Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng!

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng!
PengarahErma Fatima
Hjh. Ainon Ariff
PenerbitHj. Burhanuddin Md Radzi
Dibintangi olehPuteri Balqis
Awie
Remy Ishak
Gambit Saifullah
Sara Ali
Asyiela Putri (suara)
PengedarPrimeworks Studios
Mula ditayangkan
24 November 2016 (2016-11-24)
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Malaysia

Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng! merupakan filem Malaysia yang dikeluarkan pada tahun 2016 oleh KRU Studios dengan kerjasama Les' Copaque Production. Filem ini menggabungkan lakonan sebenar dengan animasi dan menampilkan watak-watak animasi Upin dan Ipin di dunia nyata.

Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng! diarah oleh Erma Fatima bersama Hajjah Ainon Ariff, penerbit siri Upin & Ipin, dan diedarkan oleh Primeworks Studios. Ia mula ditayangkan di 121 buah pawagam di seluruh Malaysia mulai 24 November 2016.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Aqish ialah seorang anak yatim yang setia meminati Upin dan Ipin, suka melukis dan menggantung gambar Upin dan Ipin, bahkan suka berangan-angan berkawan dengan watak-watak Upin dan Ipin. Pada suatu hari, nasib malang melanda Aqish apabila rumah anak yatim dan tanah yang didudukinya bakal dijual kepada pihak luar, memungkinkan Aqish kehilangan tempat untuk bergantung. Duka Aqish begitu menyentuh perasaan sehingga watak-watak Upin dan Ipin dalam lukisan pun terasa dan mereka pun muncul ke dalam dunia Aqish dalam bentuk watak hidup untuk menghiburkan dan menemani Aqish dalam menghadapi dugaan.[1]

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Sambutan[sunting | sunting sumber]

Jualan tiket[sunting | sunting sumber]

Filem Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng! ditayangkan di sebanyak 121 pawagam di seluruh Malaysia pada minggu pertama tayangannya. Untuk hujung minggu pertama (24-27 November) diumumkan kutipan tiket sejumlah RM3 juta.[2] Ini termasuk RM500,000 pada hari pertama sendiri.[3] Filem ini menduduki tangga nombor dua dalam carta kutipan tiket pawagam Malaysia pada minggu pertamanya.

Ulasan[sunting | sunting sumber]

Filem ini menerima ulasan rata-rata positif daripada pengulas akhbar. Bibi Nurshuhada Ramli dari New Straits Times mengulas bahawa Jeng Jeng Jeng! berjaya menggabungkan platform animasi dan aksi sebenar hingga babak Aqish bermain dengan Upin dan Ipin kelihatan realistik, tetapi mengeluh tentang penceritaan yang tidak menepati cita rasa dirinya.[4] Angelin Yeoh untuk The Star pula memberikan markah 6/10 dengan meluahkan rasa tidak sangka bahawa filem ini mengisahkan kesanggupan menggadaikan maruah demi wang, bahkan harusnya digelar Upin & Ipin: Jagat.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "#MOVIEREVIEW - UPIN DAN IPIN: JENG JENG JENG!". Dicapai 2016-12-06. 
  2. ^ "Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng! kutip RM3 juta". Berita Harian Online. 2016-11-30. Dicapai 2016-12-06. 
  3. ^ "Jeng Jeng Jeng! New Upin & Ipin film scores RM500K on first day of screening [VIDEO]". NST Online. 2016-11-25. Dicapai 2016-12-06. 
  4. ^ "Cute twins win hearts again". NST Online. 2016-11-24. Dicapai 2016-12-06. 


Pautan luar[sunting | sunting sumber]