Zaleha Kamaruddin
Prof Dato' Sri Dr Zaleha Kamaruddin merupakan Rektor ke-lima Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dari 11 Ogos 2011 hingga 2018. Sebelum ini beliau adalah Timbalan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia.
Beliau dilahirkan di Raub,Pahang.
Perlantikan beliau sebagai sangat bersejarah bagi kaum wanita Malaysia.
Pendidikan
[sunting | sunting sumber]Zaleha berkelulusan Ijazah Kedoktoran (Undang-Undang) dari Universiti London pernah menjadi Dekan Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim di UIAM.
Beliau berkhidmat di IKIM selama dua tahun secara pinjaman berkuatkuasa 2 Ogos 2009 hingga 1 Ogos lalu menggantikan Datuk Nik Mustapha Nik Hassan yang dilantik Ketua Pengarah IKIM.
Kerjaya bermula sebagai Penolong Pensyarah di Kuliyyah Undang-Undang UIAM pada tahun 1985 dan kemudian dilantik sebagai Pensyarah di Kuliyyah yang sama pada tahun 1988.Beliau pernah menjadi Timbalan Dekan Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Timbalan dekan Pusat Penyelidikan UIAM.
Rektor UIAM
[sunting | sunting sumber]Prof Dr Zaleha dilantik menggantikan Datuk Seri Prof Syed Arabi Idid yang tamat sebagai Rektor UIAM pada 1 Jun 2011.
Hasil penyelidikan
[sunting | sunting sumber]Beliau banyak menghasilkan buku, artikel dan penyelidikan berkaitan undang-undang dan juga memberi khidmat perundingan kepada kementerian, jabatan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).[1]
Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Terengganu
[sunting | sunting sumber]Beliau telah dilantik sebagai wanita pertama sebagai Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Terengganu pada 16 Oktober 2017.[2]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Zaleha Kamaruddin dilantik Rektor UIAM
- ^ Rektor UIAM dilantik Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Berita Harian 16 Oktober 2017