Lapangan Terbang Sultan Mahmud
Sultan Mahmud Airport Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud لاڤڠن تربڠ سلطان مهمود | |||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Rumusan | |||||||||||
Jenis lapangan terbang | Awam | ||||||||||
Hak milik | Kerajaan Malaysia | ||||||||||
Pengendali | Malaysia Airports | ||||||||||
Destinasi | Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia | ||||||||||
Lokasi | Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia | ||||||||||
Zon masa | MST (UTC+08:00) | ||||||||||
Ketinggian AMSL | 21 kaki / 6 m | ||||||||||
Koordinat | 05°22′53″N 103°06′17″E / 5.38139°N 103.10472°EKoordinat: 05°22′53″N 103°06′17″E / 5.38139°N 103.10472°E | ||||||||||
Peta | |||||||||||
Landasan | |||||||||||
| |||||||||||
Statistik (2018) | |||||||||||
| |||||||||||
Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud (IATA: TGG, ICAO: WMKN) adalah sebuah lapangan terbang yang menguruskan penerbangan dari dan ke Kuala Nerus, sebuah daerah yang terangkum di dalam bandar raya Kuala Terengganu yang terletak di pesisir pantai timur semenanjung Malaysia di negeri Terengganu. Lapangan terbang ini terletak 15km dari pusat bandaraya Kuala Terengganu yang menghadap Laut China Selatan. Dalam tahun 2005, lapangan terbang ini menguruskan 419,475 penumpang dengan 4,623 pergerakan kapal terbang.[1]
Nama lapangan terbang ini adalah diambil bersempena dengan nama Sultan Terengganu yang ke-16, Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, baginda memerintah negeri Terengganu dari tahun 1978 sehingga tahun 1998.
Pada bulan Januari 2008, Kerajaan Malaysia telah meluluskan RM200 juta bagi menaik taraf lapangan terbang ini bagi dijadikan sebuah lapangan terbang antarabangsa. Hal ini termasuklah memanjangkan landasan terbang dan menaik taraf terminal lapangan terbang ini.[perlu rujukan]
Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud akan dijadikan sebuah lapangan terbang antarabangsa setelah kerja naik taraf diselesaikan. Ia mungkin akan memulakan penerbangan antarabangsa ke Singapura, Kunming, Hong Kong dan lain-lain. Malaysia Airlines telah bersetuju dengan Tabung Haji bahawa ia akan juga membawa penumpang ke Tanah Suci Mekah melalui Jeddah dan Madinah.
Pada Oktober 11 2008, sebuah Boeing 747-400 Penerbangan Malaysia mendarat disini pada jam 1456 dari Kuala Lumpur di mana pesawat tersebut adalah Boeing 747 pertama mendarat disini. Sebelum ia mendarat, ia terbang di kawasan berdekatan dari LTSM. Pesawat tersebut bersedia menuju ke Jeddah dan Medina pada Musim Haji ini.
Terminal[sunting | sunting sumber]
Pada bulan Januari 2008, Kerajaan Malaysia telah meluluskan RM200 juta bagi menaik taraf lapangan terbang ini bagi dijadikan sebuah lapangan terbang antarabangsa. Hal ini termasuklah memanjangkan landasan terbang dan menaik taraf terminal lapangan terbang ini.[perlu rujukan]
Terminal utama Lapangan Terbang Sultan Mahmud menawarkan standard perkhidmatan dan kemudahan tertinggi kepada pengembara untuk berehat selepas melakukan perjalanan.
Trafik dan statistik[sunting | sunting sumber]
Tahun
|
Penumpang
Bilangan |
Penumpang
% Perubahan |
Kargo
(tan) |
Kargo
% Perubahan |
Pesawat
Pergerakan |
Pesawat
% Perubahan |
---|---|---|---|---|---|---|
2003 | 394,240 | 160 | 5,508 | |||
2004 | 435,620 | ▲10.5 | 124 | ▼22.5 | 5,834 | ▲ 5.9 |
2005 | 419,475 | ▼3.7 | 94 | ▼24.2 | 5,622 | ▼ 3.6 |
2006 | 398,252 | ▼5.1 | 70 | ▼25.5 | 3,792 | ▼ 32.5 |
2007 | 430,800 | ▲8.2 | 47 | ▼32.8 | 8,781 | ▲ 131.6 |
2008 | 487,495 | ▲13.2 | 24 | ▼49.0 | 10,045 | ▲ 14.4 |
2009 | 523,619 | ▲7.4 | 24 | 9,875 | ▼ 1.7 | |
2010 | 520,611 | ▼0.6 | 50 | ▲108.3 | 10,959 | ▲ 11.0 |
2011 | 502,966 | ▼3.4 | 103 | ▲106.0 | 14,296 | ▲ 30.4 |
2012 | 550,831 | ▲9.5 | 147 | ▲42.7 | 12,809 | ▼ 10.4 |
2013 | 699,310 | ▲27.0 | 103 | ▼29.7 | 11,402 | ▼ 11.0 |
Syarikat Penerbangan dan destinasi[sunting | sunting sumber]
Penumpang[sunting | sunting sumber]
Penerbangan | Destinasi | Rujukan |
---|---|---|
AirAsia | Kota Kinabalu (Destinasi ini belum dimulakan semula), Kuala Lumpur–Antarabangsa | [5] |
Batik Air Malaysia | Kuala Lumpur–Subang | |
Firefly | Kuala Lumpur–Subang | |
Malaysia Airlines | Kuala Lumpur–Antarabangsa |
Pengangkutan[sunting | sunting sumber]
Untuk masa kini, Teksi Dalam Talian, serta Perkhidmatan Sewa Kereta, dan Teksi sahaja yang menyediakan perkhidmatan Hantar Jemput Penumpang Lapangan Terbang Sultan Mahmud.
Teksi Dalam Talian[sunting | sunting sumber]
- Lihat juga: Grab
yang menjadi penyedia perkhidmatan Teksi dalam talian, ialah Syarikat Grab, yang menyediakan perkhidmatan hantar jemput penumpang Lapangan Terbang Sultan Mahmud.
Sewa Kereta[sunting | sunting sumber]
Perkhidmatan Sewa Kereta, juga menjalankan Kegiatan Operasional pada laluan Antara Kuala Terengganu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud.
Teksi[sunting | sunting sumber]
Perkhidmatan Teksi menjalankan Kegiatan Operasional, pada laluan Antara Kuala Terengganu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud.[6]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ a b Sultan Mahmud Airport, Kuala Terengganu at Malaysia Airports Holdings Berhad
- ^ WMKN - KUALA TERENGGANU/SULTAN MAHMUD at Department of Civil Aviation Malaysia
- ^ https://www.halaltrip.com/airport-details/213/sultan-mahmud-airport/
- ^ "MAHB Annual Report 2012" (PDF). MAHB. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2013-04-24. Dicapai pada 6 September 2013.
- ^ "AirAsia rolls out 4 new routes to improve connectivity". The Malaysian Reserve.
- ^ https://taxi-kuala-terengganu-terengganu-my.taxigator.net/r/i6MeAA
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Lapangan Terbang Sultan Mahmud |
- Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu di Malaysia Airports Holdings Berhad
- Cuaca terkini untuk WMKN di NOAA/NWS
- Sejarah kemalangan untuk TGG di Rangkaian Keselamatan Penerbangan
![]() | Rencana tentang bangunan dan struktur di Malaysia ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |