Abd Rahman Bakri
| Yang Berhormat Datuk Abd Rahman Bakri |
|
![]() |
|
|
Ahli Parlimen
|
|
| Penjawat kini | |
| Mula berkhidmat 8 Mac 2008 |
|
| Didahului oleh | Datuk Mat Yasir Ikhsan (BN) |
|---|---|
| Kawasan | P92 Sabak Bernam, Selangor |
| Majoriti | 1,335 |
|
|
|
| Tempoh berjawat 2004 – 2008 |
|
| Didahului oleh | May Yasir Ihsan |
| Digantikan oleh | Raja Ideris @ Raja Idris Raja Ahmad |
| Majoriti | 2,153 |
|
|
|
| Parti politik | |
| Pekerjaan | Ahli Parlimen |
| Agama | Islam |
Yang Berhormat Abd Rahman Bakri merupakan Ahli Parlimen Sabak Bernam, Selangor dari UMNO, sebuah komponen parti yang utama di dalam Barisan Nasional.[1] Sebelum ini beliau adalah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Sungai Air Tawar.[2]Di peringkat akar umbi, beliau adalah bekas Ketua Bahagian Umno Sabak Bernam.[3]
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Parti Keadilan Rakyat, Dr. Badrul Amin Bahron (PKR) (10,720) dengan majoriti sebanyak 1,335 undi. Beliau memperolehi 12,055 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 10,720 undi.[4]
Isi kandungan |
[sunting] Kontroversi
[sunting] Dakwaan salahguna dana
Pada bulan November 2009, Abd Rahman telah didakwa sebanyak lapan tuntutan palsu bagi program yang tidak dijalankan manakala menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Selangor. Beliau mengaku tidak bersalah kepada semua dakwaan tersebut. Jika disabitkan kesalahan, beliau mungkin dikenakan penjara sehingga 20 tahun.[5]
Pada 30 Jun 2011, Abd Rahman dan pembantu khasnya, Rosli Busro diperintah membela diri pada 14 September 2011 oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas tuduhan rasuah membabitkan lapan tuntutan palsu bagi program yang tidak dijalankan. Nilai tersebut adalah RM10,000 setiap satu yang berjumlah RM80,000, daripada peruntukan kawasan parlimennya berhubung majlis yang tidak pernah dijalankan.[6]
Pada 29 Februari 2012, Abd Rahman telah didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam. Walau bagaimanapun, perlaksanaan hukuman telah ditangguhkan sehingga esok hari atas permintaan peguam bela kedua-dua yang dituduh bagi persediaan mitigasi[7].
[sunting] Waran tangkap kerana gagal menghadiri prosiding mahkamah
Pada 5 April 2012, Malaysiakini.com melaporkan bahawa Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengeluarkan waran tangkap terhadap beliau kerana gagal menghadiri prosiding mahkamah. Abdul Rahman adalah pengerusi Majuikan Sdn Bhd yang telah diperintahkan membayar RM2.3 juta pada November lalu, ekoran saman Benzteel Sdn Bhd Perdagangan terhadap United Arena (M) Sdn Bhd. Ketika dihubungi, peguam plaintif, A Saha Deva berkata Abdul Rahman (kiri), sebagai salah seorang pengarah Majuikan, telah gagal menghadiri prosiding pelaksanaan.[8]
[sunting] Keputusan pilihan raya
| Tahun | Barisan Nasional | Undian | Pts | Penentang | Undian | Pts | ||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2008 | Abd Rahman Bakri (UMNO) | 12,055 | 51% | Badrulamin Bahron (PKR) | 10,720 | 46% |
| Tahun | Barisan Nasional | Undian | Pts | Penentang | Undian | Pts | ||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2004 | Abd Rahman Bakri (UMNO) | 5,569 | 60% | Abd Jalil Bajuri (PAS) | 3,416 | 37% |
[sunting] Rujukan
- ↑ "Abd. Rahman bin Bakri, Y.B. Datuk" (in Malay). Parliament of Malaysia. http://www.parlimen.gov.my/index.php?modload=ahlidewan&uweb=dr&action=details&id=89. Capaian 17 July 2010.
- ↑ 2.0 2.1 "Malaysia Decides 2008 (2004 results)". The Star (Malaysia). http://thestar.com.my/election/. Capaian 10 January 2010.
- ↑ [ http://www.malaysiakini.com/news/190921 " Rahman hilang jawatan dalam Umno, tapi kekal MP ", Malaysiakini.com, 2 Mac 2012.]
- ↑ 4.0 4.1 "Malaysia Decides 2008". The Star (Malaysia). http://thestar.com.my/election/. Capaian 10 January 2010.
- ↑ Muthia, Wani, Nurbaiti Hamdan. "MACC crackdown: Umno MP, exco aide among those charged (Update 5)", The Star (Malaysia). Dicapai pada 10 January 2010.
- ↑ "Tuntutan palsu: MP Sabak Bernam diarah bela diri", Malaysiakini.com. 30 Jun 2011
- ↑ "Tuntutan palsu: Ahli Parlimen Sabak Bernam didapati bersalah", Berita Harian 29 Februari 2012
- ↑ "Waran tangkap terhadap MP Sabak Bernam", Malaysiakini.com, 5 April 2012.
