Wikipedia:Kedai Kopi/Arkib5/2008

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Laman ini merupakan arkib kepada Wikipedia:Kedai Kopi

Koordinat

Saya lihat kenapa imej ini → Erioll world.svg tidak muncul-muncul pada templat koordinat. Saya lihat di en.wikipedia, apabila menekan imej tersebut pada templat koordinat, ia akan mengeluarkan sebuah peta dunia yang berkoordinat. Tetapi, ia tidak berlaku kepada ms.wikipedia. Saya menghadapi jalan buntu mencari penyelesaian tersebut. Harap sekalian dapat mengkaji atau membantu masalah ketiadaan imej tersebut pada templat koordinat. Sekian. — Didie (bincang) 03:03, 4 Mei 2008 (UTC)

Rujukan : Templat:Coord.
Contoh rencana : Lapangan_Terbang_Sultan_Mahmud
Sekian. — Didie (bincang) 03:04, 4 Mei 2008 (UTC)

Itu kerana wiki-en menggunakan Javascript. Lihat m:WikiMiniAtlas untuk maklumat lanjut. ...Aurora... 15:48, 5 Mei 2008 (UTC)

Buang

Boleh tak pihak yang bertanggungjawab menghapuskan Kategori:Pesawat sebab dah ada Kategori:Pesawat udara. Pesawat udara adalah ejaan yang betul jadi buang apa yang salah, ok? -- Tebu.an 04:25, 11 Mei 2008 (UTC)

Lain kali letakkan templat {{hapus|sebab anda}} pada laman tersebut. ...Aurora... 14:26, 16 Mei 2008 (UTC)

Jom Pakat Hantar!

Tambahkan lagi penyumbangan anda dalam bidang sains dan teknologi, perubatan, pembelajaran dan pengetahuan am untuk informasi tambahan kepada masyarakat kita terutama sekali para pelajar di setiap peringkat pengajian. Marilah kita bersama-sama menyumbang! =) Sumbangan anda amatlah berharga dan ilmu yang disampaikan akan berpanjangan bersama ganjaran pahala yang diberi Tuhan.. Puteribola 23:53, 11 Mei 2008 (UTC)puteribola

Saya sokong. Bagi saya tumpuan perlu lebih kepada subjek bukan kepada isu semasa seperti politik kerana isu semasa boleh berubah fakta bila-bila masa. Kerana itu saya banyak membuang entri isu semasa politik yang seperti cakap-cakap di warung kedai kopi. Kalau saya mahu membaca isu politik saya bukan membaca di wikipedia. Kamalzack 00:57, 12 Mei 2008 (UTC)
Kami sentiasa mengalu-alukan sumbangan berguna oleh semua orang. Laman ini adalah milik semua orang khususnya penutur bahasa Melayu, dan semua sumbangan yang berguna dialu-alukan. Sumbangan kontrovesi yang berbentuk fitnah tanpa sumber rujukan akan dihapuskan. Yosri 01:29, 12 Mei 2008 (UTC)
Saya sokong dan mengalu-alukan anda semua hantar sumbangan yang pastinya bertujuan memberikan rujukan kepada semua orang. Hidup bahasa melayu sebagai sumber ilmu!Che 06:46, 13 Mei 2008 (UTC)
Kadang-kadang saya merasakan seperti membaca blog politik atau ruangan "shout box" yang selalu ada dalam blog politik. Bagi saya kalau seseorang itu menulis entri berkenaan dengan politik maka dia juga bertanggungjawab untuk mengemas kini entri tersebut jika terdapat sebarang perubahan dari segi fakta dan sebagainya. Satu contoh yang saya beri kepada Pancaragam mengenai krisis dengan Sultan yang mula-mula ditulis hanya UMNO yang terlibat tapi sekarang sudah dibuktikan isu itu juga boleh melibatkan parti lain. Kerana itu saya menyuruh diletakkan dalam Raja Berperlembagaan atau entri lain dan menampakkan menuding jari kepada satu kumpulan sahaja. Kamalzack 05:05, 12 Mei 2008 (UTC)
Pasal nie, pelajar dah study benda-benda sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris. Jadi aku rasa diorang lebih rela rujuk kat Wikipedia Inggeris sebab bebudak nie kalau tengok istilah sains & teknologi (apa-apa aje) dalam Bahasa Melayu terus mereka tak paham. Aku pun sama sebab sedikit terpengaruh ngan Bahasa Inggeris hingga tak paham satu habukpun dalam Bahasa Melayu. Kalau aku nak jawab periksa, aku rela jawab BI. Nie semua Kementerian Pelajaran punya pasal dan juga Pak Lah!!! So, kalau aku nak buat artikel pasal ilmu pengetahuan dalam BM, mana aku nak cari kamus online pasal istilah benda-benda gini. Karyanet terhad sangat. Kalau nak beli kamus, aku takdak duit. Hehehe. Satu lagi, aku rasa Pak Lah saje nak benam BM sampai bahasa tu tak wujud lagi. -- Tebu.an 11:02, 12 Mei 2008 (UTC)
seingat saya kita dah bersetuju agar tidak mengutuk pemimpin kita di sini. Pak Lah adalah PM Malaysia. Bukan sekadar pemimpin parti. Kalau nak lantik orang lain menjadi PM, tunggu PRU 13. Sekarang masa untuk bekerja. Saya gunakan wiki untuk menulis rencana umum dan menulis di blog untuk memberi komen berkenaan politik. Sila kunjungi blog saya di http://www....... sori, kat sini tak boleh iklan aaa... cheguman 06:41, 13 Mei 2008 (UTC)

Oh. Kita boleh lihat diMalaysia ni banyak membuat perkataan baru yang menyusahkan pengguna. Contoh paling baik, tengok sebelah kiri skrin anda. Perkataan Gelintar, bukan semua orang tahu apa itu gelintar. Perkataan seperti ini memang tidak sesuai digunakan untuk umum bukan, di en.wikipedia lagi senang, tulis Search sahaja. Orang biasa pun tahu apa tu search. Tapi dah standard unutk komputer dibuat begitu, apa boleh buat?

Bagi saya, bukan Kementerian sahaja patut bertanggungjawab, malah Dewan Bahasa dan Pustaka pun! Kamus Bahasa Melayu pula, dah bertahun-tahun ditulis tetapi kurang memuaskan. Sebabnya, jika anda telah menggunakan pelbagai jenis kamus, kita boleh lihat Kamus Dewan memang mempunyai kekurangan. Kamus bahasa inggeris mempunyai cara sebut pronunciation untuk perkataan yang susah, sejarah perkataan dan asal perkataan, penerangan prefix dan suffix dan macam-macam lagi.

Selain itu, untuk isu politik pula, saya benar-benar tidak berminat, lebih-lebih isu semasa yang heboh buat masa sekarang ini dan saya hanya berminat dengan isu-isu yang memang telah menjadi sejarah, dan dari sumber yang benar dan boleh dipercayai. Contoh paling baik sejarah perang dunia kedua. Oh ya, dalam sejarah tidak akan ditulis dengan perkataan kalau, mungkin aku rasa, entahlah, tak pasti dan lain-lain. Sejarah hanya ditulis selepas perkara tersebut berlaku. --Kekacang 19:23, 15 Mei 2008 (UTC)

Sebenarnya terdapat kaedah dalam penciptaan istilah. Biasanya perkataan yang membawa maksud yang sama dalam suku bahasa Melayu akan digunakan (contoh bahasa kadazan dbs.) Jika tiada, barulah perkataan Inggeris ditransilerasi. Rasanya DBP ada membuka ruang suap balas feedback dilamannya. Sesiapa yang ada cadangan boleh mencadang di sana dan ia kemudiannya dibincangkan secara berkala. Saya tidak ingat prosedure yang digunakan. Ini ada sesiapa yang rajin hendak kaji boleh tulis rencana mengenainya di sini. Yosri 00:42, 16 Mei 2008 (UTC)

Betul cakap Tebuan, aku sniri jawab science dalam Eng walaupun BI aku tunggang langgang. Bukan salah Pak Lah sebnanya, salah Dr.M ngan Menteri Pelajaran arr. Mana cuepacs @ NUTP pembela nasib guru, bukan sume guru bley ckp omputih. DBP pun cipta ayat yg tah apa2. Pas2 tiru bahsa Inggeris, aku stuju dgn sapa ntah yang kata DBP kemandulan idea. PuteraLuqman Tunku Andre 02:21, 17 Mei 2008 (UTC)

Wikipedia sekarang menjadi alat rujukan

Menurut berita ini, Wikipedia Inggeris sekarang menjadi alat pembelajaran sekolah. Jadi saya minta kerjasama semua untuk meningkatkan lagi Wikipedia Bahasa Melayu dengan menterjemah dan menulis rencana dengan penuh tanggungjawab dan berkualiti. Terima kasih. Kamalzack 05:12, 12 Mei 2008 (UTC)

Wikipedia Melayu pun juga menjadi rujukan akhabr2 tempatan seperti Utusan Malaysia pernah mengambil info dari wikipedia. Kurosagi7 07:36, 14 Mei 2008 (UTC)

Siapa mat Indonesia yang buat vandalisme dalam wikipedia?

Nampaknya ada orang indo tak puas hati buat vandalisme dalam ms.wikipedia. Pancaragam tak nasihat ke bangsa sejenis? Kamalzack 12:08, 13 Mei 2008 (UTC)

Saya rasa kita tidak perlu babitkan isu ini dengan orang lain yang tidak terbabit, sebaliknya bersedia untuk siri serangan selanjutnya. Ini kerana biasanya ia datang dalam bentuk beberapa siri gelombang. Tak tahulah kalau dah habis kena cantas kali ini. Yosri 12:18, 13 Mei 2008 (UTC)
kat mana? cheguman 14:41, 13 Mei 2008 (UTC)
Dah dicantas. ...Aurora... 14:46, 13 Mei 2008 (UTC)
Tahniah. cheguman 15:03, 13 Mei 2008 (UTC)

Tolong hormat sikit pada orang Indonesia. Gelaran 'mat' itu may be insulting. Sekadar pandangan. Salam. Pancaragam 17:58, 13 Mei 2008 (UTC)

Gelaran mat adalah gelaran biasa yang merujuk kepada golongan pemuda, seperti mat rock, mamat kilang, dan bagi pemudi pula gelaran minah digunakan. Minah rock, minah kilang. Tidak ada apa-apa yang insulting mengenai pengunaannya. Penggunaannya dianggap bahasa pasar dan bukan baku. Yosri 00:54, 14 Mei 2008 (UTC)

m:User:DerHexer has a script that blocks a list of open proxies semi-automatically, he did this already for ml.wiki and others, if You are interested I think he will help You too, please contact him on meta or let me know, I can speak to him then.
Best regards, --Spacebirdy 00:57, 14 Mei 2008 (UTC)

Jangan merosakkan wikipedia ini. Kurosagi7 07:35, 14 Mei 2008 (UTC)


Hello, I added some offensive images to MediaWiki:Bad image list, if You ever want to use an image listed there in this wikipedia You have to remove it from this list, best regards, --Spacebirdy 11:36, 16 Mei 2008 (UTC)

Thanks! I really impress at you response time. Wow! Yosri 11:41, 16 Mei 2008 (UTC)

Blocking vandals open proxy

Hi, please confirm that I shall block the OPs, thanks. DerHexer 14:45, 14 Mei 2008 (UTC)

Support
Confirm. ...Aurora... 14:55, 14 Mei 2008 (UTC)
Confirm. Minor/no usefull contribution, more vandalism. Yosri 00:37, 15 Mei 2008 (UTC)
Confirm. Crush all the vandals ReogWarrior | bicara 14:54, 16 Mei 2008 (UTC)
Oppose
comment
I granted User:DerHexer bot and sysop flag today so he can start blocking the open proxies. Please note he is steward too, he has the bot flag to not spam Your recent changes. Please feel free to contact him or me if You have any questions or anything. Thanks. Best regards, --Spacebirdy 19:06, 16 Mei 2008 (UTC)
I've finshed the blocks now. ~25,000 open proxies were blocked. Please contact me again if you need an update. Regards, DerHexer 17:04, 17 Mei 2008 (UTC)

E-book

Soalan : 1) Bolehkan kita mengambil/menyunting artikel/kandungan di wikipedia untuk dijadikan ebook seterusnya memasarkan ebook ini? 2) Sekiranya tidak dibenarkan bolehkan saya menjadikan kandungan/artikel di dalam wikipedia sebagai bahan percuma/bonus kepada orang ramai?

Terima Kasih

ya dan tidak. kandungan artikel boleh diambil. tetapi ada gambar atau media kegunaan adil yang sememangnya tidak boleh dijual. tengok kepada lesennya juga --Kekacang 17:00, 17 Mei 2008 (UTC

* * * * *

Mengikut falsafah Wikipedia, semua rencana Wikipedia boleh dijual. Yang cuma diperlukan ialah:

  • penghargaan kepada Wikipedia harus diberikan; ia tidak boleh diperlagakkan sebagai rencana asli; dan
  • sebarang terbitan juga perlu tertakluk kepada perlesenan GNU atau serupa.

Tentang gambar, anda perlu melihat lesennya kerana sesetengah lesen gambar mungkin bercanggah dengan falsafah Wikipedia, sebagaimana dikatakan oleh Kekacang. Buang sahaja gambar yang terlibat (bukan semua gambar yang terlibat) dan anda boleh menerbitkan dan menjualnya tanpa was-was. — Syarikat Pemunggahan Rencana 00:19, 18 Mei 2008 (UTC)

...kemudian, tolong-tolong le promote wiki kat orang ramai di samping lebih giat memperkayakan kandungannya. "situasi memang-menang-menang"cheguman 16:28, 18 Mei 2008 (UTC)
* * * * *

Saya terkejut apabila mendengar bahawa ada orang yang minat menjadikan bahan Wikipedia bahasa Melayu sebagai ebuku. Bagi tanggapan saya, ebuku seringnya lebih sesuai untuk mengajar pembaca tentang bagaimana membuat ini dan bagaimana membuat itu, bukan tentang apa ini dan apa itu. Bagaimanapun, semua usaha yang luar biasa itu harus diberikan galakan. Mana tahu, orang itu akan berjaya kerana tidak ada orang yang pernah berbuat demikian.

Wikipedia tidak memerlukan promosi lagi kerana banyak orang sudah tahu akan Wikipedia. Wikipedia ialah suatu fenomena yang luar biasa yang tidak perlukan promosi. Selain daripada merupakan ensiklopedia komuniti yang pertama dalam talian, Wikipedia hampir selalu mengambil tempat satu dalam mana-mana enjin carian. Enjin carian ialah promosi yang terbaik untuk mana-mana laman sesawang, terutamanya untuk mereka yang mendapatkan tempat 10 teratas. Yang lain seperti Citizendium, Wikidot dan sebagainya memerlukan peruntukan berjuta-juta dolar untuk mempromosikan laman masing-masing. Tambahan pula, dalam kalangan Wikia, Citizendium, dan sebagainya, saya tidak akan terperanjat jika mereka juga mengupah sekumpulan penulis tetap untuk membantu mengembangkan portal mereka, sekurang-kurangnya pada peringkat permulaan untuk menendangmulakan projek masing-masing.

Masalah kekurangan sumbangan di Wikipedia bahasa Melayu bukan kerana kekurangan promosi. Kan ramai yang mendaftarkan diri tanpa menyumbangkan sepatah perkataan pun? Jika kesemua mereka yang berdaftar menyumbang sebuah rencana setiap minggu, kan Wikipedia bahasa Melayu kenyang sampai perut pun buncit?

Berdasarkan tinjauan saya, saya mendapati bahawa kebanyakan pengguna lebih suka akan blog dan forum kerana malas nak menulis melebihi tiga empat ayat. Keadaan ini adalah sama juga dalam dunia penutur bahasa Inggeris, cuma bilangan penuturnya jauh lebih besar. Tambahan lagi, banyak orang lebih suka akan video, grafik dan gambar. Tidaklah hairan bahawa YouTube boleh berjaya dengan begitu pantas. Pada dasarnya, YouTube adalah tepat sama konsepnya dengan Wikipedia, cuma penyumbangnya menyumbang dengan memuat naik video mereka manakala penyumbang Wikipedia perlu menghabiskan berjam-jam untuk menyiapkan sebuah rencana yang agak sempurna.

Namun untuk menyimpul, penulis bahasa Melayu adalah amat sangat kurang. Dalam kalangan yang tahu menulis, ada yang malas dan ada yang akan menulis, hanya jika dibayar. Yang kedua ini merupakan dapatan saya yang baru. Apabila saya mengatakan bahawa saya juga menulis untuk Wikipedia, mereka melihat saya dan bertanya, "Berapa wang boleh dapat dengan menulis untuk Wikipedia?" Mereka tidak menyokong konsep sumber bebas atau sumber terbuka. Kan Forum Teraju ada banyak penterjemah profesional? Adakah mereka pernah ke sini untuk menyumbang? Dalam tanggapan mereka, setiap perkataan harus diberikan ganjaran. Wahhhh, kalau macam itu, Yosri, Polar, dan saya telah menjadi kaya, walau jika hanya satu sen setiap perkataan! — Syarikat Pemunggahan Rencana 23:19, 18 Mei 2008 (UTC)

Azam sebelum 2009

Agak-agaknya, berapa banyak artikel yang telah wujud sebelum menjelangnya tahun 2009 jika mengikut perangkaan statistik? Satu lagi, berapa purata artikel baharu yang dibina setiap hari? -- Tebu.an 05:57, 19 Mei 2008 (UTC)

Untuk statistik lepas lihat di :-
Untuk unjuran di masa hadapan, anggaran 200 rencana baru sebulan. Yosri 11:37, 20 Mei 2008 (UTC)
Kita ada dua graf jumlah rencana: Imej:Ms-wiki.png dan Imej:Malay wikistat.PNG. Boleh buat kesimpulan sendiri jika berminat. Pastinya, 400+ rencana baru dicipta setiap bulan. ...Aurora... 15:47, 20 Mei 2008 (UTC)
Lupa nak sebut, ada juga en:Wikipedia:Multilingual statistics. ...Aurora... 15:27, 23 Mei 2008 (UTC)
400 rencana sebulan agak tinggi. Anggaran saya masih 200 yang notable. Yosri 12:23, 21 Mei 2008 (UTC)

Berdasarkan graf Imej:Ms-wiki.png, bilangan rencana naik dari 17,000 hingga 27,000 dalam tempoh setahun antara Mac 2007 hingga Februari 2008, dengan kadar pertambahan agak tetap. Tanpa sebarang perkembangan baru, pertambahan rencana adalah sekitar 830 rencana setiap bulan. Maka 600 rencana sebulah tidaklah hairan juga. — Syarikat Pemunggahan Rencana 03:19, 22 Mei 2008 (UTC)

Saya tidak pasti sekiranya 400 itu termasuk laman perbincangan dan lain-lain yang tidak dikira sebagai rencana rasmi. Yosri 10:59, 22 Mei 2008 (UTC)
Mudah sahaja nak tahu. Dari Wikipedia:Pengumuman, kita mencapai 26 ribu rencana pada 8 Jan dan 28 ribu pada 30 April, iaitu peningkatan 2000 rencana (sah) dalam masa ~ 4 bulan, atau purata 500 rencana sebulan. Sebab itu saya kata 400+ ...Aurora... 16:03, 22 Mei 2008 (UTC)

Bilangan rencana hanya merangkumi ruang nama utama (ns:0, jika tak silap). {{NUMBEROFARTICLES}} tidak merangkumi laman perbincangan. Maka unjuran Aurora masih agak konservatif dan merupakan worst case scenario. Wikipedia kian maju, tak kan kadar penyumbangan akan merosot? Tiada sebarang alasan untuk fenomena itu. Jika anda melihat arah aliran garis graf Imej:Ms-wiki.png, ia kini telah stabil. — Syarikat Pemunggahan Rencana 10:40, 23 Mei 2008 (UTC)

Images

Dear Community of ms.wiki, I would like to invite You all kindly to commons: where all free images can(and should) be uploaded, and to probably take a deeper look into Special:Imagelist for possible copyright violations, because I incidentally found Perbincangan Imej:FranSpas12.jpg and suspect there are others like it. Please take such things serious as they could harm Your project. Please feel free to contact me if You need help making Commons supporting Your language better, i.e. making a translated upload form (compare commons:Template:Lang-Upload). Thanks for Your attention. Best regards, --burung (:> )=| 13:34, 22 Mei 2008 (UTC)

Ya, benar kata burung. Kita ada banyak imej yg tidak pasti statusnya. Minta kerjasama semua, penyelia tolong hapuskan dan yg lain tolong tandakan. ...Aurora... 16:03, 22 Mei 2008 (UTC)

Dunia ini memang aneh. Kita bukan sahaja bersembang dengan manusia, tetapi kekadang juga bersembang dengan burung, hehehe. — Syarikat Pemunggahan Rencana 10:44, 23 Mei 2008 (UTC)

Mustafa Kemal Atatürk

Pengguna Pengguna:Matjol menambah kembali tajuk "KEMATIAN KAMAL ATARTUK YANG MENYEKSAKAN" dan "Dosa Mustafa Kemal" di dalam rencana tersebut. Saya minta pertolongan para penyelia dan penyumbang lain agar memantau cara penulisan sebegini. Terima kasih. - Jay 13:38, 23 Mei 2008 (UTC)

Betawiki update

  • Currently 92.49% of the MediaWiki messages and 3.45% of the messages of the extensions used by the Wikimedia Foundation projects have been localised. Please help us help your language by localising at Betawiki. This is the recent localisation activity for your language. Thanks, GerardM 08:32, 27 Mei 2008 (UTC)

Pengundian Sysop

Nampaknya wikipedia Melayu mengadakan pengundian utk ramai penyelia. Adakah sebab itu diadakan banyak pengundian pada bulan Mei ini? Kurosagi7 16:40, 27 Mei 2008 (UTC)

Supaya lebih cekap, mungkin pengundian boleh diadakan hanya pada minggu pertama setiap bulan, dengan permohonan ditutup pada hari terakhir setiap bulan sebelumnya. — Syarikat Pemunggahan Rencana 17:41, 27 Mei 2008 (UTC)

Rencana automotif

Saya perhatikan Wikipedia Bahasa Melayu masih kekurangan rencana mengenai bidang automotif, malah rencana mengenai kereta juga terlalu ringkas dan memerlukan penulisan semula. Saya sudah memulakan projek untuk menulis semula rencana "Kereta" secara besar-besaran, diharap warga Wikipedia Bahasa Melayu dapat turut menyumbang!

Di samping itu juga, saya amat mengalu-alukan sumbangan anda semua untuk rencana-rencana bercorak automotif, seperti model-model kereta dan motosikal dsb. Saya harap rencana tersebut mestilah lengkap walaupun tidak sepanjang versi Bahasa Inggeris, kerana matlamat utama kita di Wikipedia Bahasa Melayu ialah untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Terima kasih. Hezery99 03:46, 29 Mei 2008 (UTC)

  • Saya berminat dgn tugas saudara, namun saya lebih aktif dalm sukan permotoran spt. F1 dan MotoGP. Kelly Ho 07:19, 30 Mei 2008 (UTC)