Ikatan Demokratik Malaysia
Ikatan Demokratik Malaysia ايکتن ديموکراتيک ماليسيا MUDA | |
---|---|
![]() | |
Pengasas | Syed Saddiq Syed Abdul Rahman |
Slogan | Budi - Tara - Setia |
Diasaskan | 17 September 2020 |
Pecahan | Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) |
Ideologi | Politik kiri tengah |
Warna rasmi | Hitam |
Dewan Rakyat Malaysia (Parlimen) | 1 / 222
|
Bendera parti | |
![]() |
![]() |
Rencana ini sebahagian daripada siri: Politik dan pemerintahan Malaysia |
![]() |
|
Portal Malaysia |
Ikatan Demokratik Malaysia (Jawi: ايکتن ديموکراتيک ماليسيا, Inggeris: Malaysia United Democratic Alliance, juga singkatan: MUDA) merupakan sebuah parti politik di Malaysia yang ditubuh oleh ahli politik Malaysia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Sejarah penubuhan[sunting | sunting sumber]
Pada 24 Ogos 2020, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah mengumumkan bahawa beliau berniat untuk menubuh satu parti politik baharu untuk golongan belia, dengan inspirasi daripada parti-parti belia luar negara.[1]
Pada 17 September 2020, beliau telah ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) untuk mendaftar sebuah parti politik di bawah nama Ikatan Demokratik Malaysia.[2] Menurutnya, parti tersebut kini diterajui 13 orang penaja, dan akan menerima keahlian semua belia tidak kira kaum dan agama.[3] Namun begitu, pada 7 Januari 2021, pendaftaran parti tersebut disahkan ditolak oleh RoS, bersama-sama dengan Parti Pejuang Tanah Air milik bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad tanpa sebarang sebab dinyatakan lalu membawa kepada kekecewaan Syed Saddiq.[4][5]
Wakil rakyat[sunting | sunting sumber]
Dewan Rakyat[sunting | sunting sumber]
Ahli Parlimen Malaysia[sunting | sunting sumber]
Negeri | No | Kawasan Parlimen | Ahli | Catatan |
---|---|---|---|---|
![]() |
P146 | Muar | Syed Saddiq Syed Abdul Rahman | Bekas Menteri Belia dan Sukan (2018-2020) |
Jumlah | Johor (1) |
Lihat juga[sunting | sunting sumber]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Mohd Azlim Zainury (24 Ogos 2020). "Syed Saddiq tubuh parti baharu". Sinar Harian. Dicapai pada 9 Januari 2020.
- ^ Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan (17 September 2020). "Syed Saddiq daftar Parti Muda Malaysia". Sinar Harian. Dicapai pada 9 Januari 2020.
- ^ Manzaidi Mohd Amin (17 September 2020). "Syed Saddiq daftar parti 'Muda' hari ini". Malaysia Gazette. Dicapai pada 9 Januari 2020.
- ^ Hidir Reduan Abdul Rashid, Annabelle Lee (7 Januari 2021). "ROS tolak pendaftaran Pejuang, Muda". Malaysiakini. Dicapai pada 9 Januari 2021.
- ^ Ridauddin Daud (7 Januari 2021). "Kenapa takut dengan pendaftaran MUDA, soal Syed Saddiq". Astro Awani. Dicapai pada 9 Januari 2021.
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
- Ikatan Demokratik Malaysia di Facebook
- Ikatan Demokratik Malaysia di Instagram
- Ikatan Demokratik Malaysia di Twitter
![]() | Rencana tentang politik ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |