Upin & Ipin (Musim pertama)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Upin & Ipin (Musim pertama)
Upin Ipin musim 1.JPG
Negara asalMalaysia
Jumlah episod6
Siaran
Saluran asalTV9
Siaran asal14 September 2007 (2007-09-14) – 13 Oktober 2007 (2007-10-13)
Kronologi musim
← Sebelumnya
Seterusnya →
Musim ke-2
Senarai episod Upin & Ipin

Musim pertama Upin & Ipin diterbitkan khusus sempena sambutan Ramadan pada tahun 2007 untuk mendidik kanak-kanak mengenai erti dan kepentingan bulan mulia. Sambutan memberangsangkan terhadap siri pendek ini menggalakkan Les' Copaque agar menerbitkan satu musim lagi sempena bulan Ramadan seterusnya. Musim pertama Upin & Ipin memenangi anugerah Animasi Terbaik di Festival Filem Antarabangsa Kuala Lumpur 2007.[1]

Senarai episod[sunting | sunting sumber]

No. di
siri
No. di
musim
Tajuk Siaran pertama DVD
11"Esok Puasa"14 September 2007Vol. 1
Upin dan Ipin yang mencecah usia lima tahun mula mengenali erti "puasa" dan ingin tahu tujuan dan faedah berpuasa seperti mana kanak-kanak Muslim lain yang sebaya dengan mereka. Opah dan Kak Ros sedia menerangkan erti dan tujuan berpuasa kepada mereka. Maka, inilah kali pertama adik-beradik kembar ini bersahur dan berpuasa.
22"Dugaan"15 September 2007Vol. 1
Sesungguhnya sukar untuk anak-anak muda seperti Upin dan Ipin yang cergas dan nakal berpuasa untuk kali pertama. Mereka selalu terlupa ibadah puasa mereka apabila bangun pagi atau setelah bermain ketika cuaca panas terik, sehingga kawan-kawan mereka yang bukan Islam pun terpaksa mengingatkan mereka.
33"Nikmat"16 September 2007Vol. 1
Tiba waktunya Upin dan Ipin berbuka puasa setelah mengharungi pelbagai dugaan pada hari pertama mereka berpuasa. Memang teruja dan tidak sabar mereka berdua menunggu saat menikmati hidangan lazat sempena malam berbuka puasa. Usaha puasa mereka akhirnya berhasil apabila mereka menikmati makanan sehingga kenyang. Selepas itu, kedua-dua mereka tertidur sambil terlupa rancangan untuk ke surau.
44"Terawih"21 September 2007Vol. 1
Peluang Upin dan Ipin mengikut Opah dan Kak Ros ke surau untuk sembahyang terawih tercapai juga setelah beberapa hari berpuasa. Doa terawih sempena Ramadan ini seolah-olah menjadi peluang kanak-kanak bermain bersama kawan-kawan dan bukannya beribadah, tidak terkecuali Upin, Ipin dan kawan-kawan mereka. Setelah berkongsi pengalaman berpuasa, mereka pun bermain juga. Akhirnya keseronokan kanak-kanak itu berakhir setelah Kak Ros mengarahkan mereka turut serta dalam sembahyang.
55"Esok Raya"12 Oktober 2007Vol. 1
Opah cuba meyakinkan Upin dan Ipin bahawa ibadah puasa itu satu kewajipan yang akan diberi pahala oleh Allah setelah menamatkan riwayat. Adalah menjadi kebiasaan zaman sekarang bahawa ibu bapa memberi anak-anak duit sebagai ganjaran tanpa mengajar mereka menghayati erti puasa.
66"Hari Raya"13 Oktober 2007Vol. 1
Kawan-kawan Upin dan Ipin tiba di rumah adik-beradik itu untuk beraya bersama. Mereka semua yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama ini menikmati hidangan yang disediakan Opah. Setelah makan, mereka semua berkongsi pengalaman berpuasa sementara Opah yang sentiasa ada untuk memberi nasihat dan galakan kepada mereka untuk berpuasa pada tahun-tahun akan datang.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Series Upin & Ipin Won in KLIFF 2007!!, Les Copaque, 30 November 2007. Dicapai pada 8 Januari 2010.