Bishkek

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Koordinat: 42°52′29″N 74°36′44″E / 42.87472°U 74.61222°T / 42.87472; 74.61222

Bishkek
Бишкек
Bishkek cityscape
Bishkek cityscape
Mohor rasmi bagi Bishkek
Mohor rasmi
Founded 1878
Kerajaan
 - Mayor Arstanbek Nogoev
Kepadatan (2005)
 - Jumlah 900,000

Bishkek ialah ibu negara dan bandar terbesar negara Kyrgyzstan . Penduduknya 900,000 orang pada 2005.

Ditubuhkan pada 1878 sebagai kubu Rusia Piskpek. Dari 1926 hingga 1991 dikenali dengan nama Frunze sempena nama panglima Bolshevik , Mikhail Funze.

Bishkek terletak di koordinat 42°52′29″U, 74°36′44″T.


Fail:Bishek place minor.jpg
A small square in Bishkek, near the main square

.

Terletak pada altitud 800 m berhampiran dengan banjaran gunung Tien Shan . Tumbuhan semulajadinya ialah steppe . Berjiran dengan negara Kazakhstan . Sungai Chui mengairi kawasan ini. Bishkek berhubung dengan Turkestan melalui landasan kereta api Siberia.

Kebanyakan bangunannya mendapat sentuhan senibina gaya Soviet Rusia.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarawan menyatakan asalnya menjadi tempat persinggahan kafilah - kafilah yang melalui Laluan Sutera yang melalui banjaran Tien Shan . Mulanya dikenali sebagai Sogdians. Pada 1825 lokasi ini menjadi kubu oleh Uzbek khan dari Kokhand. Mereka mendirikan kubu dari lumpur.

Pada 1862 , dikuasai oleh pemerintahan Tzar di Rusia. Kemudian menjadi kubu pertahanan utama Rusia dan dinamakan 'Pishpek' sejak 1877. Kerajaan Rusia telah memberi tanah-tanah subur berwarna hitam kepada orang Rusia. Pada 1926, bandar raya ini menjadi ibu negara baru bagi Kyrgyzstan oleh USSR. Kemudian dinamakan sebagai Frunze sempena nama sahabat baik Lenin, Mikhail Frunze yang dilahirkan di Bishkek. Beliau memainkan perana penting dalam Perang saudara Rusia pada awal 1920-an.

Berikutan pepecahan Rusia pada 1991, Kyrgyzstan turut menuntut kemerdekaan dan bandar raya ini dinamakan semula sebagai Bishkek. Kini bandar ini telah dibangunkan dengan bangunan, restoran , kafe-kafe dan jalan rayanya dipenuhi dengan kereta buatan Jepun.Ia menjadi pusat kewangan negara kerana terdapat 21 buah bank di sini. Di sini juga terdapat sekolah latihan penerbangan. Salah seorang pelatihnya ialah Hosni Mubarak yang kemudian menjadi Presiden Mesir.

Pada 2002 , Amerika Syarikat mendapat hak menggunakan Lapangan Terbang Antarabangsa Manas sebagai pangkalan untuk menyerang Afghanistan dan Iraq. Lapangan terbang ini sempena nama Manas yang menjadi wira Kyrgyzstan yang terkenal.

Tempat menarik[sunting | sunting sumber]

Bishkek menjadi bandar raya yang cantik pada musim panas kerana seluruh tempat dipenuhi dengan bunga berwarna-warni. Di sini terdapat beberapa tapak pra sejarah , Greco-Buddha , Nestorian , khanates dan kesan penjajahan Rusia.

  • Banjaran gunung ala-too , 40 km dari Bishkek. Terdapat Taman Negara Archa , hanya 30-45 minit perjalanan.
  • Muzium Sejarah
  • Muzium Sastera dan Keseniaan - banyak kraftangan Kyrgyzstan dipamerkan.
  • Patung Ivan Panfilov
  • Patung penunggang kuda Mikhail Frunze berhampiran stesen kereta api.
  • Stesen kereta api yang dibina pada 1946 .
  • Bangunan pentadbiran 'Rumah Putih' yang menjadi bekas Parti Komunis Kyrgyzstan.
  • Di Dataran Ala-Too dipersembahkan perbarisan kawad di hadapan tugu peringatan.


Bandar kembar[sunting | sunting sumber]