Vickers Warwick

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Warwick B/ASR Mk.I BV285

Vickers Warwick merupakan pesawat British pelbagai guna yang digunakan semasa Perang Dunia ke-Dua. Dibina oleh Vickers-Armstrongs, Warwick digunakan oleh Tentera Udara Diraja British (RAF) sebagai pengangkut, penyelamat air-laut dan pelantar pemantauan marin oleh British Overseas Airways Corporation (BOAC).

Reka bentuk dan pembangunan[sunting | sunting sumber]

Bahagian badan belakang Warwick menunjukkan binaan geodesik menggunakan duralumin. Dipamerkan di Muzium Armstrong & Aviation di Istana Bamburgh.

Warwick direka bagi Kementerian Udara spesifikasi B.1/35 sebagai pengebom berat dwi enjin (menurut piawaian masa itu) setanding dengan Wellington. Tempahan prototaip dibatalkan pada 1936 apabila ia diputuskan untuk menyelaras hanya penggunaan pengebom empat enjin. Vickers-Armstrongs menyiapkan dua prototaip, satu dengan enjin X disejukkan cecair Rolls-Royce Vulture - ditarik kembali kerana masaalah penyejukan enjin - dan enjin penyejuk udara Pratt & Whitney Double Wasp.

Warwick menggunakan binaan kerangka geodesik Barnes Wallis yang dipelopori oleh pesawat Wellesley dan Wellington. Dalam sistem ini, jaringan bahagian struktur berpalang dibuat dengan menggunakan duralumin dan diselitupi fabrik rangka wayar. Babanan dibahagikan antara struktur, memberikan gandaan sekiranya berlaku kerosakan, tetapi meningkatkan kesulitan pembinaan. Jumlah penuh 219 Warwick Mark I dibina, dengan 95 terakhir mempunyai enjin 2,000 hp (1,500 kW) R-2800-47.

Sejarah operasi[sunting | sunting sumber]

Warwick ditempah oleh RAF Coastal Command bagi pengawasan anti-kapal selam. Dari 1943 Warwicks dilengkapi dengan bot penyelamat 1,700 lb (770 kg) Mk IA dan digunakan bagi penyelamat udara-laut. Bot penyelamat, direka oleh pelayar Uffa Fox, dilengkapi dengan bekalan dan berenjin dua 4 hp (3 kW), dibidik dengan pembidik bom berhampiran krew udara yang melompat keluar dan dijatuhkan dengan menggunakan payung terjun ke laut pada ketinggian 320 m (700 kaki). Warwicks diakui menyelamatkan anak kapal Halifax, Lancaster, Wellington dan Fortress dan semasa pendaratan di Arnhem dari peluncur Pesawat Udara Umum Hamilcar (General Aircraft Hamilcar).

Kelainan[sunting | sunting sumber]

Bot penyelamat bawaan udara dipasangkan di hadapan Warwick semasa D-Day belang pengenalan.
Penyelamat udara-laut Warwick dengan bot penyelamat bawaan udara di bawah badannya

Warwick Mark I[sunting | sunting sumber]

  • Warwick B Mk I — pengebom keluaran asal, dari 150 ditempah, hanya 16 pesawat dibina. Ia digunakan bagi pelbagai jenis ujian.
  • Warwick C Mk I atau Vickers Type 456 — versi pengangkut bagi BOAC, untuk kegunaan di laluan Mediterranean dan Afrika Utara.
  • Warwick B/ASR Mk I — 40 pesawat diubah suai dari pengebom Warwick B.Mk I. Warwick ASR digunakan sebagai pesawat penyelamat udara-laut. Ia mampu membawa dua set perkakasan menyelamat nyawa Lindholme.
  • Warwick ASR (Stage A) — Sepuluh kapal terbang diubah suai dari pengebom Warwick B Mk 1. Warwick ASR (Stage A) digunakan bagi penyelamat udara/laut. Ia mampu membawa satu bot bawaan udara dan dua set perkakasan menyelamat nyawa Lindholme.
  • Warwick ASR (Stage B) — 20 pesawat diubah suai dari pengebom Warwick B Mk 1. Warwick ASR (Stage B) merupakan pesawat penyelamat udara/laut, membawa peralatan yang sama seperti Warwick ASRs dan ASR (Stage A).
  • Warwick ASR Mk I atau Type 462 merupakan versi penyelamat udara/laut, tetapi ia mampu membawa bot penyelamat bawaan udara tambahan. Kapal terbang ini dilengkapi dengan dua enjin piston jejarian 1,850 hp (1380 kW) Pratt & Whitney Double Wasp R-2800-S1A4G. 205 buah telah dibina.

Warwick Mark II[sunting | sunting sumber]

  • Warwick B Mk II atau Vickers Type 413 — proyotaip pengebom, hanya satu mesin dibina, diubah-suai dari Warwick B Mk I.
  • Warwick GR Mk II atau Vickers Type 469 — anti-kapal selam, versi pengawas umum. Ia dilengkapi dengan keupayaan membawa bom dan torpedo. Ia mempunyai dua enjin piston jejarian 2,500 hp (1,864 kW) Bristol Centaurus VI; 118 telah dibina.
  • Warwick GR Mk II Met — versi pengawas meteorologi bagi Warwick GR Mk II; 14 telah dibina.

Warwick Mark III[sunting | sunting sumber]

  • Warwick C Mk III atau Vickers 'Type 460 — versi pengangkut. Ia mempunyai tambahan rata di bawah badan tengah, muatan bebanan asal dipertingkatkan kepada 20,400 kg (45,000 lb). Ia mampu membawa 24 tentera kelengkapan penuh atau lapan hingga sepuluh dalam versi VIP. Tidak membawa sebarang persenjataan; 100 buah telah dibina.

Warwick Mark IV[sunting | sunting sumber]

  • Warwick ASR Mk VI atau Vickers Type 485 — versi penyelamat udara/laut akhir. Kapal terbang mempunyai dua enjin piston jejarian Pratt & Whitney Double Wasp R-2800-2SBG. 94 buah dibina.

Warwick Mark V[sunting | sunting sumber]

  • Warwick GR Mk V atau Vickers Type 474 — anti-kapal selam, pesawat pengawas umum. Ia mempunyai dua enjin piston jejarian Bristol Centaurus VII, dilengkapi dengan 7 mesin gan dan membawa 2,700 kg (6,000 lb) bom, periuk api atau peledak dalam (depth-charge). Lampu Leigh turut dipasang melentang. Ia disiapkan terlalu lewat untuk berkhidmat. 210 buah dibina.

Pengguna[sunting | sunting sumber]

Pengguna tentera[sunting | sunting sumber]

  • Pasukan Udara Polish di Perancis dan Great Britain
    • Skuadron Pengebom Polish No. 301
    • Skuadron Pengebom Polish No. 304
 South Africa
  • Pasukan Udara Afrika Selatan
Bendera United Kingdom United Kingdom

Spesifikasi (Warwick I)[sunting | sunting sumber]

Ciri umum

  • Anak kapal: six
  • Panjang: 72 kaki 3 in (22.00 m)
  • Rentang sayap: 96 kaki 8 in (29.50 m)
  • Tinggi: 18 kaki 6 in (5.6 m)
  • Sayap luas: 1,006 ka² (93.5 m²)
  • Berat kosong: 35,400 lb (16,057 kg)
  • Berat berisi: 38,000 lb (17,230 kg)
  • Berat berlepas maksimum: 46,000 lb (20,860 kg)
  • Loji kuasa:Pratt & Whitney R-2800/S.1A4-G Double Wasp jejarian, 1,850 hp (1,380 kW setiap satu) setiap satu

Prestasi

Persenjataan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Barfield, Norman. "Vickers-Armstrongs Warwick variants". Aircraft in Profile, Volume 11. Windsor, Berkshire, UK: Profile Publications Ltd., 1972.
  • Green, William and Scarborough, Gordon. WW2 Fact Files: RAF Bombers, Part 2. London: Jane's Publishing Company Ltd., 1981. ISBN 0-7106-0118-2.
  • Taylor, John W.R. "Vickers Warwick". Combat Aircraft of the World from 1909 to the Present. New York: G.P. Putnam's Sons, 1969. ISBN 0-425-03633-2.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Vickers aircraft