Yayasan Al-Fatiha

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Yayasan Al-Fatiha merupakan sebuah pertubuhan Muslim gay, lesbian, dan transeksual. Pertubuhan ini ditubuhkan pada tahun 1998 oleh Faisal Alam, seorang Pakistan Amerika, dan didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan tidak berasaskan keuntungan di Amerika Syarikat. Melalui internet, pertubuhan ini membawa bersama banyak gay dan lesbian dari negara yang berlainan. [1]

Pada tahun 2001, Al-Muhajiroun, sebuah pertubuhan antarabangsa yang mencari peluang menubuhkan sebuah Khilafah Islam sedunia, mengeluarkan satu fatwa mengumumkan bahawa semua ahli Al-Fatiha adalah murtad dan mengutuk mereka kepada kematian. Disebabkan oleh ancaman pertubuhan konservatif ini, banyak ahli pertubuhan ini memilih untuk merahsiakan nama sebenar mereka untuk melindungi identiti sendiri dan meneruskan tradisi kerahsiaan. [2]

Al-Fatiha mempunyai 14 cawangan di Amerika Syarikat, dan juga pejabat-pejabat di England, Kanada, Sepanyol, Turki, dan Afrika Selatan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Cyber Mecca," The Advocate, March 14, 2000
  2. Tim Herbert, "Queer chronicles", Weekend Australian, October 7, 2006, Qld Review Edition.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]



Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.