Wikipedia Bahasa Burma
![]() | |
Jenis laman web | Projek ensiklopedia internet |
---|---|
Terdapat dalam bahasa | Burma |
Pemilik | Yayasan Wikimedia |
Diciptakan oleh | Komuniti Wikipedia Bahasa Burma |
URL | my.wikipedia.org |
Komersial | Tidak |
Pendaftaran | Pilihan |
Dilancarkan pada | Julai 2004 |
Wikipedia Bahasa Burma (Bahasa Burma: မြန်မာ ဝီကီပီးဒီးယား disebut [mjəmà wɪkɨˈpiːdiə]) adalah Wikipedia edisi bahasa Burma. Edisi ini dimulakan pada Julai 2004, dan mempunyai sekitar 46,000 rencana pada Julai 2020.
Sehingga Julai 2020, terdapat 82,000 pengguna, 5 pentadbir dan 2,854 fail di Wikipedia Bahasa Burma.[1] Ia berada pada kedudukan ke-85 berdasarkan jumlah rencana.
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Garis masa[sunting | sunting sumber]
- 2004: Wikipedia Bahasa Burma dilancarkan.
- 2005: Sebilangan Wikipediawan Bahasa Burma mula menyertai dan mula menulis.
- 2008: Kandungan berkembang secara drastik.
- 2010: Bengkel Wikipedia Bahasa Burma pertama diadakan di Bangkok, Thailand dengan orang-orang dari Yayasan Wikimedia, pakar Unicode tempatan dan antarabangsa serta Wikipediawan Bahasa Burma.
- 2012: Wikipedia Bahasa Burma diperkenalkan di Barcamp Yangon.
Acara dan promosi[sunting | sunting sumber]
Wikipedia Bahasa Burma | |||
---|---|---|---|
Rencana | 106218 | ||
Fail | 2965 | ||
Suntingan | 782693 | ||
Pengguna | 109142 | ||
Pengguna aktif | 141 | ||
Pentadbir | 4 |
Persatuan Profesional Komputer Myanmar telah melancarkan projek Wikipedia Myanmar dengan tujuan mengembangkan Wikipedia pada 2010.[2]
Komuniti Wikipedia Bahasa Burma telah mengadakan bengkel bersama pertama mereka di Yangon, Myanmar dengan bantuan Telenor Myanmar pada Jun 2014 untuk merekrut sukarelawan baru.[3] Forum Wikipedia Bahasa Burma diadakan di Universiti Dagon pada Julai 2014 yang menarik lebih daripada 2,000 orang, termasuk pelajar.[4]
Kesukaran[sunting | sunting sumber]
Majoriti pengguna internet di Myanmar menggunakan fon Zawgyi yang bukan dari Unicode menjadikan mereka sukar untuk membaca di Wikipedia Bahasa Burma.[2][4][5]
References[sunting | sunting sumber]
- ^ "Wikipedia Statistics - Tables - Burmese". wikimedia.org (dalam bahasa Inggeris).
- ^ a b The Myanmar Times. "Myanmar Wikipedia project targets 15,000 pages" [Projek Wikipedia Myanmar mensasarkan 15,000 halaman]. mmtimes.com (dalam bahasa Inggeris).
- ^ "Telenor Group - Bringing Wikipedia to Myanmar" [Telenor Group - Membawa Wikipedia ke Myanmar]. Telenor Group (dalam bahasa Inggeris).
- ^ a b Win Htut. "Telenor hosts Wikipedia forum at Dagon University" [Telenor menjadi tuan rumah forum Wikipedia di Universiti Dagon]. Eleven Myanmar (dalam bahasa Inggeris).
- ^ The Myanmar Times. "Spark of knowledge starts with Wikipedia" [Percikan pengetahuan bermula dengan Wikipedia]. mmtimes.com (dalam bahasa Inggeris).
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
- Wikipedia Bahasa Burma (dalam bahasa Burma)
- Wikipedia Bahasa Burma versi mudah alih (dalam bahasa Burma)