Wonder Woman (filem 2017)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Wonder Woman
PengarahPatty Jenkins
Penerbit
Lakon layar olehAllan Heinberg
Cerita oleh
BerdasarkanWonder Woman oleh
Dibintangi oleh
Muzik olehRupert Gregson-Williams
SinematografiMatthew Jensen
Disunting olehMartin Walsh
Syarikat
penerbitan
PengedarWarner Bros. Pictures
Mula ditayangkan
15 Mei 2017 (2017-05-15)(Shanghai)
Jun 2, 2017 (Amerika Syarikat)
September 19, 2017 (Muat turun digital)
Tempoh tayangan
141 minit[1][2]
NegaraAmerika Syarikat
BahasaBahasa Inggeris
Perbelanjaan$120–150 juta[3][4]
Pecah panggung$821 juta[5]

Wonder Woman adalah sebuah filem adiwira dari Amerika Syarikat 2017 berdasarkan watak DC Comics, Wonder Woman. Filem ini dikeluarkan oleh DC Entertainment dengan usaha sama dari RatPac Entertainment dan syarikat Tencent Pictures China, dan diedarkan secara rasmi oleh Warner Bros Pictures. Ia adalah filem keempat dalam DC Extended Universe (DCEU). Filem ini diarahkan oleh Patty Jenkins, sutradara oleh Allan Heinberg dan penulis skrip oleh Heinberg, Zack Snyder, dan Jason Fuchs, para pelakon Wonder Woman terdiri daripada Gal Gadot, Chris Pine, Robin Wright, Danny Huston, David Thewlis, Connie Nielsen, dan Elena Anaya. Ini adalah filem kedua yang menampilkan Wonder Woman selepas penampilan sulungnya pada tahun 2016 melalui filem Batman v Superman: Dawn of Justice. Dalam filem Wonder Woman, puteri Amazon Diana berusaha untuk menghentikan Perang Dunia I, mempercayai konflik peperangan itu dimulakan oleh musuh lama Amazons, iaitu Ares, selepas seorang perisik Amerika Syarikat, Steve Trevor melarikan diri dari serangan tentera Jerman. Dia secara tidak sengaja telah memasuki ke suatu kawasan pulau puak Themyscira dan memberitahunya tentang hal itu.

Pembangunan filem Wonder Woman ini telah bermula pada tahun 1996, dengan Ivan Reitman dijadualkan untuk mengarahkan filem ini tetapi projek ini berlarutan ke kancah kegagalan selama bertahun-tahun. Turut sama menjayakan projek tersebut antranya Jon Cohen, Todd Alcott, dan Joss Whedon di lelbagai tempat. Warner Bros mengumumkan filem itu pada tahun 2010 dan Jenkins menandatangani untuk mengarahkan pada tahun 2015. Inspirasi untuk filem Wonder Woman diambil dari cerita pencipta Wonder Woman William Moulton Marston dan cerita-komik keluaran tahun 1980, hasil ciptaan oleh George Pérez mengenai Wonder Woman. Pengambaran utama bermula pada 21 November 2015, dengan penggambaran di lain tempat seperti di United Kingdom, Perancis, dan Itali. Pengambaran tamat pada 9 Mei 2016. Penggambaran tambahan juga dilakukan pada bulan November 2016.

Wonder Woman membuat tayangan perdana di Shanghai pada 15 Mei 2017, dan dikeluarkan secara rasmi di Amerika Syarikat pada 2 Jun 2017 melaui paparan 2D, Real D 3D, dan IMAX 3D oleh Warner Bros Pictures. Filem ini mendapat ulasan positif dari para pengkritik, dengan pujian untuk dari segi skor pengarahan, seni lakonan, visual, susunan jalan cerita danskor muzik. Namun begitu, peranan watak antagonisnya menerima beberapa kritikan negatif. Filem ini adalah filem adiwira paling laris hasil kutipan seluruh dunia dan mendapat kedudukan ke-8 dan filem ke-24 tertinggi di Amerika Syarikat. Ia berjaya memperoleh lebih dari $ 821 juta di seluruh dunia, menjadikannya filem ke-10 tertinggi pada tahun 2017. Ia juga membantu DCEU untuk memperoleh $ 3 bilion melalui kutipan pecah panggung di seluruh dunia, menjadikannya ia filem francais ke-14 palung laris. Pada bulan Ogos 2018, Rotten Tomatoes telah menyenaraikan filem itu sebagai No. 3 dalam senarai Filem Superhero Terbaik Semua Masa, dan Institut Filem Amerika memilih ia sebagai salah satu daripada 10 filem terbaik bagi tahun 2017. Filem ini menerima tiga pencalonan melalui Anugerah Pilihan Kritikan ke-23 (23rd Critics' Choice Awards), dan memenanginya melalui kategori Filem Aksi Terbaik.

Sekuel filem Wonder Woman 1984, dijadualkan akan ditayangkan pada 5 Jun 2020, dengan Jenkins kembali sebagai pengarah dan Gadot sebagai watak utamanya.

Plot[sunting | sunting sumber]

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Peranan utama[sunting | sunting sumber]

The performances and chemistry of Gal Gadot and Chris Pine were widely praised by critics.[6][7]

Peranan sampingan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Wonder Woman". Consumer Protection BC, Canada. May 5, 2017. Diarkibkan daripada asal pada August 19, 2017. Dicapai May 6, 2017. 
  2. ^ "Wonder Woman". British Board of Film Classification. Diarkibkan daripada yang asal pada June 25, 2017. Dicapai May 25, 2017. 
  3. ^ McNary, Dave (December 20, 2017). "Biggest Hits and Flops of 2017". Variety. Dicapai June 20, 2018. 
  4. ^ "2017 Feature Film Study" (PDF). FilmL.A.: Page 25. August 8, 2018. Dicapai August 9, 2018. 
  5. ^ "Wonder Woman (2017)". Box Office Mojo. Diarkibkan daripada yang asal pada July 25, 2017. Dicapai December 16, 2017. 
  6. ^ Graham, Adam. "Review: 'Wonder Woman' delivers action, humor, thrills". The Detroit News. Diarkibkan daripada yang asal pada June 1, 2017. Dicapai June 1, 2017. 
  7. ^ Taylor, Kate (June 1, 2017). "Review: Wonder Woman finally gives DC a superhero story that soars". The Globe and Mail. Toronto. Diarkibkan daripada yang asal pada June 1, 2017. Dicapai June 1, 2017. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]