Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/28 Oktober
Penampilan
28 Oktober: Hari Ohi di Yunani; Hari Perayaan Simon dan Jude (Kristian Barat).
- 312 – Maharaja Rom Constantine Agung menewaskan Maxentius dalam Pertempuran Jambatan Milvian, dengan itu menamatkan Tetrarki.
- 1886 – Di Pelabuhan New York, Presiden A.S. Grover Cleveland mentahbiskan Patung Liberty (gambar), hadiah daripada Perancis bagi memperingati ulang tahun ke-100 Perisytiharan Kemerdekaan Amerika Syarikat.
- 1918 – Czechoslovakia mencapai kemerdekaan daripada Austria-Hungary.
- 1928 - Pada pengisytiharan Sumpah Pemuda, lagu Indonesia Raya gubahan Wage Supratman dikumandangkan untuk pertama kalinya.
- 1940 – Kempen Balkan dalam Perang Dunia Kedua: Itali menyerang Yunani selepas Yunani menolak kata dua Itali.
- 2007 – Cristina Fernández de Kirchner terpilih menjadi Presiden Argentina wanita yang pertama, menggantikan suaminya Néstor Kirchner.
Hari-hari sebelum: 27 Oktober – 26 Oktober – 25 Oktober