Woody Harrelson

Ini adalah rencana baik. Klik di sini untuk maklumat lanjut.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Woody Harrelson
Harrelson pada tahun 2009
Kelahiran
Woodrow Tracy Harrelson

(1961-07-23) 23 Julai 1961 (umur 62)
WarganegaraAmerican
PekerjaanPelakon, pengarang drama, pengarah
Tahun aktif1985–sekarang
PasanganNancy Simon (1985–1986)
Laura Louie (2008–present)
Anak-anak3
Ibu bapaCharles Harrelson
Diane Lou (née Oswald)

Woodrow Tracy "Woody" Harrelson[1][2] (lahir Julai 23, 1961) ialah seorang pelakon, aktivis dan pengarang drama Amerika Syarikat. Beliau dicalonkan untuk Anugerah Akademi dua kali dan teah memenangi satu Anugerah Emmy daripada tujuh pencalonan.

Peranan yang membuatnya terkenal datang pada tahun 1985 selepas menyertai sitkom televisyen, Cheers sebagai Woody Boyd dimana untuk itu beliau mendapat lima pencalonan Anugerah Emmy. Antara peranan terkenal beliau adalah Billy Hoyle dalam White Men Can't Jump, Roy Munson dalam Kingpin, Haymitch Abernathy dalam siri filem The Hunger Games,Tallahassee dalam "Zombieland", Mickey Knox dalam Natural Born Killers, Larry Flynt dalam The People vs. Larry Flynt dan Dusty dalam A Prairie Home Companion.

Untuk The People vs. Larry Flynt dan The Messenger, Harrelson mendapat pencalonan Anugerah Akademi untuk Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Lelaki Sokongan Terbaik.[3] Pada tahun 2014, beliau membintangi sebagai Detektif Martin Hart dalam drama HBO, True Detective bersama-sama Matthew McConaughey yang mendapatkan beliau dan McConaughey pencalonan Anugerah Primetime Emmy untuk Pelakon Lelaki Cemerlang dalam Drama Bersiri.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Harrelson dilahirkan di Midland, Texas, anak lelaki kepada Diane Lou (née Oswald) dan Charles Voyde Harrelson yang bercerai pada tahun 1964; beliau mempunyai dua orang adik beradik, Jordan dan Brett. Bapa Harrelson,yang merupakan seorang pembunuh upahan ditangkap pada tahun 1979 kerana membunuh Hakim Persekutuan, John H. Wood, Jr. di San Antonio, Texas.[4] Bapanya telah disabitkan kesalahan dan akhirnya meninggal dunia semasa menjalani hukuman tersebut di penjara.[4] Pada tahun 1973, Harrelson berpindah ke bandar asal ibunya, Lebanon, Ohio dimana beliau dibesarkan.[5] Harrelson menghadiri Sekolah Tinggi Lebanon, banyak bekerja ketika zaman sekolah tingginya sebagai pengukir kayu di taman tema Pulau Kings.

Beliau menghadiri Kolej Hanover di Hanover, Indiana. Beliau menerima Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam teater dan Bahasa Inggeris pada tahun 1983.

Karier[sunting | sunting sumber]

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Harrelson ketika Anugerah Primetime Emmy ke-40, Ogos 28, 1988

Harrelson secara meluas dikenali untuk peranannya dalam sitkom NBC, Cheers. Beliau melakonkan watak Woody Boyd. Beliau menyertai barisan pelakon pada tahun 1985 untuk musim keempat dan kekal selama lapan musim (1985–1993) dalam rancangan itu. Untuk peranan ini, Harrelson dicalonkan lima Anugerah Emmy,[6] memenangi sekali pada tahun 1989. Pada tahun 1999, Harrelson membintangi sebagai tetamu dalam spin-off Cheers, Frasier sebagai Woody Boyd. Harrelson dicalonkan Anugerah Emmy untuk Pelakon Lelaki Tetamu Cemerlang dalam Siri Komedi untuk peranan ini. Beliau muncul dalam beberapa episod Will & Grace sebagai teman lelaki baru Grace, Nathan. Harrelson kembali ke televisyen pada tahun 2014, membintangi bersama Matthew McConaughey dalam musim pertama siri HBO, True Detective dimana beliau melakonkan watak Marty Hart, seorang polis Louisiana menyiasat pembunuhan yang berlaku sepanjang kitar masa 17 tahun.

Pada Jun 6, 2010, Harrelson mengambil bahagian dalam Soccer Aid 2010 untuk UNICEF UK di Old Trafford, Manchester, UK. Perlawanan itu disiarkan secara langsung di saluran ITV. Selepas dimasuk menggantikan Gordon Ramsay, Harrelson mengambil sepakan penalti terakhir ketika penentuan penalti susulan seri 2–2 selepas 91 minit. Harrelson menjaringkan penaltinya untuk memberikan kemenangan kepada pasukan "The Rest of the World", mengalahkan England buat pertama kali sejak pertandingan itu bermula. Harrelson juga mengambil bahagian dalam Soccer Aid 2012 pada Mei 27, 2012.

Filem[sunting | sunting sumber]

Filem pertamanya adalah Wildcats pada tahun 1986. Harrelson membintangi bersama Wesley Snipes dalam White Men Can't Jump dan Money Train. Pada tahun 1993, beliau mempunyai peranan dalam Indecent Proposal yang mencapai kejayaan box office, mengutip lebih daripada $265,000,000 di seluruh dunia.[7] Harrelson kemudiannya berlakon sebagai Mickey Knox dalam Natural Born Killers dan Dr. Michael Raynolds dalam The Sunchaser. Pada tahun 1996, beliau membintangi Kingpin bersama-sama Randy Quaid dan Vanessa Angel.

Karier Harrelson mendapat momentum apabila beliau membintangi filem The People vs. Larry Flynt dimana beliau berlakon sebagai Larry Flynt. Filem itu merupakan satu kejayaan dan lakonan Harrelson dicalonkan Anugerah Golden Globe dan Anugerah Akademi untuk Pelakon Lelaki Terbaik. Selepas itu, Harrelson telah diberi watak lebih serius dalam filem. Beliau membintangi dalam filem 1997, Welcome to Sarajevo dan berperanan sebagai Sarjan Schumann dalam Wag the Dog. Pada tahun 1998, Harrelson membintangi filem thriller, Palmetto dan melakonkan watak Sarjan Keck dalam The Thin Red Line, sebuah filem perang yang dicalonkan tujuh Anugerah Akademi pada tahun 1999.

Harrelson juga mempunyai peranan dalam The Hi-Lo Country dan melakonkan watak Ray Pekurny dalam EDtv. Juga pada tahun 1999, beliau muncul sebagai Vince Boudreau dalam Play It to the Bone. Harrelson tidak muncul dalam filem lagi sehingga tahun 2003 apabila beliau membintangi sebagai Galaxia dalam Anger Management. Beliau muncul dalam After the Sunset dan She Hate Me. Pada tahun 2005, Harrelson mempunyai peranan dalam The Big White dan North Country. Juga pada tahun 2005, beliau muncul sebagai Kelly Ryan dalam The Prize Winner of Defiance, Ohio. Harrelson berada dalam dua filem pada tahun 2006, dalam Free Jimmy dan A Scanner Darkly. Pada tahun 2007 beliau melakonkan watak Carter Page III dalam The Walker.

Harrelson pada bulan April 2007

Dalam filem 2007, No Country for Old Men, Harrelson melakonkan watak penting sebagai Carson Wells. Filem ini memenangi Anugerah Akademi untuk Gambar Terbaik dan Pengarah Terbaik. Harrelson juga memenangi Anugerah Screen Actors Guild untuk Barisan Pelakon Terbaik bersama-sam Tommy Lee Jones, Javier Bardem, Josh Brolin dan Kelly Macdonald.

Juga filem yang ditayangkan pada tahun 2007, Battle in Seattle, Harrelson melakonkan satu lagi peranan penting sebagai seorang pegawai polis Seattle. Pada tahun 2008, Harrelson muncul dalam beberapa filem, antaranya ialah Semi-Pro dan Seven Pounds. Pada tahun 2009, Harrelson menerima pujian untuk lakonannya sebagai Kapten Tony Stone dalam The Messenger. Harrelson dicalonkan Anugerah Satelit, Anugerah Independent Spirit, Anugerah Golden Globe, Anugerah Screen Actors Guild dan Anugerah Akademi untuk Pelakon Lelaki Sokongan Terbaik. Harrelson juga memenangi Anugerah Pelakon Lelaki Sokongan Terbaik di majlis anugerah National Board of Review 2009 dan menerima penghargaan daripada pelbagai persatuan pengkritik.

Pada tahun 2009, beliau membintangi dalam filem komedi seram, Zombieland, disusuli dengan filem 2012 dimana beliau berlakon sebagai Charlie Frost. Pada tahun 2010, beliau membintangi dalam Bunraku. Pada tahun 2011, beliau melakonkan watak Tommy dalam Friends with Benefits. Beliau melakonkan watak Haymitch Abernathy dalam filem 2012, The Hunger Games dan menyambung wataknya dalam ketiga-tiga filem seterusnya dalam siri itu.[3]

Pada tahun 2015, Woody Harrelson dan anak perempuannya, Zoe membintangi dalam filem pendek untuk U2, 'Song for Someone.’ Beliau juga akan melakonkan watak bernama "Kolonel" dalam War for the Planet of the Apes, dijadual ditayangkan pada tahun 2017.[8]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1985, Harrelson berkahwin dengan Nancy Simon di Tijuana. Kedua-dua mereka merancang untuk bercerai pada hari berikutnya tetapi kekal berkahwin untuk sepuluh bulan.[9] Pada Disember 28, 2008, Harrelson berkahwin dengan Laura Louie, teman wanitanya sejak tahun 1987. Pasangan itu mempunyai tiga orang anak perempuan, Deni (lahir 1993), Zoe (lahir 1996) dan Makani (lahir 2006).

Filmografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Nota
1986 Wildcats Krushinski
1990 Cool Blue Dustin Terus-ke-video
1990 L.A. Story Bos Harris Kameo
1991 Doc Hollywood Hank Gordon
1991 Ted & Venus Veteran Vietnam Kameo
1992 White Men Can't Jump Billy Hoyle
1993 Indecent Proposal David Murphy
1994 Natural Born Killers Mickey Knox
1994 The Cowboy Way Pepper Lewis
1994 I'll Do Anything Ground Zero Hero
1995 Money Train Charlie
1996 The People vs. Larry Flynt Larry Flynt
1996 Kingpin Roy Munson
1996 The Sunchaser Dr. Michael Reynolds
1997 Wag the Dog Sgt. William Schumann
1997 Welcome to Sarajevo Jordan Flynn
1998 The Thin Red Line Sgt. William Keck
1998 Palmetto Harry Barber
1998 The Hi-Lo Country Big Boy Matson
1999 Play It to the Bone Vince Boudreau
1999 EDtv Ray Pekurny
1999 Austin Powers: The Spy Who Shagged Me Diri sendiri Kameo
1999 Grass Diri sendiri Pencerita
2001 ′′Zoolander′′ Hansel
2003 Anger Management Galaxia/Security Gary
2003 Go Further Diri sendiri Filem dokumentari
2003 Scorched Jason "Woods" Valley
2004 After the Sunset Stanley "Stan" P. Lloyd
2004 She Hate Me Lenald Power
2005 North Country Bill White
2005 The Prize Winner of Defiance, Ohio Leo "Kelly" Ryan
2005 The Big White Raymond "Ray" Barnell
2006 Free Jimmy Roy Arnie Suara
2006 A Scanner Darkly Ernie Luckman
2006 A Prairie Home Companion Dusty
2007 The Walker Carter Page III
2007 No Country for Old Men Carson Wells
2007 Battle in Seattle Dale
2007 The Grand One Eyed Jack Faro
2007 Nanking Robert O. "Bob" Wilson
2008 Semi-Pro Ed Monix
2008 Sleepwalking Randall
2008 Transsiberian Roy
2008 Surfer, Dude Jack Mayweather
2008 Management Jango
2008 Seven Pounds Ezra Turner
2009 The Messenger Kapten Anthony 'Tony' Stone
2009 Defendor Arthur Poppington / Defendor
2009 Zombieland Tallahassee
2009 2012 Charlie Frost
2011 Friends with Benefits Tommy Bollinger
2011 Bunraku The Bartender
2011 Ethos Pencerita Dokumentari
2011 Rampart Dave Brown
2012 The Hunger Games Haymitch Abernathy
2012 Seven Psychopaths Charlie Costello
2013 How to Make Money Selling Drugs Diri sendiri Filem dokumentari
2013 Now You See Me Merritt McKinney
2013 Out of the Furnace Harlan DeGroat
2013 Free Birds Jake Suara
2013 The Hunger Games: Catching Fire Haymitch Abernathy
2014 The Hunger Games: Mockingjay – Part 1 Haymitch Abernathy
2015 The Hunger Games: Mockingjay – Part 2 Haymitch Abernathy
2016 Triple 9 Sarjan Detektif Jeffrey Allen
2016 Now You See Me 2 Merritt McKinney
2016 By Way of Helena Abraham Brant
2016 LBJ Lyndon B. Johnson
2017 War for the Planet of the Apes Kolonel

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Nota
1985–1993 Cheers Woody Boyd 200 episod
1987 Bay Coven Slatergsy Filem
1988 Mickey's 60th Birthday Woody Boyd Filem
1988 Killer Instinct Charlie Long Filem
1989 Dear John Richard Episod: "Love and Marriage"
1989 Saturday Night Live Diri sendiri (hos) Episod: "Woody Harrelson/David Byrne"
1990 Walt Disney's Wonderful World of Color Woody Boyd Episod: "Disneyland's 35th Anniversary Celebration"
1990 Mother Goose Rock 'n' Rhyme Lou the Lamb Filem
1992 Saturday Night Live Diri sendiri (hos) Episod: "Woody Harrelson/Vanessa L. Williams"
1994 The Simpsons Woody Boyd (suara) Episod: "Fear of Flying"
1996 Spin City Tommy Dugan Episod: "Meet Tommy Dugan"
1998 Ellen Henry Episod: "Ellen: A Hollywood Tribute: Part 2"
1999 Frasier Woody Boyd Episod: "The Show Where Woody Shows Up"
2001–2002 Will & Grace Nathan 7 episod
2012 Game Change Steve Schmidt Filem
2013 David Blaine: Real or Magic Diri sendiri Istimewa
2014 True Detective Martin Hart 8 episod; juga penerbit eksekutif
2014 Saturday Night Live Diri sendiri (hos) Episod: "Woody Harrelson/Kendrick Lamar"

Teater[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Nota
1985–86 Biloxi Blues Joseph Wykowski, Roy Selridge (standbys) Teater Neil Simon
1987–88 The Boys Next Door Jack Teater Lamb
1999–2000 The Rainmaker Bill Starbuck Teater Brooks Atkinson
2005–2006 The Night of the Iguana Shannon Teater Lirik London
2012 Bullet for Adolf Pengarah/pengarang drama New World Stages Stage IV

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Tim Cooper (2002-07-19). "Welcome to Woody World | Theatre". Thisislondon.co.uk. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-05-05. Dicapai pada 2013-09-30.
  2. ^ Sipchen, Bob (December 20, 1998). "The Life of Woody". Los Angeles Times.
  3. ^ a b Woody Harrelson di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
  4. ^ a b "Woody Harrelson's Father Dies in Prison". CBS News. Associated Press. March 21, 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-24. Dicapai pada 2015-12-02.
  5. ^ "Dayton Daily News Archive of Past Articles". Dayton Daily News. July 24, 1991.
  6. ^ "Woody Harrelson Emmy Nominated". Emmys.com. Dicapai pada 2013-09-30.
  7. ^ "Indecent Proposal (1993)". Box Office Mojo. 1993-07-06. Dicapai pada 2013-09-30.
  8. ^ "Woody Harrelson to Play Villain in New 'Planet of the Apes' Movie (Exclusive)". The Hollywood Reporter. Dicapai pada October 2, 2015.
  9. ^ "Woody Harrelson". hollywood.com. 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada January 25, 2013. Dicapai pada September 9, 2007. whimsically married in Tijuana in 1985 intending to divorce the following day, but when the couple returned to the storefront marriage/divorce parlor, they found it closed because it was Sunday; marriage lasted 10 months; Harrelson would later tell USA TODAY's Tom Green, "We had to get a summary dissolution through Jacoby and Meyers. I think at the time Neil was a little bit worried I might try to go after her money."

Pautan luar[sunting | sunting sumber]