Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/3 Jun
Penampilan
3 Jun: Hari Martir di Uganda
- 350 – Perampas Rom Nepotianus mengisytiharkan dirinya sebagai Maharaja Rom.
- 1892 – Liverpool F.C., salah satu kelab bola sepak England yang paling berjaya, telah ditubuhkan.
- 1937 – Enam bulan selepas turun takhta, Edward, Duke Windsor berkahwin dengan sosialit Amerika Wallis Simpson (gambar).
- 1973 – Di Pertunjukan Udara Paris, sebuah Tupolev Tu-144 pecah dalam penerbangan dan berkecai, membunuh enam orang anak kapal dan lapan orang di darat.
- 2006 – Montenegro mengisytiharkan kemerdekaan, mengakhiri kesatuannya dalam Serbia dan Montenegro.