Lesbian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Pasangan lesbian di San Francisco Pride 2004.

Lesbian merujuk kepada wanita yang tarikan seksualnya hanya kepada wanita lain. Wanita yang tertarik kepada kedua-dua wanita dan lelaki selalunya dirujuk sebagai biseksual.

Perkataan lesbian berasal dari Lesbos iaitu sebuah pulau terletak di perairan timur Yunani. Psappho, seorang penyajak wanita zaman dahulu yang tinggal di pulau ini, terkenal dengan sajak-sajaknya mengenai cinta. Sappho menulis sajak cinta untuk wanita. Kerana itu namanya dan pulau tempat dia tinggal menyebabkan orang mengaitkan pulau tersebut dengan wanita yang mencintai wanita. Kadangkala lesbian juga dipanggil Sapphis (bahasa Inggeris: Sapphist) sempena nama Sappho.