Abd Rahim Bakri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Berhormat Datuk

Abdul Rahim Bakri

Ahli Parlimen
untuk P167 Kudat, Sabah
Penyandang
Tempoh jawatan 
8 Mac 2008
Majoriti 9,895

Lahir 11 April 1961
Kampung Rosob, Pitas, Kudat, Sabah
Parti politik BN-100px.jpg UMNO
Pasangan Faridah Binti Haji Mohd. Wasli
Anak Edlee, Nabilah, Ahmad Haikal
Pekerjaan Ahli Parlimen
Agama Islam

Datuk Abdul Rahim Bakri merupakan Ahli Parlimen Kudat, Sabah dari Barisan Nasional - UMNO. Beliau merupakan Timbalan Menteri Kementerian Pengangkutan Malaysia. Beliau dilantik oleh Perdana Menteri Malaysia ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 9 April 2009 di Putrajaya. Majlis angkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara.

Pendidikan dan kerjaya[sunting | sunting sumber]

Abdul Rahim Bakri menerima pendidikan di SK Rosob, Pitas, Kudat, Sabah  ; SMK Kudat (sekarang SMK Abdul Rahim) (1974 - 1978) dan SMK Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah (1979 - 1980) . Kemudian lanjutkan pelajaran di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang (1981 - 1985) jurusan Pengurusan Pentadbiran.

Selepas itu beliau bekerja di Swee Joo Bhd (12 Jun 2006 - 15 Mei 2008) ; FAMA (2005-2008) ; Saham Sabah Berhad (30 Julai 2004 - 15 Feb 2006).

Pilihan raya Malaysia 2004 dan 2008[sunting | sunting sumber]

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004, Abd Rahim Bin Bakri bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Abd Rahim Bin Bakri bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Kudat , negeri Sabah. Abd Rahim Bin Bakri telah menang dengan mendapat undi sebanyak 17634. Calon lawan ialah Yahya Bin Othman dari PKR mendapat 7,739 - Kalah . Peratus pengundi yang keluar ialah 66.9% . Undi rosak sebanyak 1058.

2009 Beliau telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Luar Negeri . Kemudian dipindahkan ke Timbalan Menteri Pengangkutan pada April 2009. Sekali lagi dipindahkan ke Timbalan Menteri Pertahanan pada 2013 selepas Pilihan raya umum Malaysia 2013.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]