Maya Karin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Maya Karin
Maya Karin Roelcke 2019.jpg
KelahiranMaya Karin Roelcke
(1979-10-29) 29 Oktober 1979 (umur 40)
Bayreuth, Bavaria, Jerman
KediamanKuala Lumpur, Malaysia
Warganegara
PendidikanMedia dan pemasaran
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi Kreatif Limkokwing
PekerjaanPelakon, penyanyi, pengacara, model, jurucakap produk
Tahun aktif2001–kini
Ibu bapaGottfried Roelcke (bapa)
Che Zan (Ibu)
Kerjaya muzik
GenrePop, R&B
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
MIG Records (2002–2005)
Warner Music Malaysia (2012–kini)

Maya Karin Roelcke (lahir 29 Oktober 1979) merupakan seorang pelakon, penyanyi dan pengacara wanita Malaysia, kelahiran Jerman. Menjadi salah seorang pelakon wanita terulung di Malaysia dalam industri perfileman tanah air, Maya meraih penghargaan meluas daripada kritis dan umum untuk kemenangan anugerah dan persembahan terbaik menerusi lakonannya dalam filem seperti Pontianak Harum Sundal Malam dan Ombak Rindu. Sebagai pelakon yang bertaraf kelas A, beliau banyak bertumpu kepada filem dan jarang muncul dalam drama televisyen.[1]

Dalam sejarah Festival Filem Malaysia, Maya memegang rekod untuk pelakon dengan pencalonan terbanyak bagi kategori Anugerah Pelakon Wanita Terbaik (11) dan beliau adalah dikalangan pelakon wanita yang memenangi anugerah itu sebanyak dua kali. Maya juga merupakan satu daripada dua pelakon wanita Malaysia dan yang pertama yang memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik. Tercalon dalam kategori pelakon terbaik dan anugerah hiburan popular hampir setiap tahun, Maya meraih pelbagai anugerah dan pencalonan di Festival Filem Malaysia, Anugerah Skrin, Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur, Anugerah Lawak Warna, Festival Filem Asia Pasifik, Estepona Fantasy & Terror Film Festival, Anugerah Bintang Popular Berita Harian dan Anugerah MeleTOP Era.

Anugerah pertama yang dimenangi Maya ialah trofi Artis Baru Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2001 (ABPBH 2001) yang berlangsung di Genting Highlands, Pahang. Seterusnya beliau memenangi kategori Pelakon Filem Wanita Popular di ABPBH 2005, 2008 dan 2011. Beliau diberi jolokan sebagai "Ratu Filem Seram" kerana banyak membintangi filem seram.[2] Bagi kerjayanya sebagai penyanyi, Maya telah menerbitkan sebanyak tiga album studio, album pertamanya, Erti Cinta telah terjual sebanyak 10,000 unit di Malaysia sahaja.[3] Pada Jun 2018, Harian Metro menyenaraikan beliau sebagai salah seorang dari 10 pelakon popular yang meraih pengiktirafan di peringkat global.[4]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Maya dilahirkan pada 29 Oktober 1979 di Bayreuth, Bavaria, Jerman kepada ibu bapanya Gottfried Roelcke yang berasal dari Jerman, dan Che Zan berasal dari Pulau Pinang, Maya berdarah kacukan Jerman-Melayu dan fasih berbahasa Jerman.[5] Beliau merupakan anak sulung daripada tiga beradik, adik lelakinya ialah Armin dan adik perempuannya ialah Irina. Beliau membesar di Indonesia dan tinggal di sana sehingga beliau berusia 17 tahun sebelum kembali ke Malaysia. Beliau mula terlibat dalam bidang pemodelan dan lakonan teater semasa zaman remajanya. Beliau memperoleh pendidikan terakhirnya di Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing dalam bidang media dan pemasaran.

Kerjaya lakonan[sunting | sunting sumber]

2001–2004: Kerjaya awal dan Pontianak Harum Sundal Malam[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2000, beliau yang ketika itu berusia 21 tahun telah diberi peranan sebagai hos rancangan televisyen untuk program hiburan gaya hidup TV3, Wavelength yang memulakan kerjaya arus perdana beliau. Beliau mula menerima tawaran berlakon filem dalam tempoh setahun dan tidak lama kemudian diberikan peranan dalam filem pertamanya, Seri Dewi Malam arahan Aziz M. Osman. Dengan watak sebagai seorang isteri yang hidup dalam koma, Maya tidak dapat membuktikan banyak keupayaan lakonannya melalui tempoh yang terhad dalam filem itu dan akhirnya dikritik kerana persembahan yang hambar. Pada tahun yang sama, beliau menjayakan watak seorang gadis yang tinggal di sebuah perkampungan luar bandar dalam filem keduanya No Problem. Peranan signifikan penting dalam industri hiburan tempatan (pengacaraan, lakonan dan pehias kulit majalah wanita) kemudian membawa beliau untuk memenangi Anugerah Artis Baru Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian dan Anugerah Media Hiburan pada tahun 2001. Pada tahun 2003 beliau telah melakonkan peranan pembantu dalam filem Mr. Cinderella 2 bersama pelakon utamanya, Yusry KRU dan Erra Fazira. Filem ini merupakan kejayaan komersial dan Maya mula menunjukkan bakat yang menjanjikan dan kerjaya dalam bidang lakonan.

Pada 2004, Maya ditawarkan oleh pengarah Shuhaimi Baba untuk memjayakan peranan utama dalam filem Pontianak Harum Sundal Malam.[6] Filem ini merupakan kejayaan secara kritis dan komersial yang berjaya. Giliran tertunggak dan dramatik Maya sebagai primadona (Meriam), seorang gadis naif (Maria) dan banshee (Pontianak)[7] dalam filem itu membawa beliau untuk mendapat pengiktirafan antarabangsa termasuk Anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik ke-49 2004 di Fukuoka, Jepun. Maya ialah salah seorang daripada dua pelakon Malaysia yang memenangi anugerah itu di festival berkenaan. Pada tahun 2005, Maya menjayakan semula peranannya dalam kesinambungan Pontianak Harum Sundal Malam II dan terus menerima pujian kritis dengan memenangi anugerah Pelakon Terbaik (lelaki/wanita) di Festival Filem Fantasi dan Keganasan Estepona 2005 di Málaga, Sepanyol. Berikutan kejayaan kritis dan komersial kedua-dua filem dan juga persembahan beliau, Maya memenangi anugerah Pelakon Filem Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2005.

2005–2010: Duyung, Teater Natrah dan Pisau Cukur[sunting | sunting sumber]

Walaupun kerjaya filem beliau yang semakin meningkat, Maya meneruskan penglibatan beliau di televisyen, dan pada tahun 2004 beliau telah dijemput oleh Channel [V] International untuk menyertai pasukan VJ mereka bagi segmen Smash Hit, The Juice dan Remote Control. Pada tahun 2006, beliau dipilih sebagai VJ Terbaik di Anugerah Pilihan Star Buzz Editor 2006. Rancangan lain yang memperlihatkan beliau sebagai pengacara ialah program pengantin Ratu Sehari pada tahun 2004 untuk saluran Astro Ria[8][9] dan program travelog Beauty Secrets From The East (bahasa Melayu: Rahsia Kecantikan dari Timur) pada tahun 2005 di TV3.[10][11]

Pada tahun 2007, Maya menjayakan pelbagai peranan utama dalam filem terbitan Pesona Pictures Waris Jari Hantu dan 1957: Hati Malaya arahan Shuhaimi Baba dan filem terbitan Tayangan Unggul Anak Halal arahan Osman Ali dan terus menerima pencalonan dalam pelbagai anugerah. Maya memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-21 dan Anugerah Oskar Malaysia pada tahun 2008 untuk peranan beliau sebagai seorang gadis tomboy dalam Anak Halal.[12][13]

Bertahun selepas terlibat dalam filem drama sentrik, Maya kemudian menunjukkan bakat beliau yang serba boleh dengan melakonan pelbagai watak komedi dalam filem-filem pecah panggung.[14] Ia bermula dengan filem blokbuster Duyung[15] arahan Prof. Madya Abdul Razak Mohaideen terbitan KRU Studios dikeluarkan pada tahun 2008 di mana beliau memainkan peranan tajuk, ikan duyung. Dalam filem ini, Maya telah dihargai untuk menjayakan adegan bawah air sendiri di laut terbuka di Pulau Sipadan. Pada tahun yang sama, beliau menerima Anugerah Pelakon Filem Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008, berikutan populariti massa beliau sejak dua tahun lepas, juga pada 2008, beliau berlakon dalam filem arahan Azhar Ruddin Punggok Rindukan Bulan bersama Sahrolnizam Nor.[16]

Maya merupakan antara 120 selebriti popular tanah air yang menjayakan projek muzik di bawah kendalian Pete Teo, Malaysian Artistes For Unity (MAFU) yang bertujuan bagi meraikan kepelbagaian budaya dan idea Bangsa Malaysia menerusi lagu dan video. Selebriti yang terlibat termasuk Afdlin Shauki, Awie, Ning Baizura, Jason Lo, Sharifah Amani, Adibah Noor dan lain-lain.[17] Pada tahun 2009, beliau membintangi filem arahan Bernard Chauly Pisau Cukur lakonan bersama Fazura dan Aaron Aziz.,[18][19] sebuah filem komedi tentang mata duitan[20] di mana beliau melakonkan lebih banyak adegan komedi daripada peranannya dalam Duyung.[21]

Pada Disember 2009, Maya diberi peranan bagi watak seorang wanita Belanda yang bernama Bertha Hertogh (Natrah) dalam pementasan teater Natrah[22] arahan Erma Fatima yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya dari 10-13 Disember,[22] teater yang mengupas tragedi wanita bernama Natrah yang menyayat hati dan pernah mencetuskan rusuhan berdarah pada 1950[22] turut dibintangi oleh Remy Ishak sebagai Mansor Adabi, Umie Aida (Che Aminah), Sofia Jane (Natrah ketika berusia 70 tahun) dan Samantha Schubert (Adeline),[22] teater ini merupakan satu kejayaan komersial dan kritis dan mendapat sambutan dari penonton yang hadir,[22] malah tiketnya juga habis dijual.[22] Pada tahun 2010, Maya berlakon dalam filem fantasi arahan Edry KRU, Magika, beliau melakonkan watak utama sebagai pengacara rancangan hiburan yang jatuh cinta dengan seorang lelaki dari sebuah kampung luar bandar dalam filem komedi romantis arahan Osman Ali Cun! bersama Remy Ishak.[23] Filem ini merupakan filem kedua Maya di bawah arahan Osman selepas Anak Halal.[23]

2011–kini: Cabaran kerjaya dan kejayaan seterusnya[sunting | sunting sumber]

Pada November 2011, Maya mengejutkan peminat dan penonton filem dengan persembahan beliau sebagai wanita muda dari sebuah kampung luar bandar bergelut dengan kehidupan dan kasih sayang, dalam filem Ombak Rindu arahan Osman Ali[24] yang diadaptasi daripada novel 2002 dengan judul sama karya Fauziah Ashari.[25] Filem ini menjadi kejayaan komersial terbesar beliau, sekaligus melayakkan beliau menerima Anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Skrin 2012 pada 2012 dan Festival Filem Malaysia ke-25 pada 2013 dan Anugerah Pelakon Filem Wanita Popular ketiganya di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011.[26] Filem ini bukan sahaja mencapai kutipan pecah panggung sebanyak 10.90 juta, malah berjaya menutup kritikan hebat terhadap lakonan Maya yang dikatakan kaku selama ini.[27][28][29]

Selepas itu, Maya menjayakan dua peranan yang tidak pernah dilakokankannya sebelum ini dalam Lagenda Budak Setan 2: Katerina arahan Sharad Sharan yang merupakan kesinambungan dari filem pertama yang diadaptasikan dari novel 1985 dengan judul sama karya Ahadiat Akashah, Maya melakonkan watak Katerina,[30][31] bergandingan bersama Farid Kamil sebagai Kasyah.[30] Dari 6 hingga 18 November 2013, Maya menjadi sebahagian dari barisan pelakon pementasan teater penghargaan khas untuk legenda bola sepak negara, Mokhtar Dahari, Supermokh Sebuah Muzikal yang dipentaskan di Istana Budaya.[32] Setahun kemudian, beliau muncul dalam filem Sejoli: Misi Cantas Cinta, dan berjaya menonjol biarpun berlakon bersama pelakon lain yang terkemuka. Lakonan menggeletek tulen seorang gadis mencari cinta sejati dalam filem yang kedua melayakkannya menerima penganugerahan Pelakon Wanita Terbaik dalam Peranan Komedi di Anugerah Lawak Warna 2014. Dalam tahun 2015, Maya muncul dalam dua filem, iaitu Jwanita[33][34] dan Nota,[35] dengan filem kedua yang diarahkan dan dihasilkan dengan kerjasama antara penerbit filem tempatan dan krew Jepun.[36][37][38]

Sehingga kini, Maya diakui sebagai pelakon dengan persembahan peranan seram yang paling berjaya dalam industri filem tempatan dan sering dipetik oleh peminatnya dan penonton filem tempatan sebagai banshee, ikan duyung dan Izzah (peranannya dalam Ombak Rindu), keranan persembahan menarik dan berkekalan dalam filem masing-masing.[39][40][41] Pada Festival Filem Malaysia ke-28,[42] Maya sekali lagi bersaing dalam Pelakon Wanita Terbaik di festival yang memasuki edisi ke-28.[42] Maya tercalon dalam dua filem iaitu Jwanita dan Nota.[42] Beliau berdepan cabaran pelakon hebat seperti Lisa Surihani, Nadiya Nisaa dan Nabila Huda.[42] Sebelum ini, Maya pernah merangkul trofi Pelakon Wanita Terbaik dua kali menerusi filem Anak Halal dan Ombak Rindu arahan Osman Ali.[42] Dalam temuramah dengan Berita Harian, beliau berkata:

"Alhamdulillah atas pencalonan berganda ini. Saya agak terkejut ketika dimaklumkan nama saya 'sangkut' untuk dua filem. Saya sangka hanya filem Jwanita kerana ia mendapat maklum balas positif penonton. Setahu saya, bagi filem Nota, hanya pengkritik dan pencinta filem tegar saja yang menontonnya. Namun, biar apapun, saya gembira untuk dua pencalonan ini,"[42]

Ia telah diumumkan pada Mac 2017 bahawa Maya akan muncul dalam kesinambungan filem Munafik bertajuk Munafik 2 arahan Syamsul Yusof.[43][44] Beliau dilaporkan menggantikan pelakon utamanya, Nabila Huda yang menarik diri dari membintangi Munafik 2 kerana kesibukan jadual kerja.[45][46] Dikeluarkan pada 30 Ogos 2018, Munafik 2 merupakan satu kejayaan komersial apabila meraih kutipan pecah panggung tertinggi sebanyak RM43 juta sekaligus menjadi filem dengan kutipan pecah panggung terbanyak di Malaysia.[47] Maya memegang watak sebagai Sakinah, seorang ibu tunggal yang menjaga bapanya, Imam Malek (Roslan Salleh) yang terlantar sakit. Sakinah mempunyai seorang anak perempuan bernama Aina.[48][49] Portal berita The Star melaporkan yang Maya lebih bertumpu kepada filem berbanding drama meskipun sudah 7 tahun bergiat aktif dalam bidang lakonan.[50] Beliau menjadi bintang utama di samping Remy Ishak dalam pementasan Teater Tun Fatimah yang dipentaskan pada 20 dan 21 Oktober di Panggung Bangsawan Melaka.[51]

Maya bersama-sama dengan Nam Ron, Zahiril Adzim, Chew Kin Wah, June Lojong, Afdlin Shauki, Syamsul Yusof, Bront Palarae, Shaheizy Sam dan Puteri Balqis telah disenaraikan sebagai salah seorang dari 10 pelakon popular yang berjaya meraih pengiktirafan di peringkat global oleh Harian Metro pada Jun 2018.[4]

Pada Februari 2019, beliau dilaporkan bakal berlakon di samping Zizan Razak dalam filem Abang Long Fadil 3 arahan Syafiq Yusof yang dijadualkan akan menjalani penggambaran pada Mac 2019.[52]

Kerjaya muzik[sunting | sunting sumber]

Pada November 2001, Maya merakamkan album sulungnya, Erti Cinta yang mempertaruhkan single pertama dengan tajuk sama.[53] Album ini melayakkan beliau menerima pencalonan bagi kategori Artis Baru Terbaik dan Video Terbaik[54] di Anugerah Industri Muzik (setara Malaysia bagi Anugerah Grammy). Beliau seterusnya muncul dengan album keduaya, Bukan Qalamaya yang dikeluarkan pada Oktober 2004, ia merupakan album terakhirnya bersama MIG Records. Maya menandatangani kontrak bersama Warner Music Malaysia pada 3 Jun 2013 dan membuat kemunculan semula selepas berehat selama 9 tahun dalam kerjaya muzik, dengan single "Bintang Syurga".[55][56] Album ketiganya, Teka-Teki yang sentiasa dinantikan telah dilancarkan pada 24 Mac 2014,[57] dan telah dilancarkan kemudian pada 18 April 2014, di No Black Tie. Muzik video rasmi Teka-Teki juga dilancarkan selepas itu di saluran YouTube rasmi Warner Music Malaysia.[58][59][60][61]

Maya melancarkan single terbarunya, "Gateway" ciptaan Audi Mok pada 8 November 2018 yang berkisarkan tentang dunia yang penuh dengan tipu daya dan muslihat. Ia turut menampilkan Kaka Azraff sebagai penyanyi rap.[62]

Kedermawanan dan cabang lain[sunting | sunting sumber]

Populariti Maya sebagai selebriti dan penghibur terkenal turut memperlihatkan beliau menjadi buruan pelbagai produk atau jenama terkemuka sebagai model komersial TV mahupun jurucakap mereka, bermula dengan Wella pada 2001, diikuti oleh Pantene dan Yishion (bersama Hans Isaac) pada 2003. Pada tahun 2006, beliau dilantik sebagai duta Malaysia pertama dan Power Icon untuk syarikat telekomunikasi Malaysia, Celcom. Menjelang 2007, beliau ialah satu-satunya duta wanita untuk Celcom, peranan yang beliau kongsi bersama selebriti lain seperti Steven Gerrard, Michael Owen, Leehom Wang, Robert Pires dan kumpulan muzik Indonesia, Peterpan. Pada tahun yang sama, Maya diberikan peranan berprestij sebagai jurucakap bagi L'Oreal Paris Malaysia dan sehingga kini mengendors produk kecantikan, kosmetik dan penjagaan kulit. Terbaru, Maya dipilih jurucakap bagi jenama jam terkemuka iaitu TAG Heuer, selain itu beliau juga mengendors bebrapa jenama produk seperti Dulux, Brands Innershine, Nescafe, Vono,[63] Sorella, Halle dan GreenTech Malaysia.[64]

Maya telah berjaya melabur dalam hartanah dalam dan luar negara yang dilaporkan bernilai RM8 juta.[65] Beliau memulakan pelaburan hartanah pada tahun 2003 dengan pembelian sebuah rumah kedai dan pangsapuri menggunakan hanya RM150,000.[65] Beliau dilaporkan memiliki lapan hartanah, termasuk satu di London dan dua di Malaysia.[65] Aset keseluruhan beliau telah pun melebihi RM8 juta dan hampir separuh pendapatan tahunan beliau datang daripada pulangan sewaan.[65] Dalam temuramah, beliau berkata: "Salah satu sebab saya melabur di dalam hartanah adalah kerana perumahan adalah satu keperluan dan kita sering membaca mengenai artis-artis veteran yang tidak mempunyai rumah mereka sendiri. Saya fikir jika sesuatu berlaku, sekurang-kurangnya saya mempunyai rumah untuk tempat tinggal,"[65] Maya berkata, beliau banyak mempelajari selok belok pelaburan daripada bapanya, Gottfried Roelcke yang merupakan kakitangan Bank Dunia Indonesia.[66]

Aktivisme[sunting | sunting sumber]

Maya Karin, duta alam sekitar

Didorong oleh pengaruh bapanya, Maya berminat dengan alam sekitar sejak usia muda. Beliau terlibat secara aktif dalam pelbagai kempen untuk perlindungan alam sekitar dan hidupan liar dan sering bekerja dengan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) dan Tabung Alam Sedunia (WWF). Beliau juga memiliki program pemuliharaan alam sekitarnya sendiri yang dikenali sebagai MayaLovesNature, yang melibatkan pekerja seramai 22.000 pelajar daripada 14 sekolah rendah yang berbeza mensasarkan kesedaran penggunaan yang berlebihan dan pembaziran beg plastik. 2012 melihat beliau sebagai duta bagi kerajaan inisiatif kitar semula yang baru dan sebagai jurucakap bagi Institut Geologi Malaysia.[67] Pada 2015, Maya mencari 100,000 tandatangan bagi menyokong petisyen kepada kerajaan untuk memperkenalkan semula insentif cukai kepada rakyat Malaysia untuk membeli kenderaan elektrik (EV),[68] usaha ini dilakukan oleh Maya selaku duta Perbadanan Teknologi Hijau Malaysia (GreenTech Malaysia) yang mengutamakan misi menghargai dan mengaplikasikan teknologi hijau.[68][69][70]

Pada Oktober 2013, Maya bersama-sama Shaheizy Sam, DJ Yoon, Him Law dan Bii telah dilantik sebagai duta kempen Fuelled by Fans, Powered by PRIMAX anjuran Petronas yang mana mereka akan menyertai acara bersama peminat terpilih dalam usaha untuk memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM100,000.[71][72][73]

Pada 16 April 2018, beliau bersama beberapa selebriti tempatan lain termasuk Hans Isaac, Awal Ashaari, Neelofa, Scha Al-Yahya, Joe Flizzow, Nora Danish, dan Kavita Sidhu turut serta untuk kempen menentang buli siber dan penyebaran berita palsu di media sosial yang bertemakan "Tak Pasti Jangan Kongsi. Sebar Fakta, Bukan Dusta".[74][75][76] Maya menyatakan kebimbangan beliau mengenai pusat beli-belah yang banyak dibina berbanding taman permainan kanak-kanak.[77]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Maya berkahwin dengan warga Britain iaitu Steven David Shorthose atau nama Islamnya, Muhammad Ali pada 24 Julai 2008 di Bellagio, Itali dan kemudiannya mengadakan majlis resepsi di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di Kepong pada 26 Ogos tahun yang sama, tetapi telah bercerai pada Jun 2010.[78][79][80] Pada Ogos 2017, Maya mendedahkan beliau pernah menjadi mangsa buli siber di laman sosial Facebook dan Instagram dan diganggu oleh individu tidak dikenalinya dan ia berterusan selama tiga bulan.[81][82][83]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Kunci
Filem atau drama yang belum dikeluarkan Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Pengarah Catatan
2001 Seri Dewi Malam Seri Aziz M. Osman
No Problem Rosnah Z. Lokman
2003 Mr. Cinderella 2 Anis Din CJ
2004 Pontianak Harum Sundal Malam Meriam/Maria/Pontianak Shuhaimi Baba
7 Perhentian Dr. Maya Abdul Razak Mohaideen
2005 Pontianak Harum Sundal Malam 2 Meriam/Maria/Pontianak Shuhaimi Baba
2007 Waris Jari Hantu Tina
1957: Hati Malaya Salmi/Normala
Anak Halal Johanna Osman Ali
2008 Duyung Puteri/Duyung Abdul Razak Mohaideen
Punggok Rindukan Bulan Umi Azharr Ruddin
2009 Pisau Cukur Bella Bernard Chauly
2010 Magika Bunian Edry Abdul Halim
Cun! Luna Latisha Osman Ali
2011 Ombak Rindu Izzah
Hikayat Merong Mahawangsa Penduduk Goa Yusry Abdul Halim
2012 Lagenda Budak Setan 2: Katerina Katerina Sharad Sharan
2014 Sejoli: Misi Cantas Cinta Gina Osman Ali
Lagenda Budak Setan 3: Kasyah Katerina Sharad Sharan
2015 Nota Erin Yasu Tanaka
Jwanita[84] Jwanita Osman Ali
2018 Munafik 2 Sakinah Syamsul Yusof
2019 Olympic Dream Filem atau drama yang belum dikeluarkan Ibu Fatimah Don Hoe
2020 Alone[85] Filem atau drama yang belum dikeluarkan Dr. Zulaikha Johnny Martin
Bulan & Pria Terhebat Filem atau drama yang belum dikeluarkan Toni Ghaz Abu Bakar
Kingdom/Alam Filem atau drama yang belum dikeluarkan Meela Aviv
Munafik 3 Filem atau drama yang belum dikeluarkan Sakinah Syamsul Yusof
Abang Long Fadil 3 Filem atau drama yang belum dikeluarkan Ejen Maya Syafiq Yusof

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Saluran TV Peranan
2000-01 Wavelength TV3
2004 Ratu Sehari Astro Ria
2004-07 Channel [V] Channel [V]
2005 Beauty Secrets From The East TV3
2007 Anak Pontianak TV3 Meriam
2010-11 Nona TV3
2017 JoMovie Astro Citra Artis Jemputan
Sepahtu Reunion Live Astro Warna
2018
Bocey & Friends

Teater[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk
1995 Bugsy Malone
1999 In The Mind's Eye
2009 Natrah
2010 Natrah 2
2013 Supermokh Sebuah Muzikal
2014 Supermokh Sebuah Muzikal: Restaging[86][87][88][89][90]

Muzik video[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2008 "Here In My Home" Dirinya sendiri Lagu khas untuk Malaysian Artistes For Unity

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Tajuk Maklumat album
Erti Cinta[53][91]
Bukan Qalamaya[92]
Teka-Teki[93][94][95][96]

Endorsmen[sunting | sunting sumber]

Produk Catatan
Pantene
Wella
Halle
Yishion bersama Hans Isaac
L'Oréal
Celcom
Tag Heuer
InnerShine
Nescafe bersama Zul Ariffin

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2001 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2001 Artis Baru Popular N/A Menang
Anugerah Industri Muzik ke-10 Artis Baru Terbaik Erti Cinta Dicalonkan
Muzik Video Terbaik Dicalonkan
Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan Artis Baru Terbaik N/A Menang
Festival Filem Malaysia ke-14 Pelakon Harapan Wanita Terbaik Seri Dewi Malam Dicalonkan
2004 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2004 Pelakon Filem Wanita Popular N/A Dicalonkan
Festival Filem Malaysia ke-17 Pelakon Wanita Terbaik Pontianak Harum Sundal Malam Dicalonkan
Pesta Filem Asia Pasifik ke-49 Menang
2005 Anugerah Bintang Popular Berita Harian Pelakon Filem Wanita Popular N/A Menang
Espano Terrror & Fantasy Film Festival (Spain) Pelakon Wanita Terbaik Pontianak Harum Sundal Malam II Menang
2006 Festival Filem Malaysia ke-19 Dicalonkan
Buzz Editor's Choice Awards Best VJ N/A Menang
2007 Festival Filem Malaysia ke-20 Pelakon Wanita Terbaik Waris Jari Hantu Dicalonkan
Anugerah Bintang Popular Berita Harian Pelakon Filem Wanita Popular N/A Dicalonkan
2008 N/A Menang
Festival Filem Malaysia ke-21 Pelakon Wanita Terbaik Anak Halal Menang
Anugerah Skrin 2008 Pelakon Wanita Terbaik (Filem) Dicalonkan
Anugerah Oskar Malaysia ke-5 Aktres Filem Pilihan Menang
2009 Anugerah Bintang Popular Berita Harian Pelakon Filem Wanita Popular N/A Dicalonkan
2010 Anugerah Stail EH! Selebriti Wanita Bentuk Badan Cantik N/A Dicalonkan
Festival Filem Malaysia ke-23 Pelakon Wanita Terbaik Pisau Cukur Dicalonkan
Anugerah Skrin 2010 Pelakon Wanita Terbaik (Filem) Dicalonkan
Anugerah Shout! 2010 Hot Chick Award N/A Dicalonkan
2011 Anugerah Bintang Popular Berita Harian Pelakon Filem Wanita Popular N/A Dicalonkan
Festival Filem Malaysia ke-24 Pelakon Wanita Terbaik Cun! Dicalonkan
2012 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 Pelakon Filem Wanita Popular N/A Menang
Anugerah Shout! 2012 Best On the Screen Chemistry (bersama Aaron Aziz) Ombak Rindu Dicalonkan
Majlis Anugerah Pengkritik Filem Kuala Lumpur Pelakon Wanita Terbaik Dicalonkan
Anugerah Blokbuster Anugerah Heroin Terhebat Dicalonkan
Anugerah Skrin 2012 Pelakon Wanita Terbaik (Filem) Menang
2013 Bella Awards Bella On-screen N/A Dicalonkan
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 Pelakon Filem Wanita Popular N/A Dicalonkan
Festival Filem Malaysia ke-25 Pelakon Wanita Terbaik Ombak Rindu Menang
2014 Anugerah Lawak Warna 2014 Pelakon Komedi Wanita Terbaik (Filem) Sejoli: Misi Cantas Cinta Menang
Anugerah Skrin 2014 Pelakon Wanita Terbaik (Filem) Dicalonkan
2015 Festival Filem Malaysia ke-27 Pelakon Wanita Terbaik Dicalonkan
2016 Anugerah MeleTOP Era Bintang Filem MeleTOP N/A Dicalonkan
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29 Artis Ikon Respek N/A Dicalonkan
Festival Filem Malaysia ke-28 Pelakon Wanita Terbaik Jwanita Dicalonkan
Nota Dicalonkan
Anugerah Skrin 2016 Pelakon Wanita Terbaik (Filem) Menang
2019 Festival Filem Malaysia ke-30 Pelakon Wanita Terbaik Munafik 2 Dicalonkan
Anugerah Skrin 2019 Pelakon Wanita Terbaik (Filem) Dicalonkan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Hassan, Emma (9 Oktober 2017). ""Bukan Berlagak, Tiada Keinginan Berlakon Drama"- Maya Karin". Mangga Media. Dicapai 16 Oktober 2017. 
  2. ^ Aqmar Mustaza (11 Mac 2017). "Maya Karin digelar ratu filem seram". Sinar Harian. Dicapai 19 Mac 2017. 
  3. ^ Zulkefli Hamzah (11 Julai 2002). "Maya Karin: Erti Cinta terokai di Indonesia". Utusan Malaysia. Dicapai 28 November 2008. 
  4. ^ a b Amirul Haswendy Ashari (30 Jun 2018). "Harum di pentas dunia". Harian Metro. Dicapai 30 Jun 2018. 
  5. ^ Kamin, Azhariah (14 May 2004). "The Lady and the Vamp". The Star Online. Diarkibkan daripada asal pada 10 July 2007. Dicapai 10 July 2007. 
  6. ^ "Kejayaan - Pontianak Harum Sundal Malam". Utusan Malaysia. 1 June 2004. Dicapai 11 August 2015. 
  7. ^ Nabihah Hamid (7 September 2016). "Maya Karin: Apa salahnya jadi hantu? Saya hantu 'paling cantik'". The Malay Mail. Dicapai 7 September 2016. 
  8. ^ Tengku Khalidah Tengku Bidin (14 Mei 2004). "Ratu Sehari - Untuk bakal pengantin". Utusan Malaysia. Dicapai 19 Julai 2014. 
  9. ^ "Ratu Sehari ilhamkan hari bahagia". Utusan Malaysia. 23 Mei 2004. Dicapai 19 Julai 2014. 
  10. ^ Raja Hamat, Tengku Suzana (22 December 2009). "Bakal jadi ikon TV3?". Kosmo!. Dicapai 7 July 2010. 
  11. ^ Zaini Zaa (7 March 2016). "Bakal jadi ikon TV3?". Agenda Daily. Dicapai 7 July 2016. 
  12. ^ Budiey (29 September 2007). "Filem Anak Halal Lakonan Fasha Sandha & Maya Karin 13 Disember ini!". Sensasi Selebriti. Dicapai 7 July 2016. 
  13. ^ Faizal Saharuni (8 Ogos 2008). "Hadiah perkahwinan Maya? - Bakal pegang trofi Pelakon Wania Terbaik FFM21". Kosmo!. Dicapai 7 July 2016. 
  14. ^ Nor Fadzilah Baharudin (28 Julai 2008). "Kegusaran Maya Karin". Utusan Malaysia. Dicapai 7 July 2016. 
  15. ^ Johan, Rizal (25 Oktober 2007). "Maya Karin plays a mermaid". The Star. Dicapai 2007-10-25. 
  16. ^ Rizal Johan (24 September 2008). "Punggok Rindukan Bulan's arthouse sensibilities". The Star Malaysia. Dicapai 19 Mac 2014. 
  17. ^ Wanda Idris (1 Jun 2008). "Malaysian Artistes For Unity". Utusan Malaysia. Dicapai 19 Mac 2014. 
  18. ^ 2 heroin, tanpa pergaduhan - Maya dan Fazura boleh bekerjasama Kosmo!. 6 November 2008.
  19. ^ Haryati Karim (2009-10-28). "Fazura atau Maya, siapa paling gedik". Kosmo!. Dicapai 2009-12-08. 
  20. ^ Siti Azira Abd. Aziz (24 December 2008). "Maya dan Fazura sanggup jadi ' Pisau Cukur'?". mStar Online. Dicapai 2009-12-08. 
  21. ^ Johan, Rizal (25 October 2007). "Maya Karin plays a mermaid". The Star. Dicapai 25 October 2007. 
  22. ^ a b c d e f "Teater Natrah disambung empat hari". Utusan Malaysia. 4 Disember 2009. Dicapai 19 Mac 2014. 
  23. ^ a b Ramli, Safina (7 July 2010). "Cun temukan semula Maya dan Remy". Utusan Malaysia. Dicapai 7 July 2010. 
  24. ^ "Maya Karin Tolak Dakwaan Jadi Anak Emas Osman Ali". Rotikaya. 18 Februari 2014. Dicapai 18 Mac 2014. 
  25. ^ Mohd Rohaizad (13 December 2011). "Maya Karin Tidak Layak Berlakon "Ombak Rindu"". Dicapai 1 January 2012. 
  26. ^ Nina Farzuin Md Sharom (13 November 2012). "Penangan 'Izzah' Maya Karin ulangi kejayaan". Sinar Harian. Dicapai 14 Mac 2014. 
  27. ^ http://www.finas.gov.my/index.php?mod=industry&sub=cereka&p=Filem2011
  28. ^ Zaidi Mohamad (6 Februari 2016). "Maya Karin gadai prinsip kerana drama TV?". Berita Harian. Dicapai 18 Mac 2016. 
  29. ^ "Actress Maya Karin comes to the defence of rape scene". AsiaOne. 21 April 2012. Dicapai 20 Mac 2014. 
  30. ^ a b "Katerina dekat dengan Maya". Sinar Harian. 15 September 2014. Dicapai 11 August 2015. 
  31. ^ "Can Maya Karin shine as the new Katerina". Asia One. 15 April 2011. Dicapai 19 Mac 2013. 
  32. ^ "The woman behind the legend - On Stage". The Star Online. 6 November 2013. Dicapai 18 March 2014. 
  33. ^ Azlan, Arina (18 August 2015). "Skrip Jwanita untuk Maya Karin – Osman Ali". Kosmo!. Dicapai 20 August 2015. 
  34. ^ "Maya Karin Sakit Mental Kerana JWANITA". Selebriti Online. 24 June 2012. Dicapai 11 August 2015. 
  35. ^ Mumtaj Begum (6 Mei 2014). "Maya Karin and Hans Isaac team up for the first time in new movie". The Star Online. Dicapai 8 Mei 2014. 
  36. ^ "Filem lakonan Maya Karin, Nota ditayangkan di Cannes". Astro Awani. 15 May 2015. 
  37. ^ "Dendam Maya dalam Nota". KOSMO!. 21 June 2015. Dicapai 1 July 2015. 
  38. ^ "Hans Isaac, Maya Karin tidak serasi dalam filem 'Nota'". Therakyatpost.com. 10 August 2015. Dicapai 11 August 2015. 
  39. ^ Emily K. (10 August 2015). "Maya Karin wows guests at luncheon with power-packed performance". The Star Online. Dicapai 4 May 2015. 
  40. ^ Khadijah Ibrahim (21 February 2011). "Maya temui lelaki idaman". Utusan Malaysia. Dicapai 4 May 2015. 
  41. ^ "Petua Maya Karin hadapi kegawatan hiburan". mSTAR Online. 7 June 2009. Dicapai 4 May 2015. 
  42. ^ a b c d e f Zaidi Mohamad (9 Ogos 2016). "FFM: Maya Karin tak letak harapan tinggi". Berita Harian. Dicapai 9 Ogos 2016. 
  43. ^ Nadia Azam (10 August 2015). "Maya Karin bintangi Munafik 2 bukan demi anugerah". Malaysiakini. Dicapai 14 March 2017. 
  44. ^ Aleya Amri (8 March 2017). "Maya Karin Watak Utama Filem Munafik 2". Malaysiakini. Dicapai 14 March 2017. 
  45. ^ "'Giliran saya sahut cabaran'". Harian Metro. 16 Mac 2017. Dicapai 20 Mac 2017. 
  46. ^ Dennis Chua (15 Mac 2017). "Maya Karin wants action roles". New Straits Times. Dicapai 20 Mac 2017. 
  47. ^ Norhafiza Musa (16 September 2018). "Munafik 2 terus pecah rekod". Sinar Harian. Dicapai 16 September 2018. 
  48. ^ Aref Omar (29 Ogos 2018). "#Showbiz: Maya Karin tortured by director Syamsul Yusof?". New Straits Times. Dicapai 28 Oktober 2018. 
  49. ^ Tahir Alhamzah (23 Julai 2018). "#Showbiz: Plenty acting offers, but money isn't everything, says Maya Karin". New Straits Times. Dicapai 28 Oktober 2018. 
  50. ^ Mohd Al-Qayum Azizi (17 Oktober 2017). "Actress Maya Karin prefers to focus on films". The Star. Dicapai 16 Mei 2018. Big star: Maya Karin denies not taking roles in television because she is conscious of her status as a film star. 
  51. ^ Aref Omar (12 Oktober 2017). "(Showbiz) Two can play: Maya Karin not spooked by Farahdhiya comparisons". New Straits Times. Dicapai 16 Mei 2018. 
  52. ^ Maya bakal berlakon filem Abang Long Fadil 3 Kosmo! (27 Februari 2019). Dicapai pada 27 Februari 2019.
  53. ^ a b Jamliah Abdullah (18 November 2001). "Erti cinta Maya Karin". Utusan Malaysia. Dicapai 23 April 2014. 
  54. ^ "AIM 2002 – Penyanyi popular terus monopoli". Utusan Malaysia. 22 March 2002. 
  55. ^ "Maya Karin's 'Bintang Syurga' with Warner Music Malaysia". 
  56. ^ Sinar Harian. "Maya Karin kembali, 'Bintang Syurga' jadi taruhan". Dicapai 5 June 2013. 
  57. ^ "Maya Karin Lancar Album Teka-Teki". Budiey.com. Dicapai 18 April 2014. 
  58. ^ "Maya Karin – Teka-Teki [OFFICIAL VIDEO] – YouTube". WarnerMusicMalaysia. Dicapai 19 April 2014. 
  59. ^ Mohamad CW. "Pelakon Maya Karin Gementar Untuk Hiburkan Penonton". Suara TV. Dicapai 23 April 2014. 
  60. ^ Georgie Joseph. "Maya temui rentak". Harian Metro. Dicapai 12 February 2016. 
  61. ^ "Maya Karin cuba hip-hop, rock". Kosmo!. Dicapai 3 Januari 2016. 
  62. ^ "Empat tahun sepi, Maya Karin kini tampil dengan single, Gateway". Malaysiakini. 9 November 2018. Dicapai 18 November 2018. 
  63. ^ Ruby Lim (13 June 2016). "A roving mattress showroom". The Star Online. Dicapai 30 June 2016. 
  64. ^ "Maya Karin to encourage wider public acceptance of environment-friendly technology". The Star Online. 23 June 2014. Dicapai 30 June 2014. 
  65. ^ a b c d e "Maya Karin has 8mils in assets". The Star Online. 6 July 2015. Dicapai 8 July 2015. 
  66. ^ "Pelakon Maya Karin bergelar jutawan". Free Malaysia Today. 28 April 2015. Dicapai 1 Mei 2015. 
  67. ^ Meen Tahrin (9 Oktober 2016). "Maya Karin giat kempen alam sekitar". Sinar Harian. Dicapai 9 Oktober 2016. 
  68. ^ a b "Maya Karin cari 100,000 tandatangan". Sinar Harian. 20 November 2015. Dicapai 1 Disember 2015. 
  69. ^ Nina Sharom (8 November 2015). "Maya Karin jaga eksklusif". Sinar Harian. Dicapai 1 Disember 2015. 
  70. ^ ""Bring Back Tax Exemptions For Electric Cars" - Maya Karin's Petition Addressed To PM Najib". Malaysian Digest. 8 Januari 2016. Dicapai 8 Januari 2016. 
  71. ^ "Petronas's campaign "Fuel by Fans" win RM100,000 started on October 14". United MY. 8 November 2013. Dicapai 18 Ogos 2014. 
  72. ^ Jonathan James Tan (25 Oktober 2013). "PETRONAS Fuelled by Fans, Powered by PRIMAX contest – your chance to drive with celebrities!". Paultan.org. Dicapai 18 Ogos 2014. 
  73. ^ Yelena Ramli (28 Oktober 2013). "Petronas fuels fans with celebrities". Marketing Interactive. Dicapai 18 Ogos 2014. 
  74. ^ Hemananthani Sivanandam (17 April 2018). "Neelofa, Hans Isaac and local celebs fight fake news and cyberbullying". The Star. Dicapai 15 Mei 2018. 
  75. ^ "Celebrities campaign against cyberbullying". Free Malaysia Today. 17 April 2018. Dicapai 15 Mei 2018. They will also fight dissemination of fake news on social media as they are often the target of malicious attacks. 
  76. ^ Beatrice Nita Jay, Siti Nur Maserah Amran (17 April 2018). "Celebrities lend their support in 'war' against cyber bullying, fake news [NSTTV]". New Straits Times. Dicapai 15 Mei 2018. 
  77. ^ "Maya unhappy over too many malls". The Star Online. 20 September 2018. Dicapai 18 November 2018. 
  78. ^ Nurezzatul Aqmar Mustaza (19 Ogos 2013). "Maya Karin belum terdesak!". Sinar Harian. Dicapai 18 Mac 2014. 
  79. ^ "Maya Karin officially divorced". Asia One. 17 Julai 2010. Dicapai 18 Mac 2014. 
  80. ^ "Maya Karin admits marriage in trouble". Asia One. 26 Februari 2010. Dicapai 18 Mac 2014. 
  81. ^ Aqmar Mustaza (20 April 2018). "Polis berkas pembuli Maya Karin". Sinar Harian. Dicapai 16 Mei 2018. 
  82. ^ Dennis Chua (17 April 2018). "#Showbiz: 'My family became victim of cyber-bullying last year' - reveals actress Maya Karin". New Straits Times. Dicapai 16 Mei 2018. 
  83. ^ Ifqdar Rahman (17 April 2018). "Peminat fanatik direman tiga hari ugut Maya Karin". Utusan Malaysia. Dicapai 16 Mei 2018. 
  84. ^ Angelin Yeoh (September 23, 2015). "Maya Karin is the black magic woman in Jwanita". Star2.com. Dicapai March 14, 2017. 
  85. ^ Maya Karin Berlakon Filem Hollywood. Berita Harian. Diterbitkan pada 15 Julai 2019. Dicapai pada 15 Julai 2019.
  86. ^ "Return of SuperMokh". The Star Online. 17 June 2014. Dicapai 14 March 2017. 
  87. ^ Sharifah Arfah (19 September 2014). "Supermokh The Musical — Even better than the last one". The Rakyat Post. Dicapai 14 March 2017. 
  88. ^ Budiey (15 September 2014). "Meet The Cast of SuperMokh The Musical". Sensasi Selebriti. Dicapai 14 March 2017. 
  89. ^ "Pasang surut teater". Harian Metro. 19 December 2014. Dicapai 14 March 2017. 
  90. ^ "Awie dan Maya Karin lebih romantik". Berita Harian. 9 September 2014. Dicapai 14 March 2017. 
  91. ^ Erti Cinta (Catatan media). Maya Karin. MIG Records. 2001. 
  92. ^ Bukan Qalamaya (Catatan media). Maya Karin. MIG Records. 2004. 
  93. ^ Kemalia, Othman. "Gementar Di Pentas Buat Maya Karin Tertekan Jadi Penyanyi". mStar Online. Dicapai 20 April 2014. 
  94. ^ "Tempoh dua tahun Maya Karin". Kosmo!. Dicapai 20 April 2014. 
  95. ^ Teka-Teki (Catatan media). Maya Karin. Warner Music Malaysia. 2014. 
  96. ^ Maya Karin - Teka-Teki di iTunes Malaysia (29 Oktober 2013).

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Anugerah dan pencapaian
Didahului oleh
Vanidah Imran
menerusi The Red Kebaya
Festival Filem Malaysia - Aktres Terbaik
2008
menerusi Anak Halal
Diikuti oleh:
Liyana Jasmay
menerusi Papadom
Didahului oleh
Ria Irawan
menerusi Biola Tak Berdawai
Festival Filem Asia Pasifik- Aktres Terbaik
2004
menerusi Pontianak Harum Sundal Malam
Diikuti oleh:
Tiara Jacquelina
menerusi Puteri Gunung Ledang
Didahului oleh
Intan Sarafina
Anugerah Bintang Popular Berita Harian- Artis Baru Wanita Popular
2001
Diikuti oleh:
Elyana
Didahului oleh
Erra Fazira
Anugerah Bintang Popular Berita Harian- Pelakon Filem Wanita Popular
2005
Diikuti oleh:
Fasha Sandha
Didahului oleh
Fasha Sandha
Anugerah Bintang Popular Berita Harian- Pelakon Filem Wanita Popular
2008
Diikuti oleh:
Liyana Jasmay