Unreal Engine

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Unreal Engine
UE Logo Black Centered.svg
PembangunEpic Games
Keluaran pertamaMei 1998; 22 tahun yang lalu (1998-05)
Keluaran stabil4.20 / 16 Julai 2018; 2 tahun yang lalu (2018-07-16)
Status pembangunanAktif
Ditulis dalamC++
JenisEnjin permainan
LesenHak milik; sumber bersama dengan model royalti untuk kegunaan komersil
Kedudukan Alexa 1,296 (Sehingga 22 Mei 2018)[1]
Tapak sesawangunrealengine.com

Unreal Enjin merupakan sebuah enjin permainan yang dibangunkan oleh Epic Games, pertama kali dipamerkan dalam permainan penembak orang pertama Unreal 1998. Walaupun dibangunkan terutamanya untuk penembak orang pertama, ianya telah berjaya digunakan dalam pelbagai bentuk genre lain, termasuklah selinap, pertarungan, MMORPG dan RPG lain. Dengan kod yang ditulis dalam C++, Unreal Engine memaparkan kemudahalihan tahap tinggi dan adalah satu alat yang digunakan oleh banyak pembangun permainan hari ini. 

Keluaran semasa adalah Unreal Engine 4, direka untuk Microsoft Windows, macOS, Linux, SteamOS, HTML5, iOS, Android, Nintendo Switch, PlayStation 4, Xbox One, Magic Leap One dan realiti maya (SteamVR/HTC Vive, Oculus Rift, PlayStation VR, Google Daydream, OSVR dan Samsung Gear VR).

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Unreal Engine 1[sunting | sunting sumber]

Pembangunan Unreal Engine generasi pertama telah dijalankan oleh pengasas Epic Games, Tim Sweeney.[2] Diinspirasikan oleh kerja pengaturcaraan perintis John Carmack pada Doom dan kemudian Quake, Sweeney memulakan pembangunan enjin pada tahun 1995 untuk produksi permainan yang kemudiannya dikenali sebagai Unreal, set penembak orang pertama dalam dunia Medieval dengan unsur-unsur makhluk asing.[3][4] Selepas bertahun-tahun dalam pembangunan, ia bermula dengan keluran permainan pada tahun 1998,[5] walaupun pemegang lesen seperti MicroProse dan Legend Entertainment telah memiliki teknologi tersebut lebih awal, dengan perjanjian perlesenan pertama mengambil tempat pada tahun 1996.[6]

Kedua-dua rendering perisian dan perkakasan hadir di dalam perisian asas dan juga pengesanan pelanggaran, pencahayaan berwarna, dan versi penapisan tekstur yang ringkas.[7] Enjin tersebut juga menyediakan 'level editor', UnrealEd (dahulunya Unreal World Editor[8]),[9] yang mempunyai sokongan untuk operasi geometri pepejal konstruktif masa sebenar seawal tahun 1996, membolehkan pemeta untuk mengubah susun atur 'level' dengan cepat.[10][11] Ciri-ciri lain diletakkan sepanjang pembangunan enjin termasuk pencahayaan langsung dan sumber cahaya masa sebenar, yang mana masing-masing diintegrasikan pada tahun 1995 dan 1997.[12][13] Selain mempunyai sokongan untuk Microsoft Windows, Linux and Mac,[14] Unreal Tournament juga membuka pelantar kepada PlayStation 2 dan, dengan bantuan  Secret Level, ke Dreamcast.[15][16] Pada tahun 2000, Epic mengemaskinikan enjin dengan peningkatan baharu, termasuk model dan seni bina poligon tinggi, sistem animasi rangka dan sokongan rupabumi berskala besar.[17]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "unrealengine.com". Alexa Internet. Diarkib daripada yang asal pada May 22, 2018. Dicapai pada May 22, 2018. Parameter |deadurl= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)
  2. ^ Sweeney, Tim (2005). "GPU Gems 2 – Foreword". Nvidia Developer. Diarkib daripada yang asal pada October 3, 2017. Dicapai pada October 3, 2017. Parameter |dead-url= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)
  3. ^ Nutt, Christian (March 21, 2014). "Epic's Tim Sweeney lays out the case for Unreal Engine 4". Gamasutra. Diarkib daripada yang asal pada October 3, 2017. Dicapai pada October 3, 2017. Parameter |dead-url= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)
  4. ^ Keighley, Geoffrey. "Blinded By Reality: The True Story Behind the Creation of Unreal". GameSpot. Diarkib daripada yang asal pada May 19, 2001. Dicapai pada October 3, 2017. Parameter |dead-url= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)
  5. ^ Horvath, Stu (May 17, 2012). "The Imagination Engine: Why Next-Gen Videogames Will Rock Your World". Wired. Condé Nast. Diarkib daripada yang asal pada May 30, 2015. Dicapai pada February 6, 2015. Parameter |dead-url= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)
  6. ^ Buecheler, Christopher. "Tim Sweeney discusses the Unreal Engine". GameSpy. Diarkib daripada yang asal pada June 21, 2001. Dicapai pada October 3, 2017. Parameter |dead-url= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)
  7. ^ Lily, Paul (July 21, 2009). "Doom to Dunia: A Visual History of 3D Game Engines". Maximum PC. Diarkib daripada yang asal pada July 24, 2009. Dicapai pada July 5, 2009. Parameter |dead-url= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)
  8. ^ "Unreal". boot. No. Aug/Sep 96 (ed. Special Premiere Collector's). m/s. 87. Dicapai pada May 22, 2018.
  9. ^ Smith, Tom (July 16, 2013). "Unreal: Epic's would-be Doom... er... Quake killer". The Register. Diarkib daripada yang asal pada August 12, 2017. Dicapai pada August 13, 2017. Parameter |dead-url= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)
  10. ^ Wilson, Billy; O'Brien, Chris; Heir, Manveer; Howarth, Robert (May 25, 2000). "Talkin' nasty with Epic's Tim Sweeney". Voodoo Extreme. Diarkib daripada yang asal pada June 20, 2000. Dicapai pada August 13, 2017. Parameter |dead-url= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)
  11. ^ Thomsen, Mike (February 23, 2010). "History of the Unreal Engine". IGN. Diarkib daripada yang asal pada July 12, 2017. Dicapai pada August 13, 2017. Parameter |dead-url= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)
  12. ^ Burnes, Andre (June 8, 2012). "Epic Reveals Stunning Elemental Demo, & Tim Sweeney On Unreal Engine 4". NVIDIA. Diarkib daripada yang asal pada June 10, 2012. Dicapai pada June 12, 2012. Parameter |dead-url= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)
  13. ^ Kosak, Dave. "Talking with Tim Sweeney about the evolution of a game engine". GameSpy. Diarkib daripada yang asal pada June 21, 2001. Dicapai pada August 13, 2017. Parameter |dead-url= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)
  14. ^ Herz, J.C. (December 2, 1999). "GAME THEORY; For Game Maker, There's Gold in the Code". The New York Times. Diarkib daripada yang asal pada September 19, 2017. Dicapai pada September 24, 2017. Parameter |dead-url= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)
  15. ^ IGN Staff (October 9, 2000). "Unreal Tournament". IGN. Diarkib daripada yang asal pada July 17, 2016. Dicapai pada August 10, 2017. Parameter |dead-url= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)Selenggaraan CS1: menggunakan parameter authors (link)Selenggaraan CS1: Menggunakan parameter authors (link)
  16. ^ IGN Staff (December 8, 2000). "Interview With Dreamcast Unreal Tournament Team". IGN. Dicapai pada August 10, 2017.
  17. ^ IGN Staff (September 11, 2000). "New Features in Unreal Engine Shown". IGN. Diarkib daripada yang asal pada August 12, 2017. Dicapai pada August 13, 2017. Parameter |dead-url= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)