Pergi ke kandungan

Edward VIII

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Edward VIII dari United Kingdom)
Edward VIII
Duke Windsor
Edward dengan pakaian seragam kolonel dari Pengawal Welsh, 1919
Raja United Kingdom dan Jajahan Takluk British, Maharaja India (lagi...)
Pemerintahan20 Januari 1936 –
11 Disember 1936
Didahului olehGeorge V
Diikuti olehGeorge VI
Keputeraan(1894-06-23)23 Jun 1894
White Lodge, Richmond, Surrey
Kemangkatan28 Mei 1972(1972-05-28) (umur 77)
4 Route du Champ d'Entraînement, Paris, Perancis
Pemakaman5 Jun 1972
Tapak Pemakaman Diraja, Frogmore, Windsor, Berkshire
PasanganWallis Simpson (k. 1937)
KerabatWindsor (daripada 1917)
Saxe-Coburg and Gotha (until 1917)
AyahandaGeorge V
BondaMary dari Teck
TandatanganTandatangan Edward VIII
Kerjaya ketenteraan
Kesetiaan United Kingdom
PerkhidmatanBendera tentera laut United Kingdom Tentera Laut Diraja
Bendera Tentera Darat United Kingdom Tentera Darat Britain
Bendera Tentera Udara Diraja Tentera Udara Diraja
PangkatLihat senarai
AnugerahMilitary Cross
Edward VII di Kanada pada 1919.

Edward VIII (Edward Albert Christian George Andrew Patrick David; selepas itu Putera Edward, Duke Windsor; 23 Jun 189428 Mei 1972) merupakan Raja United Kingdom dan Jajahan Takluk Empayar British dan Maharaja India sejak kemangkatan ayahandanya, George V (1910–36), pada 20 Januari 1936, sehinggalah baginda turun takhta pada 11 Disember 1936. Baginda merupakan pemerintah yang kedua dari Kerabat Diraja Windsor, ayahandanya telah menukarkan nama keluarga diraja daripada Saxe-Coburg-Gotha pada tahun 1917.

Sebelum menaiki takhta, Edward VIII memegang gelaran Putera Edward dari York, Putera Edward dari York dan Cornwall, Duke Cornwall, Duke Rothesay dan Putera Wales (kesemuanya membawa gelaran Royal Highness). Semasa muda, baginda pernah berkhidmat dalam Perang Dunia I, melakukan lawatan ke luar negara sebagai wakil ayahandanya dan dikaitkan dengan beberapa wanita berkahwin yang lebih tua.

Selepas menaiki takhta pada tahun 1936, Edward VIII mengemukakan hasrat baginda untuk berkahwin dengan kekasihnya Wallis Simpson, seorang janda sosialit Amerika Syarikat yang bercerai sekali dan akan menceraikan suami keduanya. Perdana-perdana menteri Great Britain dan kerajaan-kerajaan Komanwel membantah perkahwinan ini kerana Wallis Simpson dianggap tidak sesuai sebagai permaisuri. Tambahan pula, perkahwinan ini bercanggah dengan kedudukan raja sebagai ketua Gereja England yang pada masa itu tidak mengiktiraf perkahwinan semula dengan janda yang tidak diceraikan suami secara rasmi. Oleh sebab itu, baginda memutuskan turun takhta secara sukarela selepas kurang setahun atau 326 hari di atas takhta. Baginda digantikan oleh adindanya Putera Albert yang bergelar Raja George VI.

Selepas turun dari takhta, Putera Edward diberikan gelaran Duke Windsor oleh George VI. Baginda berkahwin dengan Wallis Simpson pada 3 Jun 1937 di Perancis. Perkahwinan ini tidak menghasilkan anak. Pada tahun 1937, baginda suami isteri mengunjungi negara Jerman dan bertemu dengan Adolf Hitler. Khabar ini mendatangkan pemburukan nama beliau semasa Perang Dunia Kedua kerana kunjungan ini dilihat sebagai tanda pengiktirafan dan sokongan kedua-dua mereka terhadap rejim Nazi; beliau dihantar ke Bahamas sebagai Gabenor hasil tindak balas kerajaan pada ketika ini. Selepas peperangan itu, baginda dan isterinya pulang ke Perancis dan menetap di Paris sepanjang hidupnya.

Gelaran hormat, gaya panggilan, kurniaan dan lambang

[sunting | sunting sumber]
Panji-panji Duke Windsor

Gelaran dan gaya panggilan

[sunting | sunting sumber]
  • 23 Jun 1894 – 28 Mei 1898: Yang Amat Mulia Putera Edward dari York
  • 28 Mei 1898 – 22 Januari 1901: Yang Teramat Mulia Putera Edward dari York[1]
  • 22 Januari – 9 November 1901: Yang Teramat Mulia Putera Edward dari Cornwall dan York
  • 9 November 1901 – 6 Mei 1910: Yang Teramat Mulia Putera Edward dari Wales
  • 6 Mei 1910  – 20 Januari 1936: Yang Teramat Mulia Duke Cornwall
    • di Scotland: Yang Teramat Mulia Duke Rothesay
  • 23 Jun 1910 – 20 Januari 1936: Yang Teramat Mulia Putera Wales
  • 20 Januari – 11 Disember 1936: Duli Yang Maha Mulia Baginda Raja
  • 11 Disember 1936 – 8 Mac 1937: Yang Teramat Mulia Putera Edward
  • 8 Mac 1937 – 28 Mei 1972: Yang Teramat Mulia Duke Windsor
    • Edward mula menggunakan gelaran itu dari 12 Disember 1936, mengikut pengisytiharan George VI kepada Majlis Pertabalan, tetapi beberapa bulan berlalu sebelum gelaran itu disahkan oleh surat paten .

Gaya panggilan penuh sebagai raja ialah "Edward VIII, dengan izin Tuhan, Raja, Pembela Agama dari Great Britain, Ireland, dan Jajahan Takluk Luar British, serta Maharaja India".

Pangkat tentera

[sunting | sunting sumber]
Potret Edward berjubah Order of the Garter oleh Arthur Stockdale Cope, 1912

Kurniaan Komanwel British dan Empayar

[sunting | sunting sumber]

Upon his accession, Edward became sovereign of the various orders of the British Commonwealth and Empire, including those he had been appointed to prior to becoming king. After his abdication, the King, Edward's brother, reinstated his pre-accession honours.

Kurniaan asing

[sunting | sunting sumber]

Ijazah kehormat

[sunting | sunting sumber]
  • Hon LLD: Edinburgh, Toronto, Alberta and Queen's University Kingston (Ontario) 1919, Melbourne 1920, Cambridge and Calcutta 1921, St Andrews and Hong Kong 1922, Witwatersrand 1925
  • Hon DCL: Oxford 1921
  • DSc and Hon MCom: London 1921
  • DLitt: Benares 1921

Freedom of the Burgh

[sunting | sunting sumber]

Lambang kemahkotaan

[sunting | sunting sumber]

Edward's coat of arms as the Prince of Wales was the royal coat of arms of the United Kingdom, differenced with a label of three points argent, with an inescutcheon representing Wales surmounted by a coronet (identical to those of Charles, the current Prince of Wales). As Sovereign, he bore the royal arms undifferenced. After his abdication, he used the arms again differenced by a label of three points argent, but this time with the centre point bearing an imperial crown.[15]

  1. ^ Velde, Francois R., Royal Styles and Titles of Great Britain: Documents, diarkibkan daripada yang asal pada 23 April 2016, dicapai pada 14 June 2013
  2. ^ a b c d e f g h i Cokayne, G.E.; Doubleday, H.A.; Howard de Walden, Lord (1940), The Complete Peerage, London: St. Catherine's Press, vol. XIII, pp. 116–117
  3. ^ "No. 32774". The London Gazette. 1922. m/s. 8615.
  4. ^ "No. 33640". The London Gazette. 2 September 1930. m/s. 5424.
  5. ^ "No. 33640". The London Gazette. 2 September 1930. m/s. 5428.
  6. ^ "No. 34119". The London Gazette (Supplement). 28 December 1934. m/s. 15.
  7. ^ The Times, 19 September 1939, p. 6, col. F
  8. ^ Privy Council Office (1 February 2012), Historical Alphabetical List since 1867 of Members of the Queen's Privy Council for Canada, diarkibkan daripada yang asal pada 21 April 2012, dicapai pada 29 March 2012
  9. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p Montgomery-Massingberd, Hugh, penyunting (1977), Burke's Royal Families of the World, 1st edition, London: Burke's Peerage, m/s. 311–312, ISBN 978-0-85011-023-4 Unknown parameter |editorlink= ignored (bantuan)
  10. ^ "Guóa Oficial de España". 1930: 217. Dicapai pada 4 March 2019. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  11. ^ "Sveriges statskalender (1940), II, p. 7" (dalam bahasa Sweden). Dicapai pada 2018-01-06 – melalui runeberg.org.
  12. ^ "The Prince of Wales – Forthcoming Visit to Inverness", The Glasgow Herald, m/s. 15, 28 April 1931
  13. ^ The Prince in the Highlands (1931) Diarkibkan 11 Ogos 2017 di Wayback Machine British Pathé
  14. ^ The Duke of Rothesay (1933)Diarkibkan 16 Mac 2016 di Wayback Machine British Pathé
  15. ^ Prothero, David (24 September 2002), Flags of the Royal Family, United Kingdom, diarkibkan daripada yang asal pada 31 March 2010, dicapai pada 2 May 2010

Bibliografi

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]