Pergi ke kandungan

Wan Dzahanurin Ahmad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Wan Dzahanurin Ahmad
Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor
bagi Sungai Kandis
Menyandang jawatan
12 Ogos 2023
Didahului olehZawawi Mughni
(PHPKR)
Majoriti167 (2023)
Maklumat peribadi
Lahir
Wan Dzahanurin bin Ahmad
Kerakyatan Malaysia
Parti politikParti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)
Gabungan politik
lain
Perikatan Nasional (PN)
PekerjaanAhli politik

Wan Dzahanurin bin Ahmad merupakan seorang ahli politik Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) bagi Sungai Kandis sejak Ogos 2023. Beliau merupakan ahli dan Ketua Bahagian Kota Raja bagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), sebuah parti komponen Perikatan Nasional (PN) dan bekas parti komponen Pakatan Harapan (PH). Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Timbalan Pengerusi PH Bahagian Kota Raja.

Kerjaya politik

[sunting | sunting sumber]

Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (sejak 2023)

[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya negeri Selangor 2023

[sunting | sunting sumber]

Dalam Pilihan raya negeri Selangor 2023, Wan Dzahanurin membuat penampilan sulungnya dalam pilihan raya selepas dicalonkan oleh Perikatan Nasional (PN) untuk bertanding di kerusi negeri Sungai Kandis. Wan Dzahanurin memenangi kerusi tersebut dan telah dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) bagi Sungai Kandis bagi penggal pertama selepas menewaskan Zawawi Mughni dari Pakatan Harapan (PH) dengan majoriti hanya 167 undi.[1] Namun, kemenangannya mencetuskan kontroversi apabila penyokong PH membantah keputusan itu dengan mendakwa terdapat percanggahan dalam jumlah undi yang tidak dipulangkan dan tidak sepadan dengan keputusan rasmi.[2] Terdapat juga rancangan awal oleh PH untuk mencabar keputusan itu dengan memfailkan petisyen pilihan raya,[3] namun rancangan tersebut tidak diteruskan.[4]

Keputusan pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
Dewan Undangan Negeri Selangor[5]
Tahun Kawasan pilihan raya Calon Undi Peratus Lawan Undi Peratus Undi sah Majoriti Hasil
2023 N49 Sungai Kandis Wan Dzahanurin Ahmad (BERSATU) 28,926 49.01% Zawawi Mughni (PKR) 28,759 48.72% 59,026 167 75.09%
Afriena Shaqira Sariff (MUDA) 1,341 2.27%
  1. ^ "Selangor polls: Official Results". New Straits Times. 13 Ogos 2023. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  2. ^ "State polls: Perikatan's Wan Dzahanurin wins Sungai Kandis". The Star. 12 Ogos 2023. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  3. ^ "Selangor PH to challenge 4 seats won by PN in state polls, says MB". Free Malaysia Today. 2 September 2023. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  4. ^ "PH tidak teruskan petisyen bantahan keputusan PRN tiga DUN". Harian Metro. 26 Oktober 2023. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  5. ^ "Keputusan Pilihan Raya Negeri Selangor ke-15". Dicapai pada 5 Oktober 2023.
  6. ^ "Senarai Penerima Pingat Pangkuan Negara Tahun 2021" (PDF). www.istiadat.gov.my.