Butterworth, Pulau Pinang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bandar Butterworth
Pp-crest.jpg
Geografi
Status Mukim
Asal nama N/A
Negara  Malaysia
Negeri  Pulau Pinang
Daerah Daerah Seberang Perai Utara
Mukim Bandar Butterworth
Keluasan 269.1 km2

Butterworth ataupun Bagan merupakan sebuah bandar pelabuhan, bandar bersaing Pulau Pinang, dan bandar berkependudukan ramai bagi Pulau Pinang, Malaysia selepas Bandaraya George Town. Ia terletak di Seberang Perai, dan merupakan pusat pentadbiran Seberang Perai. Terdapat pelabuhan utama di Butterworth kerana Butterworth ialah bandar berhadapan Pulau Pinang yang terletak di tanah besar Malaysia. Kapal-kapal di Butterworth juga ada membawa kontena sampai ke Hong Kong dan China.

Butterworth juga merupakan bandar di tengah Kuala Lumpur dan Alor Setar. Jalan persekutuan Ipoh ke Pulau Pinang pun berakhir di Butterworth sama juga dengan keretapi Malaysia dan kemudian baru ke Padang Besar dan Alor Setar. Butterworth juga merupakan bandar pertengahan Pulau Pinang, Bukit Mertajam dan Kulim. Pasaraya Pacific dan Parkson turut terletak di Bagan ini.

Stesen Keretapi Butterworth ialah stesen terakhir Keretapi Tanah Melayu dan juga ETS, kemudian baru ke Padang Besar. Stesen Butterworth juga merupakan stesen pusat komuter. Nama Butterworth atau Bagan tersebut diambil sempena nama Kolonel V.T. Butterworth. Beliau merupakan Gabenor Koloni dari tahun 1843 hingga 1855, semasa zaman penjajahan British di Tanah Melayu.

Kaum majoriti di Butterworth ialah kaum Cina 75% dan kaum lain 25%. Kos hidup di Butterworth tidak begitu tinggi berbanding dengan kos hidup di Pulau Pinang. Penduduknya kian bertambah dari tempoh dahulu sampai sekarang dan kenderaan di bandar ini bertambah banyak. Trafik di Butterworth setiap hari sibuk terutamanya waktu permulaan kerja dan waktu tamat kerja. Hal ini kerana Butterworth adalah terletak berhampiran dengan bandar yang terbesar dan terbanyak kemudahan di utara Semenanjung Malaysia iaitu pulau mutiara, Pulau Pinang, selain Kuala Lumpur. Ia sangat dekat untuk sampai di terminal feri dan pergi ke George Town. Butterworth juga terletak berhampiran dengan Lebuhraya Utara Selatan (bahagian Sungai Dua ke Ipoh). Kebanyakan penduduk di Butterworth juga akan dapat masuk ke lebuhraya terpanjang di Malaysia ini dengan cepat dan tidak begitu jauh ke Kuala Lumpur dan Pulau Pinang (melalui jambatan). Segelintir penduduk di Kulim dan Bukit Mertajam datang bekerja di Butterworth pada setiap hari. Pelabuhan Butterworth pula merupakan pelabuhan utama untuk menerima barangan import dan mengeksport barangan kontena buatan negara ke negara-negara seperti Hong Kong, China, Taiwan, dan sebagainya melalui kapal kontena.

Bandar ini juga terkenal dengan nasi kandar. Terdapat banyak kedai kedai nasi kandar yang popular dan sering menarik pengunjung dari luar untuk merasai keaslian nasi kandar di bandar ini.

Sekolah terkenal di Butterworth ialah Sekolah Kwang Hua di Jalan Raja Uda. Penang Sentral di negeri Pulau Pinang ataupun wilayah koridor utara Malaysia adalah dipilih untuk bina di Butterworth sekalinya dengan stesen keretapi, terminal bas dan kontena. Kemudian, Butterworth tentu bersaing bandar dengan George Town.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]