Parti Pribumi Bersatu Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari BERSATU)
Jump to navigation Jump to search
"BERSATU", "PPBM" dilencongkan di sini
Parti Pribumi Bersatu Malaysia
Malaysian United Indigenous Party
ڤرتي ڤريبومي برساتو مليسيا
PPBM/BERSATU
PengerusiTun Dr. Mahathir Mohamad
PresidenTan Sri Dato' Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin
Setiausaha-AgungHamzah Zainudin
PengasasTan Sri Dato' Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin
Naib PresidenTan Sri Ab Rashid bin Ab Rahman
Datuk Abdul Rashid bin Asari
Bendahari AgungDato' Mohamed Salleh Bajuri
Ketua PeneranganDr. Mohd Radzi Md Jidin
Ketua ArmadaSyed Saddiq Syed Abdul Rahman
SloganBersatu, Beramanah, Bermaruah
Diasaskan8 September 2016; 3 tahun yang lalu (2016-09-08)
Ibu pejabatPetaling Jaya
Sayap beliaArmada Bersatu
Sayap WanitaSrikandi Bersatu
KeahlianBumiputera dan Bukan Bumiputera
Penggabungan nasionalPakatan Harapan (2015-2020)[1] Perikatan Nasional (2020-kini)
Warna rasmiMerah
Dewan Negara Malaysia (Parlimen)
10 / 70
Dewan Rakyat Malaysia (Parlimen)
29 / 222
Dewan Undangan Negeri
39 / 591
Bendera parti
Bendera BERSATU.svg
Tapak web
Parti Pribumi Bersatu Malaysia

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bahasa Inggeris: Malaysian United Indigenous Party juga singkatan: BERSATU atau kadangkala ditulis sebagai PPBM) ialah sebuah parti politik di Malaysia yang dipimpin oleh Pengerusi, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin. BERSATU pernah menjadi salah sebuah parti dalam gabungan parti pemerintah bagi kerajaan Persekutuan. Ia juga merupakan parti yang memimpin dalam gabungan parti pemerintah Kerajaan Negeri Kedah, Kerajaan Negeri Perak, Kerajaan Negeri Johor, dan parti dalam gabungan parti pemerintah bagi Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Kerajaan Negeri Selangor, Kerajaan Negeri Melaka dan Kerajaan Negeri Sabah. Ia juga merupakan parti pembangkang dalam Kerajaan Negeri Kelantan.

Sejarah penubuhan[sunting | sunting sumber]

Parti Pribumi Bersatu Malaysia merupakan sebuah parti politik Malaysia yang lahir selepas pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dato' Seri Paduka Mukhriz Mahathir serta penggantungan Dato' Seri Mohd Shafie Apdal daripada UMNO pada 24 Jun 2016[2]. Borang pemohonan untuk mendaftarkan PPBM telah dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 9 Ogos 2016 oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin serta ahli jawatankuasa penaja parti[3][4][5]. Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah meluluskan penubuhan Parti PPBM pada 08 September 2016 [6]. Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) telah dibubarkan secara sementara pada 5 April 2018[7]. Walau bagaimanapun pada 10 Mac 2018, Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad telah membuat kenyataan berikutan ancaman berulang-kali yang dikeluarkan oleh ROS untuk membubarkan PPBM[8][9], parti itu telah pun menyediakan perancangan lain jika benar dibubarkan ROS[10].

Jawatankuasa Penaja Penubuhan (9 Ogos 2016)[sunting | sunting sumber]

Jawatankuasa Penaja Penubuhan Parti[5]
Jawatan Nama
Presiden Penaja Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin
Pengerusi Penaja Tun Dr. Mahathir Mohamad
Timbalan Presiden Penaja Dato' Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir
Setiausaha Agung Penaja Kamarul Azman Habibur Rahman
Bendahari Penaja Ainina Saaduddin
Ahli Jawatankuasa Penaja Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi

Takrif Pribumi[sunting | sunting sumber]

Menurut perlembagaan parti, Pribumi bermaksud warganegara Malaysia berbangsa Melayu dan Bumiputera termasuk orang asli dan anak negeri Sabah dan Sarawak seperti yang ditakrifkan di dalam Perlembagaan Persekutuan, Perlembagaan Negeri dan undang-undang negara.

Cogan Perjuangan[sunting | sunting sumber]

Cogan perjuangan parti ialah "'BERSATU, BERAMANAH, BERMARUAH". '

Bendera dan Lambang[sunting | sunting sumber]

Bendera parti
Lambang parti







Bendera dan lambang parti berupa segi empat tidak sama berwarna merah dengan kadar nisbah 1:2 (lebar x panjang) dan didalamnya terdapat grafik berbentuk bunga lima kelopak berwarna putih.

Pengertian reka bentuk[sunting | sunting sumber]

  • Lima kelopak bunga bererti lima (5) Rukun Islam sebagai Agama Persekutuan dan lima (5) Prinsip Rukunegara.
  • Lima kelopak bunga yang bersambung secara seimbang dan sekata melambangkan perpaduan warga Pribumi dan seluruh rakyat Malaysia yang hidup secara aman dan harmoni serta mendapat layanan yang adil dan saksama dalam sebuah masyarakat majmuk yang berbilang kaum dan agama.

Pengertian warna[sunting | sunting sumber]

  • Warna merah bererti keberanian, semangat patriotisme dan daya juang yang jitu.
  • Warna putih bererti kesucian, keikhlasan dan keluhuran dalam perjuangan serta sifat amanah, jujur dan berintegriti yang mesti dimiliki oleh ahli-ahli parti.

Tujuan Penubuhan[sunting | sunting sumber]

BERSATU ditubuhkan untuk :

  1. Memberikan perhatian kepada reformasi institusi untuk mengembalikan integriti didalam pentadbiran negara.
  2. Mengembalikan semula demokrasi dan kedaulatan undang-undang yang telah dinafikan dan disalahguna.
  3. Memuliakan pemisahan kuasa antara Perundangan, Eksekutif dan Kehakiman.
  4. Berjuang untuk menambahbaik prestasi Kerajaan dan memberi kehidupan yang lebih baik buat rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.
  5. Mengembalikan penghormatan dan sanjungan dunia terhadap Malaysia dan rakyatnya.
  6. Bekerjasama dengan parti-parti politik dan badan-badan bukan kerajaan yang mempunyai aspirasi dan prinsip sehaluan dalam usaha membentuk kepimpinan Kerajaan yang lebih baik, demi kepentingan negara dan rakyat Malaysia.

Matlamat Perjuangan[sunting | sunting sumber]

  1. Menegakkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan menghormati hak orang bukan Islam untuk menganut dan mengamalkan agama masing-masing secara aman dan harmoni.
  2. Menjunjung kemuliaan dan kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu.
  3. Mempertahankan kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak dan hak-hak yang sah untuk semua kaum.
  4. Memperkasa Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan memelihara hak semua kaum untuk mempelajari bahasa ibunda masing-masing.
  5. Menegakkan sistem demokrasi berparlimen dan doktrin pemisahan kuasa dengan memperkukuhkan institusi demokrasi menerusi reformasi institusi yang menyeluruh.
  6. Memperkasa agenda memerangi rasuah dan salah guna kuasa untuk mewujudkan amalan tadbir urus yang baik dan pemerintahan yang bersih, beramanah dan berintegriti.
  7. Memelihara hak-hak asasi rakyat sepertimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, menjunjung nilai-nilai keadilan sejagat yang selari dengan agama Islam, serta menjunjung keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang serta prinsip keadilan dan kesaksamaan.
  8. Membentuk masyarakat Malaysia yang inklusif, progresif, dinamik dan saintifik serta menghargai seni, budaya dan tradisi sebagai acuan membina sebuah negara maju yang sejahtera.
  9. Memperjuangkan keadilan sosial, mengagih kekayaan negara secara adil dan saksama, membela kebajikan rakyat dan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan agama.
  10. Mendukung prinsip bahawa setiap rakyat berhak untuk berjaya dengan memperolehi pendidikan yang berkualiti dan sempurna menerusi satu sistem pendidikan yang mementingkan pengembangan bakat, kreativiti, inovasi dan amalan nilai-nilai murni serta melaksanakan dasar dan inisiatif yang konsisten untuk merapatkan jurang pendidikan antara bandar dan luar bandar.
  11. Memupuk perpaduan dan keharmonian antara masyarakat pelbagai kaum dan agama, memelihara kestabilan politik dan keselamatan negara, dan memacu pembangunan ekonomi yang mapan demi kepentingan rakyat dan negara.
  12. Mengamalkan prinsip-prinsip Rukunegara serta mendukung Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri-Negeri.
  13. Menyertai pilihanraya umum Persekutuan dan Negeri serta pilihanraya kecil dengan tujuan untuk menghantar wakil parti ke Dewan Undangan Negeri, Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Coat of arms of Malaysia.svg
Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan pemerintahan
Malaysia
 
Portal Malaysia

Kepimpinan[sunting | sunting sumber]

Struktur pentadbiran BERSATU terdiri daripada Majlis Pimpinan Tertinggi dan Majlis Presiden di peringkat pusat, Badan Pimpinan Negeri di peringkat negeri, Jawatankuasa Pimpinan Bahagian di peringkat Parlimen dan Jawatankuasa Cawangan di peringkat daerah mengundi.

Barisan Pemimpin Kanan[sunting | sunting sumber]

Majlis Pimpinan Tertinggi adalah adalah badan eksekutif tertinggi parti yang menjalankan kuasanya di bawah perintah Perhimpunan Agung. Ia terdiri daripada seorang Pengerusi, seorang Presiden, seorang Timbalan Presiden, 5 orang Naib Presiden termasuk Ketua Srikandi dan Ketua Armada, seorang Setiausaha Agung, seorang Bendahari Agung, seorang Ketua Penerangan, tidak lebih daripada 15 orang Ahli MPT yang dipilih dalam Perhimpunan Agung, tidak lebih daripada 7 orang yang dilantik oleh Presiden parti selepas berunding dengan Pengerusi parti, serta 6 orang wakil sayap-sayap parti iaitu 3 orang dari Srikandi dan 3 orang dari Armada.

Majlis Presiden pula adalah badan eksekutif yang mengelola hal ehwal pengurusan dan pentadbiran parti. Ia terdiri daripada Presiden, Timbalan Presiden, 5 orang Naib Presiden termasuk Ketua Srikandi dan Ketua Armada, Setiausaha Agung, Bendahari Agung dan Ketua Penerangan.

Data sehingga 20 Mac 2020.

Jawatan Nama
Pengerusi Tun Dr. Mahathir Mohamad
Presiden Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin
Timbalan Presiden Dato' Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir
Naib Presiden Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman
Datuk Abdul Rashid Asari
Kosong
Ketua Srikandi (Bertaraf Naib Presiden) Datuk Seri Rina Mohd Harun
Ketua Armada (Bertaraf Naib Presiden) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Setiausaha Agung YB Dato Seri Hamzah Zainudin[11] (Bermula 26.03.2020)
YB Senator Datuk Wira Haji Marzuki Yahya[12][13] (27.09.2018-18.03.2020)
Datuk Dr. Shahruddin Md Salleh (Sehingga 27.09.2018)
Bendahari Agung Dato’ Mohamed Salleh Bajuri
Ketua Penerangan Dr. Mohd Radzi Md Jidin[12] (27.09.2018-kini)
Datuk Kamarudin Md Nor (Sehingga 27.09.2018)
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Datuk Abdul Kadir Jasin (Ahli MPT – dipilih)
Muhammad Zahid Md Arip (Ahli MPT – dipilih)
Datuk Nordin Salleh (Ahli MPT – dipilih)
Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yassin (Ahli MPT – dipilih)
Dato' Seri Ahmad Faizal Dato' Haji Azumu (Ahli MPT – dipilih)
Tariq Ismail Mustafa (Ahli MPT – dipilih)
Datuk Dr Sukiman Sarmani (Ahli MPT – dipilih)
Hazlinda Abd Latif (Ahli MPT – dipilih)
Najwah Halimah Abd Halim (Ahli MPT – dipilih)
Ulya Awamah Husamuddin (Ahli MPT – dipilih)
Dr. Muhammad Faiz Na’aman (Ahli MPT – dipilih)
Abu Bakar Yahya (Ahli MPT – dipilih)
Wan Mohd Shahrir Wan Abdul Jalil (Ahli MPT – dipilih)
Akhramsyah Muammar Ubaidah Tan Sri Sanusi (Ahli MPT - dilantik)
Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen (Ahli MPT - dilantik)
Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof (Ahli MPT – dilantik)
Dato' Dr Rais Hussin Mohamed Ariff (Ahli MPT – dilantik)
Datuk Dr Shahruddin Md Salleh (Ahli MPT – dilantik)
Setiausaha Kerja Kapt (B) Muhammad Suhaimi Yahya
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti Syed Hamid Albar
Pengerusi Lembaga Displin Megat Najmuddin Megat Khas menggantikan Sanusi Junid
Pengerusi Lembaga Rayuan Mohd Radzi Sheikh Ahmad

Kepimpinan Badan Pimpinan Negeri[sunting | sunting sumber]

Pejabat PPBM cawangan Johor di Johor Bahru.

Data sehingga 27 Mac 2020.

Negeri
Perlis Pentadbiran diambil alih Ibu Pejabat Parti Ketua
Pentadbiran diambil alih Ibu Pejabat Parti Timbalan Ketua
Kedah YAB Dato' Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir Ketua
Mejar (B) Haji Anuar Abdul Hamid Timbalan Ketua
Pulau Pinang YB Senator Datuk Wira Haji Marzuki Yahya Ketua
Dato’ Seri Mohd Shariff Omar Timbalan Ketua
Perak YAB Dato' Seri Ahmad Faizal Dato' Haji Azumu Ketua
Mohamed Azni Mohamed Ali Timbalan Ketua
Selangor YB Datuk Abdul Rashid Asari Ketua
Prof Datuk Dr. Sukiman Sarmani Timbalan Ketua
Wilayah Persekutuan Kapt (B) Muhammad Suhaimi Yahya Ketua
Muhammad Zahid Md Arip Timbalan Ketua
Negeri Sembilan Tan Sri Dr. Rais Yatim Ketua
YB Dato' Eddin Syazlee Shith Timbalan Ketua
Melaka YB Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof Ketua
YB Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen Timbalan Ketua
Johor YB Mazlan Bujang Ketua
YB Senator Ir Md Nasir Hashim Timbalan Ketua
Pahang Wan Mohd Shahrir Wan Abdul Jalil Ketua
Dato’ Salim Ahmad Timbalan Ketua
Kelantan Datuk Kamarudin Md Nor Ketua
Dato’ Sazmi Miah Timbalan Ketua
Terengganu YB Senator Datuk Razali Idris Ketua
Mohd Yusop Bin Majid Timbalan Ketua
Sarawak Jaziri Alkaf Abdillah Suffian Ketua
Johan Mohamad Timbalan Ketua
Sabah YB Datuk Seri Panglima Hajiji Mohd Noor Ketua
YB Datuk Seri Panglima Masidi Manjun Timbalan Ketua

Wakil Rakyat[sunting | sunting sumber]

Dewan Negara[sunting | sunting sumber]

Senator[sunting | sunting sumber]

Ahli-ahli Senator Malaysia tidak dipilih secara pilihanraya. Setiap daripada 13 dewan undangan negeri memilih dua Senator; baki 44 dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. BERSATU mempunyai 9 orang Ahli Dewan Negara yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan melalui Dewan Undangan Negeri.[14]

Lantikan Tempoh Ahli Catatan
Flag of the Supreme Head of Malaysia.svg Yang di-Pertuan Agong 22.04.2019 - 21.04.2022 YB Senator Dato' Isa Ab Hamid Lantikan kali kedua

Berpindah dari UMNO ke PPBM pasca-PRU14

17.07.2018 - 16.07.2021 YB Senator Datuk Wira Marzuki Yahya Timbalan Menteri Luar Negeri (17.07.2018 – 24.02.2020)
17.07.2018 - 16.07.2021 YB Senator Dr Mohd Radzi Md Jidin Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi (17.07.2018 – 24.02.2020)

Menteri Pendidikan (10.03.2020-kini)

27.08.2018 - 26.08.2021 YB Senator Datuk Razali Idris Timbalan Majlis Senator Malaysia
27.08.2018 - 26.08.2021 YB Senator Ir Md Nasir Hashim
16.01.2018 - 15.01.2021 YB Senator Datuk John Ambrose Berpindah dari UMNO ke PPBM pasca-PRU14
10.03.2020 - 09.03.2023 YB Senator Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal Timbalan Menteri Belia dan Sukan (10.03.2020-kini)
 Kedah 15.08.2017 - 14.08.2020 YB Senator Dato' Haji Mohd Suhaimi Abdullah Lantikan kali kedua

Berpindah dari UMNO ke PPBM pasca-PRU14

 Sabah 05.01.2018 - 04.01.2021 YB Senator Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin Berpindah dari UMNO ke PPBM pasca-PRU14

Dewan Rakyat[sunting | sunting sumber]

Ahli Parlimen Malaysia[sunting | sunting sumber]

BERSATU mempunyai 36 orang Ahli Dewan Rakyat dari seluruh negeri kecuali negeri Perlis, Pahang dan Sarawak.

Negeri No Kawasan Parlimen Ahli Catatan
 Kedah P004 Langkawi YB Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri (10.05.2018 – 24.02.2020)

Perdana Menteri Interim (24.02.2020 - 29.02.2020)

P005 Jerlun YAB Dato' Seri Utama Mukhriz Mahathir
P006 Kubang Pasu YB Dato Ir Amiruddin Hamzah Timbalan Menteri Kewangan (02.07.2018 – 24.02.2020)
 Kelantan P027 Tanah Merah YB Dato' Sri Ikmal Hisham Abdul Aziz Berpindah dari UMNO ke PPBM pasca-PRU14

Timbalan Menteri Pertahanan (10.03.2020-kini)

P030 Jeli YB Dato' Sri Mustapa Mohamed Berpindah dari UMNO ke PPBM pasca-PRU14

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) (10.03.2020-kini)

 Terengganu P038 Hulu Terengganu YB Dato' Rosol Wahid Berpindah dari UMNO ke PPBM pasca-PRU14

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (10.03.2020-kini)

 Pulau Pinang P042 Tasek Gelugor YB Datuk Shabudin Yahaya Berpindah dari UMNO ke PPBM pasca-PRU14
P047 Nibong Tebal YB Dato' Dr Mansor Othman Keluar PKR (24.02.2020)

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi (10.03.2020-kini)

Menyertai PPBM (11.03.2020)

 Perak P056 Larut YB Dato Seri Hamzah Zainudin Berpindah dari UMNO ke PPBM pasca-PRU14

Menteri Dalam Negeri (10.03.2020-kini)

P058 Bagan Serai YB Dato' Dr Noor Azmi Ghazali Berpindah dari UMNO ke PPBM pasca-PRU14

Timbalan Menteri Kesihatan (10.03.2020-kini)

P063 Tambun YAB Dato' Seri Ahmad Faizal Azumu
 Pahang P082 Indera Mahkota YB Dato' Saifuddin Abdullah Keluar PKR (24.02.2020)

Menteri Komunikasi dan Multimedia (10.03.2020-kini)

Menyertai PPBM (11.03.2020)

 Selangor P092 Sabak Bernam YB Dato' Mohd Fasiah Mohd Fakeh Berpindah dari UMNO ke PPBM pasca-PRU14
P093 Sungai Besar YB Muslimin Yahaya Timbalan Menteri Pendidikan (10.03.2020-kini)
P098 Gombak YB Dato' Seri Mohamed Azmin Ali Dipecat dari PKR (24.02.2020)

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (10.03.2020-kini)

Menyertai PPBM (11.03.2020)

P099 Ampang YB Zuraida Kamaruddin Dipecat dari PKR (24.02.2020)

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (10.03.2020-kini)

Menyertai PPBM (11.03.2020)

 Kuala Lumpur P119 Titiwangsa YB Datuk Seri Rina Mohd. Harun Menteri Pembangunan Luar Bandar (21.05.2018 – 24.02.2020)

Menteri Wanita dan Keluarga(10.03.2020-kini)

P124 Bandar Tun Razak YB Dato' Kamarudin Jaffar Keluar PKR (24.02.2020)

Timbalan Menteri Luar Negeri (10.03.2020-kini)

Menyertai PPBM (11.03.2020)

 Negeri Sembilan P129 Kuala Pilah YB Dato' Eddin Syazlee Shith Timbalan Menteri Komunikasi & Multimedia (02.07.2018 – 24.02.2020)

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) (10.03.2020-kini)

 Melaka P134 Masjid Tanah YB Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin Berpindah dari UMNO ke PPBM pasca-PRU14

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (10.03.2020-kini)

P135 Alor Gajah YB Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan (02.07.2018 – 24.02.2020)

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) (10.03.2020-kini)

 Johor P140 Segamat YB Dato' Sri Dr. Edmund Santhara Kumar Ramanaidu Keluar PKR (24.02.2020)

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan (10.03.2020-kini)

Menyertai PPBM sebagai ahli bersekutu (11.03.2020)

P143 Pagoh YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin Menteri Dalam Negeri (21.05.2018 – 24.02.2020)
Perdana Menteri Malaysia ke-8 (01.03.2020 - kini)
P146 Muar YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Menteri Belia dan Sukan (02.07.2018 – 24.02.2020)
P149 Sri Gading YB Datuk Dr Shahruddin Md Salleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan (02.07.2018 – 24.02.2020)

Timbalan Menteri Kerja Raya (10.03.2020-kini)

P150 Batu Pahat YB Dato' Mohd Rashid Hasnon Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat (16.07.2018)

Keluar PKR (24.02.2020)

Menyertai PPBM (11.03.2020)

P151 Simpang Renggam YB Dr Maszlee Malik Menteri Pendidikan (21.05.2018 – 03.01.2020)
P154 Mersing YB Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad Berpindah dari UMNO ke PPBM pasca-PRU14
P165 Tanjong Piai Datuk Wira Dr Md Farid Md Rafik Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (02.07.2018 – 21.09.2019)

Meninggal dunia. Lihat PRK Tanjung Piai 2019

 Sabah P167 Kudat YB Datuk Abdul Rahim Bakri Berpindah dari UMNO ke PPBM pasca-PRU14

Timbalan Menteri Kewangan (10.03.2020-kini)

P177 Beaufort YB Dato' Azizah Mohd Dun Berpindah dari UMNO ke PPBM pasca-PRU14
P178 Sipitang YB Yamani Hafez Musa Berpindah dari UMNO ke PPBM pasca-PRU14
P179 Ranau YB Jonathan Yasin Keluar PKR (24.02.2020)

Timbalan Menteri Dalam Negeri (10.03.2020-kini)

Menyertai PPBM (11.03.2020)

P183 Beluran YB Datuk Seri Dr Ronald Kiandee Berpindah dari UMNO ke PPBM pasca-PRU14

Menteri Pertanian & Industri Makanan (10.03.2020-kini)

P184 Libaran YB Datuk Zakaria Edris Berpindah dari UMNO ke PPBM pasca-PRU14
 Sarawak P198 Puncak Borneo YB Willie anak Mongin Keluar PKR (24.02.2020)

Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (10.03.2020-kini)

Menyertai PPBM (11.03.2020)

P205 Saratok YB Ali anak Biju Keluar PKR (24.02.2020)

Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli (10.03.2020-kini)

Menyertai PPBM (11.03.2020)

Jumlah Kedah (3), Kelantan (2), Terengganu (1), Pulau Pinang (2), Perak (3), Pahang (1), Selangor (4), W.P. Kuala Lumpur (2), Negeri Sembilan (1), Melaka (2), Johor (7), Sabah (6), Sarawak (2)

Dewan Undangan Negeri[sunting | sunting sumber]

Ahli Dewan Undangan Negeri[sunting | sunting sumber]

BERSATU mempunyai 42 anggota dewan undangan negeri. Ia mempunyai wakil di setiap negeri kecuali Perlis, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan dan Sarawak. Pada Pilihan raya umum Malaysia ke-14, parti ini bersama gabungan Pakatan Harapan (PH) memegang majoriti di Dewan Undangan Negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Melaka dan Johor. Selepas berpisah dari Pakatan Harapan, parti ini bersama gabungan Perikatan Nasional (PN) dan sebahagiannya bersama PH memegang majoriti di Dewan Undangan Negeri Kedah (bersama PH), Pulau Pinang (bersama PH), Perak (bersama PN), Melaka (bersama PN) dan Johor (bersama PN) dan mengganggotai semua ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri (badan yang serupa dengan Kabinet) kecuali Pulau Pinang. Selain itu, parti itu dipilih untuk mengetuai kerajaan negeri Kedah dan Perak.

Negeri No. Kawasan DUN Ahli Catatan
 Kedah N1 Ayer Hangat YB Juhari Bulat Timbalan Yang Dipertua DUN (04.07.2018 - kini)
N2 Kuah YB Mohd Firdaus Ahmad Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (22.05.2018 - kini)
N5 Bukit Kayu Hitam YB Halimaton Shaadiah Saad Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (22.05.2018 - kini)
N6 Jitra YAB Dato' Seri Utama Mukhriz Mahathir Menteri Besar Kedah (11.05.2018 – kini)
N15 Anak Bukit YB Dato' Ir Amiruddin Hamzah
N21 Guar Chempedak YB Dato' Wira Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail Berpindah dari UMNO ke PPBM pasca-PRU14
 Kelantan N37 Air Lanas YB Dato' Sri Mustapa Mohamed Berpindah dari UMNO ke PPBM pasca-PRU14
 Pulau Pinang N02 Bertam YB Khaliq Mehtab Mohd Ishaq
N40 Telok Bahang YB Zolkifly Md Lazim
 Perak N9 Kuala Kurau YB Dato' Abdul Yunus Jamhari Berpindah dari PKR ke PPBM[15] (09.03.2020)

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (31.03.2020 - kini)

N43 Tualang Sekah YB Dato' Nolee Ashilin Mohammed Radzi Keluar dari UMNO pasca-PRU14 (14.05.2018)

Berpindah dari Bebas ke PPBM[15] (09.03.2020)

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (31.03.2020 - kini)

N47 Chenderiang YAB Dato' Seri Ahmad Faizal Azumu Menteri Besar Perak ke-12 (12.05.2018 – 10.03.2020)

Menteri Besar Perak ke-13 (13.03.2020 - kini)

N49 Sungai Manik YB Dato' Zainol Fadzi Paharudin Berpindah dari UMNO ke PPBM pasca-PRU14 (14.05.2018)
 Selangor N7 Batang Kali YB Harumaini Omar
N12 Jeram YB Mohd Shaid Rosli
N13 Kuang YB Sallehudin Amiruddin
N17 Gombak Setia YB Muhammad Hilman Idham Dipecat dari PKR[16] (12.03.2020)

Menyertai PPBM[17] (19.03.2020)

N19 Bukit Antarabangsa YB Dato' Seri Mohamed Azmin Ali Dipecat dari PKR (24.02.2020)

Menyertai PPBM (11.03.2020)

N24 Semenyih Bakhtiar Mohd Nor Meninggal Dunia. Lihat PRK Semenyih 2019
N44 Selat Klang YB Datuk Abdul Rashid Asari Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (14.05.2018 - 07.03.2020)
N55 Dengkil YB Adhif Syan Abdullah
 Melaka N13 Paya Rumput YB Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (16.05.2018 - 02.03.2020)

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (13.03.2020 - kini)

N23 Telok Mas YB Datuk Noor Effandi Ahmad Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (16.05.2018 - 02.03.2020)

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (13.03.2020 - kini)

 Johor N5 Tenang YB Mohd Solihan Badri Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (22.04.2019 - 27.02.2020)

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (06.03.2020 - kini)

N7 Bukit Kepong YB Datuk Dr. Sahruddin Jamal Menteri Besar Johor ke-17 (14.04.2019 - 27.02.2020)

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (16.05.2018 - 13.04.2019)

N9 Gambir YB Tan Sri Muhyiddin Yassin
N32 Endau YB Alwiyah Talib Berpindah dari UMNO ke PPBM pasca-PRU14
N36 Sedili YB Rasman Ithnain Berpindah dari UMNO ke PPBM pasca-PRU14
N37 Johor Lama YB Rosleli Jahari Berpindah dari UMNO ke PPBM pasca-PRU14
N41 Puteri Wangsa YB Mazlan Bujang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (16.05.2018 - 22.04.2019)

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (06.03.2020 - kini)

N43 Permas YB Dato' Che Zakaria Mohd Salleh
N44 Larkin YB Mohd Izhar Ahmad Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (06.03.2020 - kini)
N47 Kempas YB Datuk Osman Sapian Menteri Besar Johor ke-16 (12.05.2018 – 08.04.2019)
N50 Bukit Permai YB Tosrin Jarvanthi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (22.04.2019 - 27.02.2020)

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (06.03.2020 - kini)

 Sabah N8 Usukan YB Datuk Japlin Akim Berpindah dari UMNO ke PPBM pasca-PRU14
N10 Sulaman YB Datuk Seri Panglima Hajiji Mohd Noor Berpindah dari UMNO ke PPBM pasca-PRU14
N21 Kawang YB Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar Berpindah dari UMNO ke PPBM pasca-PRU14
N24 Membakut YB Datuk Mohd Arifin Mohd Arif Berpindah dari UMNO ke PPBM pasca-PRU14
N25 Klias YB Datuk Isnin Aliasnih Berpindah dari UMNO ke PPBM pasca-PRU14
N27 Lumadan YB Matbali Musah Berpindah dari UMNO ke PPBM pasca-PRU14
N30 Karanaan YB Datuk Seri Panglima Masidi Manjun Berpindah dari UMNO ke PPBM pasca-PRU14
N38 Nabawan YB Datuk Bobbey Ah Fang Suan Berpindah dari UPKO ke PPBM pasca-PRU14
N56 Apas YB Datuk Nizam Abu Bakar Titingan Berpindah dari UMNO ke PPBM pasca-PRU14
Jumlah Kedah (6), Kelantan (1), Pulau Pinang (2), Perak (4), Selangor (7), Melaka (2), Johor (11), Sabah (9)

Keanggotaan[sunting | sunting sumber]

BERSATU terbuka kepada warganegara Malaysia berstatus pribumi yang berumur 18 tahun ke atas untuk menjadi ahli. Selain itu, ia juga membuka ruang kepada warganegara Malaysia yang bukan pribumi untuk menjadi ahli bersekutu. Permohonan keahlian dibuat dengan cara memohon menerusi kepimpinan cawangan atau permohonan terus menerusi Setiausaha Agong. Ahli parti boleh berhenti menjadi ahli apabila membuat permohonan bertulis, atau mengisytiharkan keluar parti, atau menyertai parti politik lain, atau bertanding dalam pilihan raya tanpa kebenaran parti, atau dipecat atau hilang status kewarganegaraan.

Lagu Rasmi[sunting | sunting sumber]

Lagu rasmi BERSATU berjudul "Perjuangan Kita" hasil ciptaan Najwa Mahiaddin telah dilancarkan pada 7 Januari 2017 dalam Majlis Pelancaran Lagu dan Laman Sesawang Rasmi PPBM yang berlangsung di Kompleks PKNS Shah Alam, Selangor. Lagu rasmi tersebut boleh didengari di laman Youtube[18].

Lihat Juga[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Malaysiakini (2020-02-24). "Muhyiddin: Bersatu quits Harapan". Malaysiakini (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-02-27.
  2. ^ Tan Sri Muhyiddin, Mukhriz dipecat, Shafie digantung jawatan
  3. ^ Tan Sri Muhyiddin daftar Parti Bersatu
  4. ^ Tan Sri Muhyiddin umum parti baharu, serah borang pendaftaran
  5. ^ a b Bersatu Diterajui Tujuh Bekas Pemimpin Umno MStar
  6. ^ Sijil Kelulusan Penubuhan
  7. ^ PPBM Dibubarkan Sementara
  8. ^ ROS bubar PPBM jika gagal adakan AGM
  9. ^ ROS akan keluar notis pembubaran PPBM
  10. ^ Tun M: PPBM ada pelan lain jika dibubarkan RoS
  11. ^ FMT Reporters (26 Mac 2020). "Muhyiddin sah Hamzah SUA PPBM baru ganti Marzuki". Free Malaysia Today. Diarkib daripada yang asal pada 26 Mac 2020. Dicapai pada 26 Mac 2020.
  12. ^ a b Madiha Abdullah Bersatu lantik Setiausaha Agung, Ketua Penerangan baharu Astro Awani
  13. ^ Mohd Azlim Zainury Marzuki dipecat sebagai Setiausaha Agung Bersatu Sinar Harian
  14. ^ "Senarai Ahli Dewan Negara". Parlimen Malaysia. Dicapai pada 22 November 2014.
  15. ^ a b Saifullah Ahmad Perikatan Nasional sah perintah Perak Sinar Harian
  16. ^ 27 ahli PKR dipecat, keluar parti sejak PH tumbang Berita Harian
  17. ^ Gombak Setia state rep joins Bersatu The Star
  18. ^ https://www.youtube.com/watch?v=y27C10cztCc