1 Litre of Tears
| Sila bantu memperbaiki rencana atau bahagian ini dengan mengembangnya. Maklumat selanjutnya dapat ditemui di Laman Perbincangan atau di permintaan untuk pengembangan. (January 2007) |
| 1 Litre of Tears | |
Muka depan DVD |
|
| Genre | Tragedi, drama, sekolah, percintaan |
|---|---|
| Dibintangi | Erika Sawajiri Hiroko Yakushimaru Ryō Nishikido Takanori Jinnai |
| Lagu tema penutup | Only Human |
| Negara asal | |
| Bahasa | Bahasa Jepun |
| Bilangan episod | 11 (Senarai episod) |
| Penerbitan | |
| Penerbit | Satoko Kashikawa |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | Fuji Television |
| Siaran asal | 11 Oktober 2005 – 20 Disember 2005 |
1 Litre no Namida (1リットルの涙 Ichi Rittoru no Namida?, lit. "1 Litre of Tears"; juga dikenali sebagai A Diary with Tears atau A Diary of Tears) merupakan drama TV Jepun untuk Fuji Television mengenai sebuah kisah benar seorang gadis yang menghidap penyakit serius ketika berusia 15 tahun dan terpaksa berperang dengan penyakitnya selama 10 tahun sebelum mati pada usia 25 tahun.
Drama ini merupakan adaptasi dari diari yang ditulis oleh gadis Jepun bernama Aya Kitō yang menghidap penyakit ataksia spinoserebelar. Beliau bermula menulis diari apabila dicadangkan oleh doktornya dan terus menulis sehingga beliau tidak mampu lagi memegang pen. Diari tersebut telah diter bitkan. Diari yang diberi nama 1 Litre no Namida itu diterbitkan sejurus selepas kematian Aya.
Isi kandungan |
[sunting] Sinopsis
Drama ini merupakan kisah sebenar Aya yang berusia 15 tahun yang menghidap penyakit ataksia spinoserebelar dan meneruskan kehidupannya sehingga berusia 25 tahun. Skrip drama ini diambil dari catatan diari Aya yang ditulis sepanjang berperang dengan penyakitnya sehinggalah beliau gagal memegang pen.
Drama ini dimulakan dengan kehidupan baru Aya sewaktu melangkah ke semester baru. Dalam kegembiraannya, beliau mula mendapat beberapa kesukaran secara fizikal yang mana hanya disedari oleh ibunya. Walau bagaimanapun, suatu hari, beliau jatuh rebah di atas lantai dan ketika itulah, penyakitnya mula dikesan.
Kehidupan cinta pertamanya bersama Yuji musnah apabila Yuji seakan-akan tidak dapat menerima kenyataan bahawa kekasihnya cacat. Akibat herdikan rakan-rakan sekeliling, Yuji membuat keputusan untuk memutuskan hubungannya dengan Aya. Aya meneruskan kehidupannya dan bermulalah tarikannya kepada rakan sekelasnya yang pendiam tetapi mengambil berat akan dirinya, Haruto. Haruto terus-menerus memberi galakan kepada Aya untuk terus berjuang dan dalam diam, mereka berdua menyimpan perasaan terhadap satu sama lain. Percintaan mereka dihalang oleh ayah Haruto yang juga seorang doktor di hospital tempat Aya mendapatkan rawatan.
[sunting] Reaksi
Para penonton memberikan dua reaksi berbeza. Sesetengah peminat mendapati bahawa drama ini cukup menyentuh perasaan mereka dan secara melawak menyatakan mereka telah menangis 1 liter air mata ("1 litre of tears")ketika menonton drama ini .
Sekumpulan penonton lain pula mengkritik drama ini kerana unsure romantik dalam drama ini tidak membabitkan adengan Aya dan Haruto bercium, memeluk antara satu sama lain, memegang tangan atau lain-lain adengan yang dikira boleh membangkitkan rasa romantik di kalangan penonton. Terdapat spekulasi menyatakan produser sengaja tidak menyelit adengan-adengan sebegitu untuk menonjolkan sikap dingin Haruto dan Aya yang tidak mempunyai pengalaman dalam percintaan yang romantik.
[sunting] Episod khas
Pada 5 April 2007, Fuji Television telah menyiarkan tiga jam khas siri untuk menceritakan kisah setengah tahun selepas pemergian Aya dengan memfokuskan kepada watak Haruto Asō yang telah menjadi seorang doctor di hospital yang sama tempat Aya mendapatkan rawatan dan juga Ako Ikeuchi iaitu adik Aya yang menjadi jururawat terlatih. Haruto bertemu dengan seorang pesakit yang berusia 14 tahun. Gadis itu sentiasa dibuli di sekolah dan mencederakan dirinya. Ia membuatkan Haruto mengenang kepayahan Aya berperang dengan penyakitkan dan hidup dalam keadaan dirinya yang kurang sempurna. Ini telah membantu Haruto agar memberi keyakinan dan galakan kepada pesakitnya itu.[1]
[sunting] Pelakon
- Erika Sawajiri - Aya Ikeuchi
- Hiroko Yakushimaru - Shioka Ikeuchi (Aya's mother)
- Ryō Nishikido - Haruto Asō (Aya's later love interest and her lover)
- Takanori Jinnai - Mizuo Ikeuchi (Aya's father)
- Riko Narumi - Ako Ikeuchi (Aya's little sister)
- Naohito Fujiki - Hiroshi Mizuno (Doctor)
- Saori Koide - Mari Sugiura (One of Aya's best friends)
- Yuma Sanada - Hiroki Ikeuchi (Aya's little brother)
- Ani Miyoshi - Rika Ikeuchi (Aya's youngest sister)
- Kenichi Matsuyama - Yuji Kawamoto (Aya's first love interest)
- Kana Matsumoto - Saki Matsumura
- Momosuke Mizutani - Kohei Onda
- Ryo Hashidume - Keita Nakahara
- Hiroshi Katsuno - Yoshifumi Asō (Haruto's father)
- Asae Onishi (大西麻恵?) - Asumi Oikawa (Aya's roommate when she was in disability school. She has the same disease as Aya)
- Yuuki Sato - Keisuke Asō (Haruto's brother)
- Maya Hamaoka - Kikue Oikawa
- Kazuko Katō (かとうかずこ?) - Madoka Fujimura
- Toshihide Tonesaku - Kiichi Takano (One of the volunteers at the disability who later gets married to the head teacher of the disability school)
- Shigeyuki Satō - Nishino (Home room teacher of Aya when she was still in the normal high school)
[sunting] Trivia
Indonesian Production House SinemArt's[2] drama, titled Buku Harian Nayla[3] (Nayla's Diary), telah dituduh menbuat memceduk idea dari drama 1 Litre of Tears. Siri Indonesia ini telah menukar nama "Aya" kepada "Nayla" (Chelsea Olivia) dan Moses (Ralph Glenn Alinskie) sebagai ganti Haruto. Siri ini telah disiarkan di RCTI sebagai siri khas hari Natal. Perbezaan kedua-dua siri ini telah menjadi perbincangan hebat dikalangan penonton.[4]. Siri Indonesia ini telah ditulis oleh Serena Luna (atau adakala menggunakan nama Chevyra Edenia).
Peminat 1 Litre no Namida di Indonesia telah membuat laporan kepada Fuji TV dan media massa Indonesia. Apa yang dikesali adalah RCTI gagal mengkreditkan nama Fuji TV dan 1 Litre of Tears, sebagai asal kepada siri Indonesia ini dan menyatakan siri ini hanya rekaan semata-mata dan persamaan nama, watak, tempat dan masa adalah tidak disengajakan.
[sunting] Penyiar
[sunting] Jepun
Masa siaran: 11 Oktober 2005—20 Disember, 2005
Lagu tema: Only Human oleh K
Konayuki (粉雪?) dan Sangatsu Kokonoka (3月9日?) oleh Remioromen
[sunting] Hong Kong
Masa siaran: 15 Oktober—30 Disember, 2006
Lagi tema: Stubborn (固執) oleh Jason Chan (TV)
Xiang Ai Bu Xiang Ai (想愛不相愛) oleh Ivana Wong (Movie)
[sunting] Indonesia
Masa siaran: 4 Mei, 2007—18 Mei, 2007
Lagu teman: Only Human dari K
Konayuki (粉雪?) dan Sangatsu Kokonoka (3月9日?) oleh Remioromen
[sunting] Taiwan
Masa siaran: 2 Julai, 2007—18 Julai, 2007
Lagu tema: Only Human oleh K
Konayuki (粉雪?) dan Sangatsu Kokonoka (3月9日?) oleh Remioromen
[sunting] Malaysia
Masa siaran: 4 Ogos, 2007 —20 Oktober, 2007
Lagu tema: Only Human oleh K
Konayuki (粉雪, Konayuki?) dan Sangatsu Kokonoka (3月9日, Sangatsu Kokonoka?) oleh Remioromen