Jason Chan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jason Chan
Chan Chi-san pada 2014
Nama Cina陳智燊 (Tradisional)
Nama Cina陈智燊 (Ringkas)
PinyinChén Zhìshēn (Mandarin)
JyutpingCan4 Zi3 San1 (Kantonis)
KeturunanHakka
AsalHong Kong
Lahir (1977-12-12) 12 Disember 1977 (umur 46)
United Kingdom
Pekerjaanpelakon, penyampai
Tahun aktif2004–kini

Jason Chan Chi-san (dilahirkan pada 12 DIsember 1977) ialah seorang pelakon dan penyampai TV Hong Kong kelahiran British. Dia pertama kali memperoleh pengiktirafan kerana mengacara pelbagai jenis dokumentari TV berbahasa Inggeris Pearl, dan dikenali kerana kefasihannya dalam lima bahasa: bahasa Inggeris, Kantonis, Mandarin, bahasa Perancis dan bahasa Latin.


Kehidupan dan karier[sunting | sunting sumber]

Chan dilahirkan di London dalam sebuah keluarga Hakka. Dia adalah anak kedua daripada empat orang anak. Abang sulungnya ialah seorang doktor gigi dan adik bongsunya masih menuntut di universiti. Di UK, keluarga Chan mengendalikan sebuah restoran Cina. Chan menghadiri sekolah rendah yang sama dihadiri pelakon Harry Potter, Daniel Radcliffe, iaitu Sussex House di London, sebuah sekolah bebas bagi budak lelaki. Chan mendakwa bahawa jatuh cinta buat kali pertama ketika berumur 21 tahun. Chan menerima ijazah sarjana muda dalam kesusasteraan Cina Purba dan Moden di School of Oriental and African Studies, dan ijazah sarjana dalam ekonomik di University of London.[1] Setelah tamat pengajian, Chan bekerja pada jawatan pengurusan di sebuah hospital, tetapi berhenti bekerja tidak lama kemudian stelah mengambil keputusan untuk menceburi karier hiburan di Hong Kong. Pada tahun pertamanya di Hong Kong, Chan bekerja sebagai tutor bahasa Inggeris di sekolah persediaan ibu saudaranya. Pada tahun 2004, Chan menyertai TVB dan lulus dari Kelas Latihan Artis TVB ke-20 pada 2006, kemudiannya menandatangi kontrak pengurusan dengan syarikat itu. Selama beberapa tahun, Chan mengacara banyak dokumentari TV di Pearl dan menjadi wartawan berita di TVB Entertainment News, serentak dengan itu menjalani penggambaran bagi drama TV TVB dalam watak sampingan. Pada tahun 2010, Chan ditawarkan dengan watak besar yang pertamanya dalam sitkom, Be Home for Dinner (2011). Pada tahun 2012, dia diberi watak utama pertamanya dalam drama Missing You.

Sejak 2009, dia dikhabarkan berpacaran dengan pemenang Ratu Cantik Antarabangsa China 2007 Sarah Song, yang tinggal di menara berbeza dalam kompleks kediaman yang sama. Pada 10 Ogos 2014, Sarah menampilkan foto dirinya dan Chan. Kedua-duanya makan malam bersama bagi meraikan hari lahir Sarah yang ke-29. Di dalam foto itu, pasangan manis itu sedang tersenyum gembira dengan bekas peserta Ratu Cantik Antarabangsa China itu memeluk bahu Chan dengan tangannya.

Fail:Jason chan - sarah song.jpg
Jason Chan bersama Sarah Song dalam satu makan malam.

Sarah meletakkan keterangan gambarnya yang mengatakan, "Terima kasih kerana hari lahir lain. Hari lahir yang lebih menakjubkan akan datang...namun harap-harap tidak berkedut."


Tampilan ini kemudian dianggap oleh khalayak ramai sebagai kepastian Sarah bahawa pada hakikatnya dia mempunyai hubungan istimewa dengan Chan.

Kerjaya penyampaian[sunting | sunting sumber]

Filmografi[sunting | sunting sumber]

Filem
Judul Tahun Watak Catatan
L for Love L for Lies 2008 Alex
Love is the Only Answer 2011 Jason
Love Is Love: Sunshine - It's Me Again 2015 Evan Toh Telemovie MediaCorp
Drama TV
Judul Tahun Watak Catatan
Bar Bender 2006 Gangster
At Home With Love 2006 Peguambela Lam
Maidens' Vow 2006 Rakan / pekerja Wang Yuk-lun Episod 11
Heavenly In-Laws 2007 Tambahan
The Drive of Life 2007 Jorden Keung Hoi
The Price of Greed 2008 Tambahan
Forensic Heroes II 2008 Wong Wing-man (Man)
Pages of Treasures 2008 Patrick Lui Shu-pui
Burning Flame III 2009 Alan
You're Hired 2009 Shek
Beyond the Realm of Conscience 2009 Dawgut Boonma
Don Juan DeMercado 2010 Penyumbaleweng kacak
OL Supreme 2010 Tony
Fly with Me 2010 Doktor ER
The Mysteries of Love 2010 Joe Kong Yiu-cho
Some Day 2010 Lucas Au Chin-cheung
Every Move You Make 2010 Anthony Ho Wing-kwong
No Regrets 2010 Henry
Links to Temptation 2010 Ming
Dropping By Cloud Nine 2011 Tom Episod 7: "Love Transfer"
Pencalonan — Anugerah Ulangtahun TVB bagi Artis Lelaki Paling Meningkat (Top 5)
The Rippling Blossom 2011 Staf perasa
Only You 2011 Nick Pencalonan — Anugerah Ulangtahun TVB bagi Artis Lelaki Paling Meningkat (Top 5)
Be Home for Dinner 2011 Sam Chung Sze-hon Pencalonan — Anugerah Ulangtahun TVB bagi Artis Lelaki Paling Meningkat (Top 5)
Pencalonan — TVB Anniversary Award for My Favourite Male Character (Top 15)
My Sister of Eternal Flower 2011 Jejaka kacak
When Heaven Burns 2011 Doktor ER
No Good Either Way 2012 Aaron Yiu Yee-long
Missing You 2012–13 Sze Yik-him
Will Power 2013 Ching Ka-ming
Black Heart White Soul 2014 Yung Chi-chung
Overachievers 2014 Chiang Tsun
Romantic Repertoire 2015

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Jason Chan and Him Law compete for recognition". The Sun (dalam bahasa Chinese). 31 Januari 2010. Dicapai pada 4 Februari 2012.CS1 maint: unrecognized language (link)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]