Ürümqi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ürümqi
乌鲁木齐
ئۈرۈمچی
Bandar raya
乌鲁木齐市
Uyghur transcription(s)
 • Uyghur Ereb Yéziqi ئۈرۈمچی
 • Uyghur Latin Yéziqi Ürümchi
 • Yengi Yeziķ Ürümqi
 • sebutan IPA [yrymˈtʃɨ]
 • Turki Urumçi
Cina transcription(s)
 • Tulisan Cina Ringkas 乌鲁木齐
 • Tulisan Cina Tradisional 烏魯木齊
 • Pinyin Wūlǔmùqí
Dari atas: Pemandangan panorama pusat perniagaan Ürümqi, Gunung Merah (Hong Shan), Pasar Malam Ürümqi, pemandangan Tian Shan dari Ürümqi
Ürümqi yang terletak di China
Ürümqi

Lokasi di China

Koordinat: 43°48′U 87°35′T / 43.8°U 87.583°T / 43.8; 87.583
Negara Bendera China China
Kawasan Autonomi Xinjiang
Bahagian peringkat daerah 8
Kerajaan
 • Setiausaha Jawatankuasa Parti Komunis China Li Zhi (栗智)
 • Datuk Bandar Jila Isamuddin (timbalan)
Keluasan
 • Jumlah 10,989 km2 (4,243 sq mi)
Populasi (2005)
 • Jumlah 2,681,834
 • Kepadatan 240/km2 (630/sq mi)
Zon waktu Waktu Piawai China (UTC+8)
Poskod 830000
Kod kawasan 991
Awalan nombor pendaftaran 新A
KDNK (2008) CNY 102 bilion
 - per kapita CNY 43,211
ISO 3166-2 CN-65-01

Urumchi atau Ürümqi (disebut "u-rum-ci" bahasa Uyghur: ئۈرۈمچی‎, Ürümchi; Cina Ringkas: 乌鲁木齐; Cina Tradisional: 烏魯木齊; pinyin: Wūlǔmùqí) adalah pusat pentadbiran wilayah autonomi Xinjiang yang terletak di barat laut Republik Rakyat China.

Dengan penduduk bandar lebih 2.3 juta penduduk, Ürümqi, bermaksud "padang ragut cantik", merupakan bandar terbesar di pedalaman barat laut China. Sejak 1990-an Urumqi telah berkembang dari segi ekonomi menjadi pusat komersial. Urumqi berpenduduk majoriti Cina Han, dengan minoriti terbesar ialah kelompok etnik Turkik yang terdiri daripada etnik Uyghur dan etnik Kazakh dengan kumpulan China etnik Hui.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

2000 tahun lalu, Ürümqi merupakan bandar penting di laluan utara Laluan Sutera, satu jaringan luas laluan perdagangan yang memudahkan pertukaran kebudayaan sepanjang benua Eurasia. Tahun ke-22 pemerintahan Maharaja Taizong pada zaman Dinasti Tang, iaitu tahun 648 M, kerajaan menubuhkan bandar Luntai di kota purba Urabo, 10 kilometer daripada pinggir bandar selatan masa kini Ürümqi. Tapak purba bandar Luntai menjadi kerajaan tempatan. Kerajaan mengenakan cukai-cukai , yang telah dikutip daripada karavan-karavan sepanjang laluan utara Laluan Sutera. Sewaktu pemerintahan Dinasti Qing (1763), Maharaja Qianlong menamakan bandar ini sebagai Luntai "Dihua" (Bahasa Cina: 迪化; pinyin: Díhuà; Bahasa Manchu: Wen de dahabure fu), makna "penjelasan." Pada 1884, Emperor Guang Xu menubuhkan kota Xinjiang sebagai satu Provinsi, dengan Di Hua sebagai ibu negerinya. Ekoran penubuhan Republik Rakyat China, pada Februari 1, 1954, bandar raya ini telah dinamakan semula sebagai Ürümqi, bermakna "padang ragut cantik" dalam Bahasa Mongolia Kaum Junggar .

Rusuhan 2009[sunting | sunting sumber]

Demografi[sunting | sunting sumber]

Menurut banci 2000, bandar raya Ürümqi mempunyai 2,081,834 orang penduduk, dengan kepadatan penduduk 174.53 orang penduduk / km². Penduduk terdiri daripada 75.3% berketurunan Cina Han, 12.8% berketurunan Uyghur, 8.0% berketurunan Hui dan 2.3% berketurunan Kazakh dan Kyrgyz.

Bahagian-bahagian pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Bahagian-bahagian Ürümqi[sunting | sunting sumber]

Ürümqi kini terdiri daripada lapan pentadbiran bahagian, iaitu 7 kawasan dan 1 daerah:

Subdivisions of Ürümqi-China.png Subdivisi Penduduk Keluasan
Nama Hanzi Uyghur as of 2002 km²
Bandar Raya Ürümqi
Xinshi-qu 新市区 يېڭىشەھەر رايونى‎ 360,000 142
Shuimogou-qu 水磨沟区 شۇيموگۇ رايونى 150,000 91
Tianshan-qu 天山区 تڭرىتاغ رايونى 450,000 171
Saybagh-qu 沙依巴克区 سايباغ رايونى‎ 440,000 422
Pinggir Bandar Ürümqi
Midong-qu 米东区 100,000 244
Toutunhe-qu 头屯河区 تۇدۇڭخابا رايونى 130,000 276
Dabancheng-qu 达坂城区 داۋانچىڭ رايونى 40,000 5,042
Ürümqi-xian 乌鲁木齐县 ئۈرۈمچى ناھىيىسى 80,000 4,601

Geografi dan iklim[sunting | sunting sumber]

Bandar terbesar di barat Republik Rakyat China, Ürümqi telah dimasukkan dalam Buku Rekod Guinness sebagai bandar raya paling jauh daripada sebarang laut di dunia. Ia kira-kira 1,400 batu (2,500 km) daripada garis pantai terdekat. Bandar raya ini mempunyai berkeluasan 10,989 km². Aras purata tinggi adalah 800 meter dari aras laut.

Ürümqi terletak dalam kawasan beriklim steppe kebenuaan yang mengalami musim panas yang berbahang dan kering, dengan suhu purata pada Julai pada 24 °C (75 °F) serta musim sejuk yang lembap dengan suhu purata pada Januari pada -16 °C (3 °F). Suhu purata tahunan bersamaan 5.4 °C (41.7 °F), dan pemendakan tahunan itu adalah kira-kira 273 mm.

Carta iklim untuk Urumqi
J F M A M J J O S O N D
 
 
8
 
-8
-18
 
 
8
 
-6
-16
 
 
18
 
4
-5
 
 
29
 
17
5
 
 
28
 
24
12
 
 
36
 
29
17
 
 
20
 
31
19
 
 
16
 
30
18
 
 
24
 
24
12
 
 
22
 
14
3
 
 
17
 
2
-6
 
 
10
 
-6
-14
Suhu purata dalam °C
Jumlah hujan dalam mm
Sumber: World Weather Information Service

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Jambatan-jambatan jalan keliling luar dalam Urumqi waktu malam

Ürümqi adalah pusat industri utama di Xinjiang. Ürümqi, bersama dengan Karamay dan Bayin'gholin, ira-kira 64.5% jumlah pengeluaran perindustrian bagi Xinjiang. Ürümqi adalah juga pusat pengguna terbesar serantau, Kitra-kira ¥41.9 bilion jualan runcit barang-barang pengguna pada 2008, Peningkatan 26% daripada 2007. KDNK per kapita berjumlah US$6,222 pada 2008 [1]. Menurut perangkaan, Urumqi mendapat tempat ketujuh pada 2008 oleh pendapatan boleh guna penduduk-penduduk bandar antara bandar di China.[12]

Panorama separa Urumqi pada senja hari, April 2008

Pameran Perdagangan Urumqi (Cina: 乌洽会) telah diadakan setiap tahun semenjak 1991. Tujuannya ialah bagi menggalakkan pasaran tempatan dan asing. Pesta yang ke-17 telah menarik para peserta daripada Kementerian Perdagangan dan China untuk Mempromosikan Perdagangan Antarabangsa.[13]

Sebagai pusat ekonomi, Urumqi telah mengembangkan kawasan bandarnya sejak 1990-an.CBD di bandar raya bertambah dengan pesat di sekeliling daerah utama. Plaza Zhong Tian, terletak di Xinhua Road, adalah bangunan paling tinggi di Urumqi dan Xinjiang; dengan ketinggian 229 meter, ia juga paling tinggi di Barat laut China dan Asia Tengah. Bandar raya itu membina satu jalan keliling luar (外环路) pada 2003, yang sangat memudahkan pengangkutan. Jalan Zhongshan (Sun Yat-sen Jalan, Cina: 中山路) di Urumqi paling terkenal di Republik Rakyat China semenjak 2005 . Selainnya adalah Wangfujing, dan sebagainya. Jalan kawasan dagangan bagi Zhongshan Road terkenal dengan komputer, telefon bimbit dan barangan elektronik .Antaranya ialah Baihuacun, Ccyber Digital Plaza dan Fountain Plaza, diXinjiang Negeri Bebas Uyghur; ia dipercayai menjadi tumpuan utama produk-produk teknologi di Urumqi.

Pelancongan[sunting | sunting sumber]

  • Pasar Besar Antarabangsa Xinjiang (Bahasa Cina: 新疆国际大巴扎, bahasa Uyghur: شىنجاڭ خەلقئارا چوڭ بازىرى) adalah sebuah pasar Islam yang terletak di Jalan Jiefang Nan (解放南路). Pasar ini adalah salah sebuah tarikan pelancongan paling menarik di kota Urumqi dan seluruh wilayah Xinjiang.
  • Gunung Hong Shan (红山) adalah tempat indah simbolik Urumqi, terletak di Taman Hong Shan.
  • Glasier No.1 (一号冰川), asal Sungai Urumqi , adalah glasier terbesar terletak berdekatan sebuah bandar di China.
  • Dataran Rakyat (人民广场)
  • Dataran Nanhu (南湖广场)
  • Muzium Wilayah Autonomi Xinjiang Uygur (新疆维吾尔自治区博物馆)
  • Mata Air Panas Shuimugou (水磨沟温泉) terletak 5 km timur laut Urumqi.
  • Muzium Sutera Xinjiang (新疆丝绸之路博物馆)[1] terletak betul-betul di sebelah Grand Bazaar di No.160 Jalan Shengli.
  • Pasar Erdaoqiao (二道桥市场) adalah suatu tempat di mana anda dapat melihat banyak barang keluaran tempatan oleh minoriti itu. Pemilik-pemilik gerai benar-benar berpakaian kostum Uighur. Kadangkala mereka tak jual apa-apa kepada pelancong, sebaliknya mengajak para pelancong menari bersama.[2]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Urumqi mempunyai banyak kampus pendidikan termasuk Universiti Xinjiang, Universiti Normal Xinjiang, Universiti Pertanian Xinjiang, Universiti Perubatan Xinjiang dan lain-lain.

Universiti[sunting | sunting sumber]

  • Universiti Xinjiang (新疆大学)
  • Universiti Perubatan Xinjiang (新疆医科大学)
  • Universiti Normal Xinjiang (新疆师范大学)
  • Universiti Pertanian Xinjiang (新疆农业大学)
  • Institut Kesenian Xinjiang (新疆艺术学院)
  • Universiti Kewangan & Ekonomi Xinjiang (新疆财经大学)


Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Udara[sunting | sunting sumber]

Ürümqi mempunyai Lapangan Terbanga Antarabangsa Ürümqi Diwopu yang merupakan satu daripada lima buah lapangan terbang utama di Republik Rakyat China, dan juga sebuah hab penerbangan China Southern Airlines dan juga pusat operasi syarikat penerbangan baru untuk China Central Airlines pada lewat 2010.

Kereta api[sunting | sunting sumber]

  • Sebatang landasan kereta api menghubungi bandar raya itu pergi ke Kashgar (barat daya)
  • Ürümqi juga ada sebuah stesen perhentian landasan kereta api Beijing-Almaty (Kazakhstan) yang melalui bandar Dostyk, Kazakhstan. Pada 2008, wujudnya cadangan untuk membina lebih landasan terus ke Almaty.

Jalan raya[sunting | sunting sumber]

Media[sunting | sunting sumber]

Syarikat Xinjiang Networking Transmission Limited mengendali khidmat radio Stesen Penyiaran Rakyat Urumqi dan Stesen Penyiaran Rakyat Xinjiang, bersiaran dalam bahasa-bahsa Mandarin, Uyghur, Kazakh, Mongolia, Rusia dan Kyrgyz.

Stesen Televisyen Xinjiang (XJTV) yang terletak di Urumqi, merupakan stesen TV utama di wilayah Xinjiang. Stesen televiysen utama bagi kota Urumqi ialah Stesen Televisyen Urumqi (UTV).

Sukan[sunting | sunting sumber]

Bandar kembar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 43°48′U 87°35′T / 43.8°U 87.583°T / 43.8; 87.583