Presiden Vietnam
Presiden Republik Sosialis Vietnam ڤريسيدن ريڤوبليک سوسياليس ۏيتنام Chủ tịch nước Cộng hòa xã hội chủ nghĩa Việt Nam | |
---|---|
![]() | |
Gelaran | Tuan Presiden (tidak rasmi) Tuan Yang Terutama (diplomatik) |
Jenis | Ketua negara |
Ahli kepada |
|
Kediaman | Istana Presiden |
Pencadang | Jawatankuasa Tetap Perhimpunan Kebangsaan |
Pelantik | Perhimpunan Kebangsaan |
Tempoh jawatan | Lima tahun, boleh diperbaharui |
Surat cara pembentukan | Perlembagaan Vietnam |
Pemegang sulung | Hồ Chí Minh |
Pembentukan | 2 September 1945 |
Timbalan | Naib Presiden |
Gaji | 15,730,000₫ bulanan[1] |
Laman sesawang | vpctn |
Presiden Vietnam ialah gelaran ketua negara bagi Republik Sosialis Vietnam, yang dipilih dalam kalangan wakil di Perhimpunan Kebangsaan. Kerana Vietnam merupakan negara satu parti, presiden dianggap sebagai jawatan kedua tertinggi dalam sistem siasah negara itu,[2] selepas Setiausaha Agung Parti Komunis Vietnam. Sebagai ketua negara, presiden mewakili Vietnam di dalam dan luar negeri serta bertanggungjawab melantik ketua pemerintah, Perdana Menteri.
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ News, V. T. C. (13 Ogos 2016). "Lương của Chủ tịch nước, Thủ tướng, Chủ tịch Quốc hội là bao nhiêu? - VTC News". Báo VTC (dalam bahasa Vietnam). Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Ogos 2016.
- ^ "Bộ Chính Trị Quy Định 4 Chức Danh Lãnh Đạo Chủ Chốt Của Đảng, Nhà Nước" (dalam bahasa Vietnam). Gabungan Buruh Bandar Hải Phòng. 24 Mei 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Julai 2022.