Pergi ke kandungan

Xantoastrositoma pleomorfik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Xantoastrositoma pleomorfik
Nama lain
PXA
Imbasan CT otak dengan xantoastrositoma pleomorfik
PengkhususanNeuro-onkologi
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Xantoastrositoma pleomorfik (dari bahasa Inggeris: pleomorphic xanthoastrocytoma; PXA) merupakan barah otak yang kerap kali berlaku pada golongan kanak-kanak dan remaja.[1] Di Hospital Kanak-kanak Boston di Massachusetts, Amerika Syarikat, purata umur semasa diagnosis ialah 12 tahun. Xantoastrositoma pleomorfik biasanya muncul di kawasan supratentorial iaitu kawasan di otak yang terletak di atas serebelum tentorium. Ia biasa berlaku secara superfisial di bahagian paling atas di hemisfera serebrum dan leptomeninges. Ia jarang timbul di saraf tunjang.[2]

Tanda dan gejala

[sunting | sunting sumber]

Gejala bagi penghidap penyakit xantoastrositoma pleomorfik boleh dikelaskan secara meluas dengan dua kategori iaitu kategori setempat dan kategori tidak setempat. Gejala xantoastrositoma pleomorfik yang setempat dikaitkan secara langsung dengan neuroanatomi yang terleibat dengan barah. Pada kategori ini kebiasanya, pesakit akan berasa sawan yang kerap. Gejala xantoastrositoma pleomorfik yang tidak setempat pula dikaitkan dengan peningkatan tekanan intrakranium, iaitu pesakit akan sakit kepala, berasa loya dan muntah, kecacatan penglihatan iaitu diplopia (penghlihatan berganda) sertaa rasa mengantuk.[1]

  1. ^ a b Shaikh N; Brahmbhatt N; Kruser TJ; Kam KL; Appin CL; Wadhwani N; Chandler J; Kumthekar P; Lukas RV (2019). "Pleomorphic xanthoastrocytoma: a brief review". CNS Oncol (dalam bahasa Inggeris). 8 (3). doi:10.2217/cns-2019-0009. PMC 6880293. PMID 31535562. Dicapai pada 3 Julai 2023.
  2. ^ "Pleomorphic Xanthoastrocytoma". Boston Children's Hospital.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]