Wes Morgan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Wes Morgan
Morgan bersama Leicester City pada tahun 2013
Maklumat peribadi
Nama penuh Westley Nathan Morgan[1]
Tarikh lahir (1984-01-21) 21 Januari 1984 (umur 40)
Tempat lahir Nottingham, England
Ketinggian 6 ft 1 in (1.85 m)
Posisi permainan Pertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Leicester City
Nombor 5
Kerjaya remaja
?–1999 Notts County[2]
1999–2002 Nottingham Forest
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2002–2012 Nottingham Forest 352 (12)
2003Kidderminster Harriers (pinjam) 5 (1)
2012– Leicester City 125 (4)
Pasukan kebangsaan
2013– Jamaica 10 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 22:52, 28 Disember 2014 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 11 Oktober 2014 (UTC)

Westley Nathan "Wes" Morgan (lahir 21 Januari 1984) ialah pemain bola sepak profesional dan kapten Leicester City. Dia bermain sebagai pemain pertahanan. Dia menghabiskan majoriti kariernya bersama Nottingham Forest sebelum berpindah ke Leicester City pada bulan Januari 2012.

Karier[sunting | sunting sumber]

Nottingham Forest[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di Nottingham, dan tidak diterima oleh jiran Nottingham Forest, Notts County ketika berumur 15 tahun, Morgan telah mempertimbang untuk meninggalkan bola sepak sebagai pilihan kerjaya, tetapi peluangnya datang untuk menyertai Forest.

Berikutan beberapa persembahan cemerlang dalam pasukan belia, pemain pertahanan itu membuat penampilan sulung pada 12 Ogos 2003 menentang Port Vale ketika berumur 19 tahun. Sepanjang musim 2003-04, dia berjaya menempatkan dirinya dalam pasukan utama, bermain bersama-sama bekas pemain antarabangsa England Des Walker dan Michael Dawson yang kemudiannya bermain untuk pasukan kebangsaan.

Dalam kempen 2007-08, Morgan membantu Forest naik divisyen ke Liga Championship secara automatik selepas mereka menduduki tempat kedua dalam liga. Satu-satunya gol Morgan dalam musim itu datang ketika kemenangan 2-0 ke atas Tranmere Rovers. Morgan membantu Forest mengekalkan 24 jersi bersih dalam musim itu.

Morgan mendapati ianya sukar untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan kembali dalam Liga Championship semasa separuh pertama musim 2008-09, dengan Forest berada di zon penyingkiran. Berikutan pemecatan Colin Calderwood semasa Hari Boxing 2008, dan ketibaan Billy Davies tidak lama kemudian, Morgan dan barisan pertahanan Forest kelihatan lebih kukuh dan mereka berjaya kekal dalam Liga Championship. Pada akhir musim 2008-09, dia telah membuat sebanyak 274 penampilan dalam semua pertandingan.

Bulan Oktober 2011 menyaksikan Wes Morgan membuat penampilan ke-400 nya untuk Nottingham Forest ketika menentang Hull City. Dalam perlawanan itu, dia juga diberikan peranan kapten.

Pada 20 Januari 2012, Nottingham Forest mengumumkan mereka menolak tawaran untuk Morgan dari seteru, Leicester City.[3]

Leicester City[sunting | sunting sumber]

Morgan (kanan) bermain untuk Leicester City ketika suku akhir Piala FA menentang Chelsea pada 18 Mac 2012

Pada 30 Januari 2012, Wes Morgan menyertai seteru Midland Timur, Leicester City dengan yuran perpindahan yang tidak didedahkan dipercayai sekitar £1j. Sebagai keputusan persembahannya menjelang akhir musim 2011/12, dia telah diberi peranan sebagai kapten Leicester City menjelang musim 2012/13.[4] Persembahan mengagumkan membolehkannya dicalonkan untuk Pemain Bulanan Liga Championship untuk bulan September.[5] Pada tahun 2014, Leicester dinaikkan ke Liga Perdana Inggeris dan akan bermain di divisyen utama untuk musim 2014-15.

Karier antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Pada 1 September 2013, Morgan dipanggil ke skuad Jamaica buat pertama kali.[6] Dia membuat penampilan sulungnya ketika seri 0–0 dengan Panama di Estadio Rommel Fernández, Panama City pada 7 September 2013.[7] Morgan menjadi kapten Reggae Boyz buat pertama kali ketika kekalahan 1–3 kepada Kanada pada 9 September 2014.[8]

Statistik karier[sunting | sunting sumber]

Morgan bermain untuk Nottingham Forest pada tahun 2002
Sehingga 3 Januari 2015.
England
Musim Kelab Divisyen Liga Piala Piala Liga Lain-lain Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
2002–03 Kidderminster Harriers (pinjam) Divisyen Ketiga 5 1 0 0 0 0 0 0 5 1
Jumlah keseluruhan Kidderminster Harriers 5 1 0 0 0 0 0 0 5 1
2002–03 Nottingham Forest Divisyen Pertama 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0
2003–04 32 2 1 0 3 0 0 0 36 2
2004–05 Championship 43 1 4 0 4 0 0 0 51 1
2005–06 League One 43 2 3 0 1 0 0 0 47 2
2006–07 38 0 5 0 1 0 5 1 49 1
2007–08 42 1 1 0 2 0 1 0 46 1
2008–09 Championship 42 1 2 0 2 0 0 0 46 1
2009–10 44 3 2 0 3 0 2 0 51 3
2010–11 46 1 2 0 1 0 2 0 51 1
2011–12 22 1 0 0 3 1 0 0 25 2
Jumlah keseluruhan Nottingham Forest 352 12 20 0 20 1 10 1 402 14
2011–12 Leicester City Championship 17 0 2 0 0 0 0 0 19 0
2012–13 45 1 3 0 1 0 2 0 51 1
2013–14 45 2 0 0 3 1 0 0 48 3
2014–15 Liga Perdana Inggeris 18 0 1 0 0 0 0 0 19 0
Jumlah keseluruhan Leicester City 125 3 6 0 4 1 2 0 137 4
Jumlah keseluruhan 482 16 26 0 24 2 12 1 544 19

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Sehingga perlawanan pada 9 September 2014.[9]
Statistik antarabangsa
Pasukan kebangsaan Tahun Kmncln Gol
Jamaica 2013 4 0
2014 5 0
Jumlah 9 0

Kejayaan[sunting | sunting sumber]

Kelab

Leicester City

Nottingham Forest

Individu
  • Pasukan Tahunan Liga Championship (3): 2010–11, 2012–13, 2013–14
  • Pemain Terbaik Musim Leicester City: 2012–13
  • Pemain Terbaik Musim Pilihan Pemain Leicester City: 2012–13

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Hugman, Barry J., penyunting (2009). The PFA Footballers' Who's Who 2009–10. Mainstream Publishing. m/s. 292. ISBN 978-1-84596-474-0.
  2. ^ "Foxes Move For Morgan". LCFC.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-01. Dicapai pada 30 January 2012.
  3. ^ "News | Foxes Bid Rejected". Nottingham Forest F.C. Dicapai pada 19 July 2012.
  4. ^ "Leicester sign Wes Morgan from Nottingham Forest". BBC. 30 January 2012. Dicapai pada 19 July 2012.
  5. ^ "Award Nominations For Nigel And Wes". LCFC.com. Dicapai pada 12 October 2012.
  6. ^ "Wes answers Jamaica call". www.LCFC.com. Leicester City F.C. 1 September 2013. Dicapai pada 1 September 2013.
  7. ^ "Morgan Makes International Bow". 7 Sep 2013. Dicapai pada 7 Sep 2013.
  8. ^ "Wes Morgan to captain Boyz against Canada today". 9 Sep 2014. Dicapai pada 11 Sep 2014.
  9. ^ (Inggeris) Morgan Profil Wes Morgan di National-Football-Teams.com

Pautan luar[sunting | sunting sumber]