melayu yang terdiri dari gendang, gong, biola dan akordian [1].
Asal usul[sunting | sunting sumber]
Terdapat banyak versi legenda Ulek Mayang, menurut salah satu darinya, tarian ini berasal dari upacara rawatan kuno yang dilakukan oleh seorang bomoh ke atas seorang nelayan yang berada dalam keadaan tidak sedar, dipercayai telah dipukau oleh seorang puteri laut yang jatuh cinta padanya. Percubaan bomoh untuk membawa balik roh nelayan itu menyebabkan puteri itu menyeru 5 lagi saudaranya untuk melawan bomoh tersebut. Pertarungan di antara si bomoh dan keenam-enam puteri berlanjutan sehingga kemunculan puteri yang ketujuh dan paling sulung.
"Ku tahu asal-usulmu” kata puteri sulung dan beliau memerintahkan semua orang, "Yang laut balik ke laut, yang darat balik ke darat".
Bomoh yang terhutang budi dan rakan-rakan nelayan menyampaikan sembahan nasi berwarna kepada sang puteri, satu upacara yang kekal diamalkan sehingga kedatangan Islam, untuk menunjukkan rasa terhutang budi kepada semangat-semangat laut.
Kostum[sunting | sunting sumber]
Kostum penari Ulek Mayang mempunyai dua jenis pakaian, enam dari tujuh penari wanita biasanya akan mengenakan pakaian tradisional seperti songket lengan panjang (baju daripada bahan sutera), selendang (selendang panjang) yang dipakai di pinggang, sanggul (alat perhiasan di rambut), subang (perhiasan di telinga) dan kain songket panjang di bahagian bawah badan serta beberapa aksesori lain. Watak utama penari yang bermain sebagai Tuan Puteri Mayang Sari Mayang Mengurai atau Puteri Tujuh akan menggunakan pakaian dan aksesori yang sama seperti enam penari yang lainnya tetapi yang berbeza adalah dia akan memakai baju songket berlengan pendek dan warna bajunya juga adalah berbeza. Biasanya dia akan memakai baju berwarna kuning. Ini untuk menggambarkan bahawa dia adalah puteri utama penari. Sementara para penari lelaki mereka akan memakai baju tradisional lelaki Melayu seperti Baju Melayu (baju traditional lelaki Melayu).
Lirik[sunting | sunting sumber]
Lagu Ulek Mayang adalah lagu unik yang mengiringi tarian ini. Lagu ini didakwa oleh sesetengah rakyat Malaysia sebagai berhantu kerana selain dari asal usulnya sebagai lagu pemujaan, iramanya juga dikatakan agak menyeramkan. Walau bagaimanapun, ada beberapa interpretasi kontemporari untuk lagu ini sama ada di dalam filem atau lagu-lagu baru. Diva rock Malaysia, Ella pernah menyanyikan lagu ini dalam versi rock, sementara kumpulan thrash metal Malaysia, Cromok pernah mengeluarkan beberapa versi instrumental untuk lagu ini. Lagu ini dinyanyikan dalam Bahasa Terengganu dengan Bahasa Melayu.
Tulisan Jawi | Tulisan Rumi[2] | Terjemahan Bahasa Inggeris |
---|---|---|
اولق مايڠ كو اولق ڤوتري دوا برباجو سيروڠ ڤوتري امڤت برباجو سيروڠ ڤوتري انم برباجو سيروڠ ڤوتري توجوه برباجو سيروڠ توان ڤوتري برباجو سيروڠ كو تاهو اصل اصول مو |
Ulek mayang ku ulek |
I entreat the Mayang Second princess wears a slanted blouse Fourth princess wears a slanted blouse Sixth princess wears a slanted blouse Seventh princess wears a slanted blouse Her highness the princess wears a slanted blouse I know your origins |
.
Lirik Asli:-
[Ulek Mayang]
.
.
Aku tahu asal usulmu,
Seri Bersila nama asalmu,
Seri Berdiri nama batangmu,
Seri Hidup asal usulmu,
Seri Menempak nama daunmu,
Seri Guntur nama bungamu,
Seri Gintir nama buahmu,
Aku tahu asal usulmu.
.
Tujuhkan beradik
Tujuh sebiring
Tujuh segenap
Mengikutlah dari bari
Amboilah kan tujuh
Semangat tujuh
Selangkat tujuh
Tunjanglah kan tujuh
Anggota tujuh
Sifatkan tujuh
Maknuyah tujuh
Ai...turunlah kan tujuh
Belahkan sifat.
.
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya satu.
.
Puteri satu berbaju serong
Puteri satu bersanggul lentang
Puteri satu bersubang gading
Puteri satu berselendang biru.
.
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya dua.
.
Puteri dua berbaju serong
Puteri dua bersanggul sendeng
Puteri dua bersubang gading
Puteri dua berselendang hijau.
.
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya tiga.
.
Puteri tiga berbaju serong
Puteri tiga bersanggul lentang
Puteri tiga bersubang gading
Puteri tiga berselendang merah.
.
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya empat.
.
Puteri empat berbaju serong
Puteri empat bersanggul sendeng
Puteri empat bersubang gading
Puteri empat berselendang putih.
.
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya lima.
.
Puteri lima berbaju serong
Puteri lima bersanggul lentang
Puteri lima bersubang gading
Puteri lima berselendang biru.
.
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya enam.
.
Puteri enam berbaju serong
Puteri enam bersanggul sendeng
Puteri enam bersubang gading
Puteri enam berselendang hijau.
.
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya tujuh.
.
Puteri tujuh berbaju serong
Puteri tujuh bersanggul lentang
Puteri tujuh bersubang gading
Puteri tujuh berselendang merah.
.
Umbok mayang ku umbok
Umbuk dengan jala jemala
Ulek mayang ku ulek
Ulek dengan tuannya puteri.
.
Tuan puteri berbaju serong
Tuan puteri bersanggol sendeng
Tuan puteri bersubang gading
Tuan puteri berselendang kuning.
.
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Sambut dayang ku sambut
Sambut dengan puterinya ngesa.
.
Puteri ngesa berkain serong
Puteri ngesa berbaju hijau
Puteri ngesa berselandang putih
Puteri ngesa bersubang gading
Puteri ngesa bersanggol lentang
Puteri ngesa berinai merah
Puteri ngesa bercelak biru
Puteri ngesa berkalung kuning
Puteri ngesa beralas sendeng.
.
Aku tahu asal usulmu,
Seri Bersila nama asalmu,
Seri Berdiri nama batangmu,
Seri Hidup asal usulmu,
Seri Menempak nama daunmu,
Seri Guntur nama bungamu,
Seri Gintir nama buahmu,
Aku tahu asal usulmu.
.
Yang darat balik ke darat
Yang laut balik ke laut
Yang hutan balik ke hutan
Yang tanah balik ke tanah
Nasi berwarna hamba sembahkan
Umbok mayang ku umbok
Umbok dengan jala jemala
Pulih mayang ku pulih
Pulih balik sedia kala.
.
Tujuhkan beradik
Tujuh sebiring
Tujuh segenap
Mengikutlah dari bari
Amboilah kan tujuh
Semangat tujuh
Selangkat tujuh
Tunjanglah kan tujuh
Anggota tujuh
Sifatkan tujuh
Maknuyah tujuh
Ai...turunlah kan tujuh
Belahkan sifat.
.
.
Nota:
Mayang adalah bunga pokok kelapa digunakan untuk mengusir makhluk halus.
Maknuyah bersinonim dengan maknawiyah.
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "Tarian Ulek Mayang". Tourism Terengganu. 2007. Dicapai pada 2010-09-19.
- ^ "Koleksi Lirik Lagu Rakyat: Ulek Mayang". ZZZ Reversed Tech, Inc. Dicapai pada 19 September 2010.