Parti Komunis Kesatuan Soviet

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Parti Komunis
Kesatuan Soviet
Коммунистическая партия Советского Союза (Kommunisticheskaya partiya Sovetskogo Soyuza)
PengasasVladimir Lenin
Diasaskan1 Januari 1912
Dibubarkan29 Ogos 1991
Didahului olehParti Buruh Demokrat Sosial Rusia
Digantikan olehKesatuan Parti Komunis
AkhbarPravda
Sayap beliaKomsomol
Perintis Muda
Keanggotaan19 juta (1986)
IdeologiKomunisme,
Marxisme–Leninisme
Kedudukan politikJauh kiri
Penggabungan antarabangsaComintern (sehingga 1943), Cominform (sehingga 1956), Parti Buruh & Mesyuarat Komunis Antarabangsa
WarnaMerah and Kuning
Slogan"Workers of the world, unite! Para perkerja sedunia, bersatu!"
Lagu parti"The Internationale"
Politik Kesatuan Soviet
Parti politik
Pilihan raya

Parti Komunis Kesatuan Soviet atau Communist Party of the Soviet Union (CPSU)[note 1] adalah parti politik pemerintah dan pengasas Kesatuan Republik Sosialis Soviet (KRSS). CPSU adalah parti tunggal yang mentadbir Kesatuan Soviet sehingga tahun 1990 apabila Majlis Tertinggi Kesatuan Soviet membatalkan undang-undang yang memberikan CPSU kuasa monopoli ke atas sistem politik. Parti itu ditubuhkan pada tahun 1912 oleh Bolshevik, puak majoriti Parti Buruh Demokratik Sosial Rusia—iaitu kumpulan revolusi yang dipimpin oleh Vladimir Lenin yang merampas kuasa selepas berlakunya Revolusi Oktober tahun 1917. Parti itu telah dibubarkan pada 29 Ogos 1991 akibat dari kegagalan rampasan kuasa pada awal bulan itu.

CPSU telah disusun mengikut idea sentralisme demokratik, satu prinsip yang diilhamkan oleh Lenin yang melibatkan perbincangan demokratik dan terbuka isu-isu dasar dan keperluan perpaduan dalam menegakkan dasar-dasar yang telah dipersetujui. Badan tertinggi dalam CPSU ialah Kongres parti, yang diadakan setiap lima tahun. Apabila Kongres tidak bersidang, Jawatankuasa Pusat adalah badan yang tertinggi. Oleh kerana Jawatankuasa Pusat bermesyuarat sebanyak dua kali setahun, kebanyakkan tugas dan tanggungjawab harian terletak pada Politburo, Sekretariat, dan Orgburo (sehingga 1952). Pemimpin parti adalah ketua kerajaan dan memegang jawatan samada Setiausaha Agung, Perdana Menteri atau ketua negara, atau menyandang ketiga-tiga jawatan serentak—tetapi tidak pernah ketiga-tiga pada masa yang sama. Pemimpin parti adalah pengerusi de facto Politburo CPSU dan ketua eksekutif KRSS.

CPSU komited dengan pemikiran komunis dan menurut undang-undang parti, CPSU taat kepada ajaran Marxsisme-Leninisme, ideologi berdasarkan tulisan-tulisan Lenin dan Karl Marx, dan menjadi rasmi di bawah Joseph Stalin. Parti itu menjalankan sosialisme negeri, di mana semua industri telah dijadikan milik negara dan ekonomi terancang dilaksanakan. Sebelum perancangan pusat telah digubal pada tahun 1929, Lenin telah memperkenalkan ekonomi campuran, biasanya dirujuk sebagai Dasar Ekonomi Baru, pada tahun 1920an. Apabila Mikhail Gorbachev mengambil alih kuasa, sentimen umum di dalam parti dan masyarakat menganggap ekonomi yang dirancang telah gagal dan terdapat keperluan untuk memperkenalkan ekonomi pasaran. Gorbachev dan beberapa sekutunya membayangkan pengenalan ekonomi yang sama dengan Dasar Ekonomi Baru Lenin melalui satu program perestroika, atau pembinaan semula, tetapi keputusan pembaharuan mereka menyumbang kepada kejatuhan seluruh sistem kerajaan.

Terdapat beberapa sebab yang menyumbang kepada kehilangan kuasa CSPU dan pembubaran Kesatuan Soviet. Sesetengah ahli sejarah telah menulis bahawa dasar pendemokrasian Gorbachev adalah punca, dikatakan ia melemahkan kawalan parti ke atas masyarakat. Lain-lain telah menyalahkan ekonomi yang tidak berkembang dan hilang kepercayaan oleh rakyat jelata dalam ideologi komunis. Parti Komunis China berkata bahawa punca kejatuhan bermula dengan Joseph Stalin, mengkritik beliau kerana "mencemar Leninisme", menukarkan Marxisme kepada dogma, mewujudkan pemerintahan untuk seorang, dan memperkenalkan sistem ekonomi yang tidak cekap.

lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Sometimes referred to as the Soviet Communist Party (SCP). Note, the party had four different names during its existence;
    • Russian Social Democratic Labour Party (bolsheviks) (1912–1918)
    • Russian Communist Party (bolsheviks) (1918–1925)
    • All-Union Communist Party (bolsheviks) (1925–1952)
    • Communist Party of the Soviet Union (1952–1991)

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

Artikel dan catatan jurnal
  • McDonough, Terrence (1995). "Lenin, Imperialism, and the Stages of Capitalist Development". Science & Society. 59 (3). Guilford Press. m/s. 339–367.CS1 maint: ref duplicates default (link)
Buku

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Kategori berkenaan Parti Komunis Kesatuan Soviet di Wikimedia Commons

Templat:Parti Komunis Kesatuan Soviet