Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/27 April
Penampilan
27 April: Hari Kemerdekaan di Togo (1960) dan Sierra Leone (1961); Hari Pembebasan di Afrika Selatan.
- 630 – Shahrbaraz merampas kuasa singgahsana Empayar Sasan daripada Ardashir III, tetapi dirinya terbunuh enam minggu kemudian.
- 1650 – Perang Tiga Kerajaan: Angkatan bersenjata Covenanter menewaskan Setiaraja di Pertempuran Carbisdale berdekatan kampung Culrain, Scotland.
- 1945 – Perang Dunia II: Fotograf Menaikkan Bendera di Batu Tanda Tiga Negara (gambar) diambil selepas askar-askar Jerman berundur ke Norway pada akhir Perang Lapland.
- 1965 – Konfrontasi Indonesia–Malaysia: Angkatan bersenjata British menangkis serangan mengejut Indonesia di pangkalan di Plaman Mapu di Sarawak.
- 2005 – Airbus A380, kapal terbang penumpang terbesar dunia, membuat penerbangaj sulungnya dari Toulouse, Perancis.
Hari-hari sebelum: 26 April – 25 April – 24 April