Pergi ke kandungan

Wikipedia:100hariwiki/2023

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Logo #100hariwiki
#100hariwiki

{{Userbox/100hariwiki}}

Pengguna ini telah menyertai dalam cabaran #100hariwiki. (sumbangan)

“#100hariwiki” ialah cabaran peribadi yang menyasarkan seseorang (sekurang-kurangnya) mencipta satu rencana setiap hari selama 100 hari berturut-turut. Tema dan peraturan umum mengikuti idea cabaran “#100harigembira”.

Cabaran ini bermula pada 12:00 tengah malam, 15 Januari 2023 hingga tepat 11:59 malam, 25 April 2023, UTC+8.

Cabaran ini juga terbuka untuk Wikikamus bahasa Melayu dan Wikidata.

Peraturan

[sunting sumber]
Amalan terbaik
  • Jangan menipu! (Menipu hanya menipu diri sendiri sahaja)
    • Tiada hari yang tertinggal dan tidak boleh menggantikannya.
    • Hanya rencana baru yang memenuhi format Wikipedia dan dicipta selepas 15 Januari 2023 sahaja yang akan diterima.
    • Tiada tema dan topik khusus untuk cabaran ini.
    • Tidak boleh menyediakan rencana awal-awal.
    • Tulis tanda pagar #100hariwiki dalam ringkasan suntingan
    • Hantar rencana yang anda cipta setiap hari di alat Fountain
  • Seorang peserta yang lengkap 100 hari dan mencipta rencana terbanyak akan mendapat satu biasiswa penuh (perjalanan dan penginapan) untuk persidangan antarabangsa Wikimedia, Wikimania di Singapura pada bulan Ogos 2023.
  • Hanya ada satu pemenang biasiswa penuh Wikimania bagi setiap Wikipedia bahasa Melayu, Wikikamus bahasa Melayu dan Wikidata.
  • Pemenang biasiswa penuh hanya untuk yang kini bermastautin di Brunei, Malaysia dan Singapura.
  • Semua peserta yang lengkap 100 hari akan menerima cenderamata satu beg jinjing daripada Kumpulan Pengguna Komuniti Wikimedia Malaysia untuk setiap pemenang.
  • Hadiah cenderamata beg jinjing hanya dihantar ke Brunei, Malaysia dan Singapura.
  • Jika tiada peserta yang lengkap 100 hari, 10 peserta dengan bilangan hari terbanyak akan menerima cenderamata satu beg jinjing daripada Kumpulan Pengguna Komuniti Wikimedia Malaysia untuk setiap pemenang.

Tidak tahu rencana apa untuk dicipta? Laman-laman ini boleh berikan anda cadangan rencana baharu:

Isi nama pengguna andaHantar rencana yang anda cipta setiap hari

Senarai peserta

Letak nama pengguna anda di bawah terlebih dahulu sebelum menyertai cabaran #100hariwiki 2023.

Wikipedia bahasa Melayu
NoPenggunaTarikh mulaPerkembanganJejak
1PeaceSeekers (bincang)15 Januari 2023101 hari (15 Januari 2023 - 25 April 2023) [383 rencana]Jejak
2Wiki Farazi (bincang)15 Januari 2023101 hari (15 Januari 2023 - 25 April 2023) [146 rencana]Jejak
3Makan91 (bincang)15 Januari 2023101 hari (15 Januari 2023 - 25 April 2023) [109 rencana]Jejak
4Ustad abu gosok (بينچڠ)15 Januari 20237 hari (23 Januari 2023 - 29 Januari 2023)Jejak
5Surat Layang (bincang)15 Januari 20232 hari (15 Januari 2023 - 16 Januari 2023)Jejak
6Aimwin66166 (bincang)15 Januari 20231 hari (15 Januari 2023)Jejak
7Izzatoon (bincang)22 Januari 20231 hari (22 Januari 2023)Jejak
8Andiprayono097 (bincang)-0 hariJejak
9Mingsen (bincang)-0 hariJejak
  • #100hariwiki: alat yang membantu anda memantau perkembangan anda di cabaran #100hariwiki