Pergi ke kandungan

Haneesya Hanee

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Haneesya Hanee
هانيسيا هاني
Kelahiran
Sharifah Haneesya Hanee binti Sayed Sahlan

(2000-02-11) 11 Februari 2000 (umur 26)
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2009–kini
Karya
Filemografi
Ketinggian170 cm (5 ka 7 in)
IbuNor Sakuraneeda
BapaSayed Sahlan
Saudara

Sharifah Haneesya Hanee binti Sayed Sahlan (lahir 11 Februari 2000) ialah seorang pelakon dan model wanita Malaysia.[1][2][3] Beliau bersekolah di SMK Cochrane Jalan Shahband.

Pada usia sembilan tahun, Haneesya memulakan kerjaya lakonan dengan membintangi teater Siti di Alam Fantasi (2009). Seterusnya muncul dalam teater adaptasi komik karya Lat Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal yang berlangsung di Istana Budaya pada Mac 2011, di mana Haneesya berlakon bersama Awie, Jalil Hamid, Rahim Razali dan Douglas Lim.

Pada tahun 2018, beliau mencapai kemashyuran dalam bidang lakonan menerusi drama adaptsi novel karya Maya Adira, Cik Reen & Encik Ngok Ngek lakonan Farah Nabilah dan Fikry Ibrahim, memegang watak sebagai Zaza.

Beliau terpilih sebagai salah seorang peserta Dewi Remaja 2018/19 dan bergelar juara sekaligus menewaskan finalis lain, termasuk Zeera Azizi, Anna Jobling, Arena Wan & Aween Ismail.

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Menurut laman web rasmi Dewi Remaja, Haneesya menghidap penyakit disleksia, skoliosis dan talasemia.

Selain itu, beliau juga mengalami masalah pembelajaran dan pernah dibuli dan diejek rakan kerana warna kulitnya. Ketika berusia sembilan tahun, beliau hampir berputus asa dengan dunia seni yang seolah memandang rendah kredibilitinya hanya kerana beliau berkulit gelap. Haneesya juga menjadikan pelakon senior Nabila Huda sebagai idolanya dalam bidang lakonan.[4]

Kontroversi

[sunting | sunting sumber]

Pada awal tahun 2018, beliau menjadi tular di laman Twitter kerana memuat naik status yang menyeru agar semua bangsa Melayu berhenti meletakkan tanggapan kononnya wanita cantik hanyalah mereka yang berkulit putih. Meskipun dikecam segelintir warganet, namun doktor viral, Dr. Amalina Bakri tampil menyatakan sokongan terhadapnya dengan menegaskan, "Setiap individu cantik dengan caranya yang tersendiri".

Nama Haneesya Hanee menjadi bualan warganet apabila rakaman video beliau berpesta liar menjadi tular di media sosial.[5] Akibat insiden itu, mahkota kemenangan Dewi Remaja beliau ditarik balik, tiga hari selepas diumumkan sebagai pemenang.[6]

Filemografi

[sunting | sunting sumber]

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2018/2019 Dewi Remaja Juara (Ditarik balik)
2019 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 Artis Baru Wanita Popular Menang
2025 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-37 Aktres Pembantu TV Popular Tercalon
  1. https://web.archive.org/web/20181006203934/http://www.utusan.com.my/hiburan/selebriti/haneesya-pernah-makan-hati-1.756661
  2. Tahir Alhamzah (17 Januari 2019). "#Showbiz: Haneesya stripped off Dewi Remaja title". New Straits Times. Dicapai pada 20 Januari 2019.
  3. "Gelaran Dewi Remaja Haneesya Hanee ditarik balik". Sinar Harian. 17 Januari 2019. Dicapai pada 20 Januari 2019.
  4. Sudirman Mohd Tahir (23 Januari 2019). "Haneesya mahu dekati masyarakat". Harian Metro. Dicapai pada 14 Februari 2019.
  5. Nur Asyikin Mayudin (17 Januari 2019). "Pesta arak... Haneesya Hanee mengaku salah, gelaran Dewi Remaja dilucutkan". mStar Online. Dicapai pada 12 Februari 2019.
  6. Zaidi Mohamad (17 Januari 2019). "Haneesya akur hilang gelaran Dewi Remaja". Berita Harian. Dicapai pada 12 Februari 2019.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
Anugerah dan pencapaian
Didahului oleh
Raysha Rizrose
Dewi Remaja
2018/2019
Diikuti oleh:
Shaza Bae