Wallacea

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Wallacea adalah kumpulan pulau-pulau dalam kawasan merah, sedangkan Garisan Weber berwarna biru.

Wallacea ialah suatu gelaran biogeografi untuk sekumpulan pulau-pulau Indonesia yang dipisahkan oleh selat-selat air dalam daripada pentas benua Asia dan Australia. Wallacea meliputi Sulawesi, pulau terbesar dalam kumpulan itu, dan juga Lombok, Sumbawa, Flores, Sumba, Timor, Halmahera, Buru, Seram, serta banyak pulau-pulau kecil lainnya. Pulau-pulau Wallacea dibatasi oleh Sundaland (Semenanjung Melayu, Sumatera, Borneo, Jawa, dan Bali) di sebelah barat, dan oleh Oceania Dekat yang merangkumi Australia dan New Guinea di sebelah selatan dan timur. Luas keseluruhan daratan kawasan Wallacea adalah 347,000 km².

Pentas Sahul dan Sunda. Wallacea adalah kawasan di antara keduanya.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Sempadan antara Sundaland dan Wallacea mengikuti Garisan Wallace, dinamakan selepas naturalis Alfred Russel Wallace yang menyatakan adanya perbezaan fauna mamalia dan burung pada pulau-pulau di kedua-dua sisi garisan itu. Pulau-pulau Sundaland di sebelah barat garisan, termasuk Sumatera, Jawa, Bali, dan Borneo, berkongsi fauna mamalia yang serupa dengan Asia Timur, antara lain ialah harimau, badak, dan beruk. Sedangkan pulau-pulau dari Lombok dan terus hingga ke arah timur yang di sebelah timur garisan kebanyakannya dihuni oleh marsupial dan burung yang serupa dengan Australasia. Sulawesi menunjukkan tanda kehadiran kedua-dua jenis fauna.[1]

Semasa zaman air batu, paras laut adalah lebih rendah daripada hari ini, sehingga mendedahkan Pentas Sunda yang menghubungkan pulau-pulau Sundaland satu sama lain dan dengan Asia,[2] dan membenarkan haiwan darat Asia untuk mendiami pulau-pulau ini. Begitu juga Australia dan New Guinea di timur dihubungkan dengan pentas benua yang cetek, dan semasa zaman air batu dihubungkan oleh jambatan tanah dan membentuk satu benua tunggal, yang oleh pelbagai saintis dipanggil dengan nama Australia-New Guinea, Meganesia, atau Sahul.

Australia, New Guinea, dan Kepulauan Aru berkongsi banyak mamalia marsupial, burung tanah, dan ikan air tawar yang tidak didapati di kawasan Wallacea. Sempadan antara Wallacea dan Australia-New Guinea dinamakan Garisan Lydekker. Kerajaan Filipina biasanya dianggap kawasan yang berasingan daripada Wallacea.[3] Garisan Weber adalah titik tengah di mana flora dan fauna Asia dan Australia diwakili lebih kurang dalam jumlah yang sama, dan garisan ini mengikut kepada selat terdalam yang melintasi Kepulauan Indonesia.

Beberapa spesies Eucalyptus, genus utama pokok di Australia, boleh didapati di Wallacea, iaitu Eucalyptus deglupta di Sulawesi, serta E. urophylla dan E. alba di Nusa Tenggara Timur.[4]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Wallace, Alfred Russel (1869), The Malay Archipelago, m/s. 25–29, dicapai 22 Jan 2013 
  2. ^ Voris, Harold K. (2000), "Maps of Pleistocene sea levels in Southeast Asia: shorelines, river systems and time durations" (PDF), Journal of Biogeography 27, Field Museum of Natural History, Chicago, Illinois, USA: 1153–1167  line feed character dalam |title= di kedudukan 50 (bantuan)
  3. ^ New, T.R. (2002), "Neuroptera Of Wallacea: A Transitional Fauna Between Major Geographical Regions" (PDF), Acta Zoologica Academiae Scientiarum Hungaricae 48 (Suppl. 2): 217–227 
  4. ^ Irfan Budi Pramono and Ag. Pudjiharta (1996). "Research Experiences on Eucalyptus in Indonesia," in Reports submitted to the regional expert consultation on eucalyptus, Vol. II. Food and Agriculture Organization, Regional Office for Asia and the Pacific, Bangladesh.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Abdullah MT. (2003). Biogeography and variation of Cynopterus brachyotis in Southeast Asia. PhD thesis. University of Queensland, St Lucia, Australia.
  • Corbet, GB, Hill JE. (1992). The mammals of the Indomalayan region: a systematic review. Oxford University Press, Oxford.
  • Hall LS, Gordon G. Grigg, Craig Moritz, Besar Ketol, Isa Sait, Wahab Marni and M.T. Abdullah. (2004). Biogeography of fruit bats in Southeast Asia. Sarawak Museum Journal LX(81):191–284.
  • Wilson DE, Reeder DM. (2005). Mammal species of the world. Smithsonian Institution Press, Washington DC.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]