Wikipedia:Calon rencana pilihan/Januari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Poster filem Nota arahan Yasu Tanaka.

Nota merupakan sebuah filem psiko/jenayah yang diarahkan oleh Yasu Tanaka dan dibintangi oleh Hans Isaac, Maya Karin, Ramli Hassan dan Rin Izzumi. Filem ini mengisahkan sepasang suami isteri yang menetap di Kuala Lumpur, Erin (Maya Karin) dan Kamal (Hans Isaac) telah pergi ke Taman Negara Bako, Sarawak untuk menyelesaikan masalah perhubungan mereka. Pasangan ini berdepan dengan pelbagai masalah dan dibantu oleh Jemat (Ramli Hassan). Masalah yang dihadapi menjadi semakin kusut apabila Erin mengetahui beberapa perkara yang tidak menyenangkan mengenai suami dan perhubungannya.

Filem Nota merupakan filem yang terakhir dilakonkan oleh Ramli Hassan, sebelum beliau meninggal dunia pada 7 Mei 2015. Filem ini juga telah memenangi satu daripada empat pencalonan dalam Festival Filem Malaysia ke-28 melalui Bea Tanaka (Lakon Layar Terbaik). (Selanjutnya...)

Rencana pilihan sebelum ini: