Wikipedia:Kedai Kopi/Arkib12/2006

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Laman ini merupakan arkib kepada Wikipedia:Kedai Kopi

cadangan

Saya ingin mencadangkan satu rombakan besar bagi sebahagian besar istilah-istilah dalam wikipedia ini. Contohnya dalam rencana Wikipedia:Wikipedia bukanlah, bahagian Portal pengetahuan umum mengandungi perkataan Wikinews di mana ia adalah istilah dari bahasa Inggeris sedangkan ini adalah wikipedia Bahasa Melayu. Harap dapat pertimbangan Wikipedia:Penyelia atau Moderator laman ini. Sekian terima kasih.--60.48.202.158 10:46, 31 Disember 2006 (UTC)

Wikinews adalah perkataan rasmi bagi portal berita wiki. Sama seperti wikipedia. Jadi agaknya ia tidak boleh diubah. — Master2841 11:46, 31 Disember 2006 (UTC)

terima kasih dan sambungan pertanyaan

Terima kasih atas penjelasan saudara. tetapi saya ada menyususri/melalui wiki-wiki dalam bahasa lain seperti arab dan cina, saya dapati perkataan wiki yang dikekalkan manakala news,books,dictionary,university,sorce dan quote, semuanya digantikan dengan bahasa asal laman wikipedia tersebut. apa salahnya, saya rasa bukan Hakcipta terpelihara pn untuk penggunaan wiki yang lain. Harap dapat jawapan. Maaf menyusahkan sesiapa.--60.48.202.158 14:11, 31 Disember 2006 (UTC)

Tidak menyusahkan :) Memang boleh terjemahkan kalau projek tersebut wujud. Dalam bahasa Melayu kita cuma ada Wikipedia, Wiktionary (KamusWiki) dan Wikibooks (BukuWiki). Jadi silalah gunakan terjemahannya jika sesuai. Cuma dalam kegunaan rasmi nama asal lebih disukai kerana lebih dikenali. ...Aurora... 11:09, 1 Januari 2007 (UTC)

Siapakah penyunting?

Saya ingin mengetahui siapa penyunting tetap wikipedia Bahasa Melayu. Ia kelihatan seperti warga asing yang petah berbahasa melayu yang terlibat dalam penyuntingan. agak memalukan juga ya orang Melayu sendiri tidak menyumbang padahal mereeka golongan yang menguasai bahasa melayu lebih baik. Sungguh malas bangsa Melayu ini. mungkin juga pendedahan tentang wikipedia terhadap pengguna di rantau ini kurang. Tambahan pula, informasi atau maklumat ilmu dalam bahasa melayu kurang berbanding Bahasa Inggeris. Tolong beri perhatian! ~~senyuman~~

Anda juga boleh membantu dengan turut menyumbang. — Master2841 07:36, 12 Disember 2006 (UTC)
Ada juga Melayu malu bercakap bahasa Melayu. Yosri 05:14, 13 Disember 2006 (UTC)

orang Malaysia banyak leka dengan hiburan sekarang.Tambahan pula,rakyat Malaysia semakin kurang menghargai Bahasa Melayu.Saya harap agar ilmu Sains dalam Bahasa Melayu dapat diselamatkan di dalam Wikipedia--60.52.45.153 13:11, 25 Disember 2006 (UTC)

Makluman

Sekadar makluman, dari masa ke masa, saya akan memadamkan:

  • Imej yang tidak digunakan/bertindan dengan commons
  • Kategori yang tidak digunakan
  • Rencana yang bukan rencana/terlalu pendek

...Aurora... 04:50, 13 Disember 2006 (UTC)

Tentang kedalaman dalam setiap edisi bahasa Wikipedia

Saya baru-baru ini telah melihat link baru di senarai wikipedia dalam meta iaitu depth. Sebagaimana yang saya tahu, depth ini adalah merupakan suatu perkara dimana sesuatu rencana untuk disunting untuk beberapa kali dari segi pembaharuan, penambahan, perincian, dan pengemaskinian. Saya berharap setiap rencana yang dibuat samada rencana baru atau yang sedia ada perlu diperbarukan bagi menunjukkan mutu piawai. Sebagai contoh, kita perlu mencontohi Abangmanuk kerana rencana yang dibuatnya amat terperinci dan piawai serta amat berbentuk ensiklopedia. Sila lihat rencana kapak dan perang Vietnam untuk mengetahui maksud kedalamannya. — Aeonimitz 15:28, 22 Disember 2006 (UTC)