William John Butterworth
William John Butterworth | |
---|---|
![]() | |
Gabenor Negeri-Negeri Selat ke-5 | |
Dalam jawatan Ogos 1843 – 21 Mac 1855 | |
Raja | Ratu Victoria |
Didahului oleh | Sir Samuel George Bonham |
Digantikan oleh | Edmund Augustus Blundell |
Butiran peribadi | |
Lahir | 10 Jun 1801 |
Meninggal dunia | 4 November 1856 | (umur 55)
Ibu | Ann Hodgkinson |
Bapa | Kpt. William Butterworth |
Profesion | Pegawai tentera, pentadbir |
Mejar Jeneral William John Butterworth CB (10 Jun 1801 – 4 November 1856) merupakan Gabenor Negeri-Negeri Selat dari Ogos 1843 hingga 21 Mac 1855.[1]
Kota Butterworth di negeri Pulau Pinang, Malaysia dinamakan sempena beliau.
Biografi[sunting | sunting sumber]
Awal hidup[sunting | sunting sumber]
William John merupakan anak kepada Kapten William Butterworth RN, seorang perajurit yang terkorban dalam Pertempuran Trafalgar 1805, dan isterinya Ann Hodgkinson.
Kerjaya dalam empayar[sunting | sunting sumber]
William John menyertai Tentera India British di markas Madras di mana beliau berpangkat leftenan kolonel dalam Rejimen Madras ke-38.
Beliau dilantik sebagai Gabenor Negeri-Negeri Selat pada bulan Ogos 1843.[1] Jawatan beliau masih dikekalkan meskipun pentadbiran Negeri-Negeri ini dipindahkan dari wewenang Gabenor Bengal kepada Gabenor Jeneral India tahun 1851.
Dalam tampuk pemerintahan ini, William turut bertanggungjawab mendirikan Kor Relawan Singapura (Singapore Volunteer Corps),[2] sebuah pasukan militia yang ditugaskan mengawal keselamatan persekitaran jajahan pulau tersebut - ia merupakan duluan kepada Angkatan Bersenjata Singapura. Beliau dinaikkan pangkat kepada Mejar Jeneral atas sumbangan ini tahun 1855.[3]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ a b Ben Cahoon. "Singapore". worldstatesmen.org. Dicapai pada 28 June 2014.
- ^ Corfield, Justin. Historical Dictionary of Singapore. Scarecrow Press, Inc. ISBN 9780810873872. Dicapai pada 28 June 2014.
- ^ "No. 6465". The Edinburgh Gazette. 9 February 1855. m/s. 163.